Ya, seperti yang kita semua sedia maklum, bola sepak di Malaysia bukan sekadar bola sepak saje, tetapi termasuk jugak segala macam peel para pemain ke-12 - penyokong.
Aku semalam sempat tengok perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara Selangor dengan Kelantan di Stadium Shah Alam. Dan seperti sebelom-sebelomnya, tak penah rasa aman bila tengok bola, ade saje mercun-mercun, provok-memprovok, baling botol, kerusi dan tidak dilupa gaduh-gaduh.
Seawal hujung separuh masa pertama lagi, kedua-dua belah penyokong sudah buat hal. Di kawasan pemisah antara penyokong Selangor-Kelantan, dua2 pihak saling berbalas serangan. Apa yang aku tau, kedua2 penyokong memang bersalah. Di belah Selangor memang boleh tahan, di belah Kelantan memang panas baran.
Sampaikan emosi penyokong merebak kepada pemain skali, bila P Gunalan bertumbuk dengan Norshahrul Idlan Talaha, dua2 dapat kad merah, dua2 team main 10 orang.
Dah abis game, gaduh lagi kat luar. Kat belakang, penyokong lawan polis, kereta polis pun diserang.
Kat depan plak, kedua-dua pihak terus berperang. Sampai ada yang maut, katanya disebabkan sesak nafas.
Bagi aku, penganjur tak belajar dari kesilapan. Dah tau dua-dua penyokong fanatik, tambah2 Kelantan, tapi masih buat cara pemisahan penonton yang same. Jarak pisahan hanya dalam 10 meter. Sebelah Kelantan plak ruang terhad, padat macam sardin. Kan senang kalo ruang pagar tengah di kawasan score board terus dikosongkan, barulah dua2 pihak tak boleh nak provok lagi, sebab jarak tu memang sudah cukup jauh.
Apapun, harap perlawanan di Kota Bharu nanti tiada kejadian sebegini terjadi.
Kami hanya mahu menonton bola..peace! |
7 comments:
sampai ada org meninggal? serius gile la..napa la depa perangai camtu? Fanatik gile sampai takleh nk pikiaq rasional.
waduh.. malu la kalau gini gayenye kan. Al-fatihah tuk arwah..
peace!!
takde kesedaran sivik betui depa ni. cuba la jgn gaduh2.
salam al. cek malas betoi kalo bab2 gado nih. kalau semua org berperangai mcam orang2 kat gambar yg last tu kan baguih :) aman stadium
Gitu lah betapa semangatnya orang kita bila tengok bola..
Salam bro. Oh ko g ek.
Betul, patut jarak kan.
Dah tau perlawanan "panas" patut penganjur lebih peka.
*Takziah buat penyokong yg meninggal dunia.
wassalam semua,
yg buat hal tu mmg xpenah sedar
akibatnya psatuan ngeri jgk yg kena denda mcm2
tp dorg x brubah pun prangai
so mcm xde kesan lgsg la kn
kalo ikutkn smlm, dua2 belah sama naik
jd ptutnya yg buat hal tu trus tgkp
brulah tndakan yg btol
Post a Comment