sambungan dari SINI
Hari ketiga di Hutan Lipur Sungai Sedim adalah menikmati perjalanan di atas canopy walk yang terpanjang di dunia dari kategori buatan besi. Bukan macam yang kat Taman Negara yang pakai kayu dan laluan dari pokok ke pokok tu. Yang ni hanya melibatkan penggunaan besi dan dicantum dengan skru menggunakan hanya tenaga manusia supaya kehidupan flora dan fauna di situ tidak terjejas. Hasil dari buah pikiran Tun Dr Mahathir, projek sepanjang 925 meter ni dimulakan pada 2004 untuk meningkatkan aktiviti pelancongan di Negeri Kedah Darul Aman.
