Showing posts with label kru teknikal. Show all posts
Showing posts with label kru teknikal. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

Misi 111111 Puncak Chamah: Hari Terakhir


sambungan dari SINI

Log perjalanan hari terakhir;

9.45am: Mula treking dari campsite berhampiran Kg Rekom
12.00pm: Sampai di sungai di jalan balak dan menunggu ketibaan pacuan 4 roda disini sambil membersihkan diri.
12.40pm: Pacuan 4 roda sampai dan bawa kami keluar ke jalan utama
3.00pm: Sampai di masjid Kuala Betis untuk bersihkan diri dan tukar pakaian, sementara menunggu bas
4.30pm: Naik bas ke Shah Alam
11.30pm: Sampai di Shah Alam dengan selamatnya.

****************

Perjalanan hari terakhir lebih kepada treking di jalan balak dan juga habiskan masa 2 jam lebih atas pacuan empat roda dengan nyanyian dan hiburan syok sendiri. Secara keseluruhan, perjalanan balik tidaklah stress pun walaupun semua dalam keadaan letih. Sebabnya sepanjang lalu jalan balak, tak pernah pun matahari atas kepada, yang dapat hanyalah titisan-titisan hujan yang turun rintik-rintik. Muka semua pun happy je.

Sedang bersiap untuk balik, tiba-tiba datang anak orang asli berjoget-joget depan kami


Perjalanan pun dimulakan dalam suasana hujan rintik-rintik dan nyaman
Namun yang pasti, tanah basah dan licin woo..ada juga la yang tergolek
Tanah jerlus pun banyak, memang perlu berhati-hati masa jalan
Dalam semua riang nak balik, macam-macam ragam boleh dilihat
Ekspresi-ekspresi hati yang sedang gumbira nak balik
Oppss.ada yang beruntung dapat rasa air terjun lagi sebelum naik pikup
Dan sampailah kami di Masjid Kuala Betis untuk bersihkan diri kemudiannya terus pulang ke Shah Alam

Dan misi pun tamat dengan jayanya. Fuhhhh...

" It's not about the peak, it's about the journey" 
 

Monday, December 12, 2011

Terbaik! Trip 4X4 Ke Air Terjun Pelangi



Terletak di Sg. Lembing, Kuantan, Air Terjun Pelangi ialah satu tempat yang patut dikunjungi oleh pencinta alam atau sesiapa sahaja yang ingin membebaskan diri dari masalah di kota. Kejadian pelangi yang terdapat di air terjun setinggi 50 meter ini sangat mengasyikkan dan menunjukkan betapa indahnya ciptaan alam ini. Berbekalkan hanya sinaran mentari, cahaya yang terbias melalui air terjun ini akan menghasilkan pelangi yang pelbagai bentuk dan lapisan berdasarkan kedudukan anda. Namun ianya hanya terbentuk pada sebelah pagi sahaja, sekitar 8 pagi hingga 11 pagi.

[Perjalanan kami]

Kami mula berkumpul di Petronas Gombak pada 12 tengah malam 2hb 12. Setelah semua peserta sampai kami pun bertolak ke Kuantan melalui Lebuhraya KL-Karak dan sampai sekitar 5 pagi hari Sabtu. Sementara menunggu siang, kami berehat di sebuah stesen minyak dan kemudiannya sarapan bersama sebelum bertolak pula ke pekan Sg. Lembing. Di sini kami singgah sebentar membeli barang keperluan dan melepas hajat masing-masing sebelum masuk hutan meneruskan kembara pacuan empat roda kami.

Sekitar pekan Sg Lembing;sebuah pekan yang kecil namun begitu aman
Jam 0815 kami pun gerak dari pekan Sg Lembing dan meneruskan perjalanan offroad ke campsite kami iaitu Lubuk Beruk. Perjalanan mendaki bukit, melintas anak sungai dan pelbagai permukaan jalan mengambil masa 1 jam setengah.
Satu-satunya jambatan yang perlu dilalui untuk ke Air Terjun Pelangi, kalau hujan lebat, jambatan boleh tenggelam dan tidak akan boleh dilalui

Melintasi anak sungai
Melalui kawasan chalet terbiar
Setelah sampai di Lubuk Beruk, kami terus sediakan makan tengahari untuk semua peserta. Sementara yang lain pula sibuk memasang khemah yang dibawa, dan kemudian ada juga telah terlelap dek letih mengharungi perjalanan tadi.

Baru sampai; ushar-ushar kawasan sekitar campsite dulu
Terdapat rangka tempat berteduh yang ditinggalkan
Masak nasi pakai unggun api, lagi sedap
Para yang kami bina untuk tempat memasak
Ada yang pasang khemah, ada juga pasang hammock
Berlenang-lenang di tepi sungai..relaxx..
Ada juga yang terus merasai air sungai bersebelahan
Kawasan campsite kami
Pada petangnya kami mulakan aktiviti pertama kami iaitu treking ke Gua Cermin. Perjalan ke Gua Cermin adalah sejauh 1 jam dari campsite melalui trek di tepi sungai. Namun treknya sudah hampir hilang menunjukkan sudah lama orang tidak datang ke sini. Mungkin ramai yang tidak tahu pasal tempat ni. Di Gua Cermin, terdapat air terjun dengan pusaran yang dalam dan lubuknya juga banyak terdapat ikan tengas. Namun kami tidak dapat masuk ke dalam gua disebabkan air yang sedang pasang sehigga mulut gua ditenggelami air.

Sesi membuang pacat yang melekat dalam perjalanan ke Gua Cermin
Aktiviti memancing sepanjang sungai
Lubuk Gua Cermin, banyak terdapat ikan di sini
Air yang deras dan dalam depan gua
Terdapat pusaran air di sini, sangat bahaya bagi yang tidak mahir berenang
Pagi Ahad barulah kami mulakan perjalanan ke Air Terjun Pelangi dengan trekking dalam hutan selama 45 minit. Dalam perjalanan kami bertembung dengan sekumpulan yang lain yang datang ke sini menggunakan teksi yang disediakan warga Sg Lembing. Dengan bayaran RM30 seorang, anda boleh ke sini dari pekan Sg Lembing dengan menaiki pacuan 4 roda yang telah diubahsuai dan dijadikan kenderaan pengangkutan ke tempat ni.

Apabila kami sampai di air terjun, matahari sedang memancar terik dan kami terus dapat melihat pelangi yang terbentuk depan mata kami. Sangat indah fenomena yang berlaku. Di depan air terjun juga, anda akan dapat merasai titisan kecil air terjun yang jatuh bertaburan dan jika mahu menangkap gambar, kamera yang tidak kalis air adalah tidak digalakkan, nanti asyik kena lap kamera je sepanjang masa.








Petangnya barulah kami bertolak pulang kembali. Namun dalam perjalanan sebuah kereta telah mengalami kerosakan dan aktiviti pembaikian pun dilakukan dan berjaya..buat sementara. Bila masuk lebuhraya, tanda kerosakan kembali dikesan dan kami terpaksa berhenti di R&R Gambang, kali ni kami tidak berjaya membaikinya disebabkan ketiadaan alat ganti. Kederaan penunda pun dihubungi dan pukul 3 pagi barulah kami dapat pulang kembali ke Kuala Lumpur. Huhh..hujung minggu yang begitu padat tapi menyeronokkan.








Monday, December 5, 2011

Hulu Langat Adventure Race 2011 @ Perlus



Secara amnya Hulu Langat Adventure Race (HULAR 2011) ni diadakan sekitar kawasan Hulu Langat, Selangor meliputi jarak sejauh 77km. Ia dianjurkan oleh Persatuan Kembara Negara dengan melibatkan 5 disiplin iaitu berlari, berbasikal, berkayak, rempuh halangan, dan tali tinggi. Tempat permulaan/penamat pula ialah di IKBN Dusun Tua.

Tapi aku jadi kru untuk disiplin tali tinggi, iaitu aktiviti abseiling. Checpointnya ialah di Air Terjun Perlus. Lagi sekali aku ke Perlus lepas pertama kali datang untuk suka-suka sebelum ni. Berbanding kali pertama haritu, kali ni aku lebih bersedia dari serangan pacat dengan berbekalkan semburan bygon dan juga air tembakau. Hasilnya aku tidak lagi dikerumuni berpuluh-puluh pacat seperti sebelum ni, tapi sekor masih mampu melekat sehinggalah aku sedar ketika sampai di destinasi. Masa treking kali ni juga lebih singkat iaitu 2 jam 45 minit mungkin sebab disertai geng yang telah biasa treking, walaupun beban sudah bertambah. Yalah, kena bawa tali dan equipment tu semua, naye la jugak kami.

Bila kunjungan kedua ni baru aku tau di sini pernah dibuat aktiviti abseiling. Tempatnya ialah bersebelahan air terjun dengan ketinggian kira-kira 40m. Dan untuk setup anchoring jugak tidaklah rumit sebab telah tersedia nat yang telah ditanam di batu disambing pokok berdekatan. Sekurang-kurangnya dua route boleh dipasang. Kerja setup anchoring semua ambil masa 2 jam, dari pukul 5 sampai 7 malam.

Pagi 27hb 11, kami pun mula ke tempat pembahagian kerja masing-masing. Ada yang jadi dispatcher kat atas, ada yang jadi stopper dalam air dan yang lain sebagai penyambut peserta.

Penyambut peserta. Tugas: mengisi kehadiran peserta, menyediakan harness dan belay device, dan membahagikan reben.
Salah satu team yang menyertai sedang memakai harness.

Stopper sedang bersedia

Itudia, peserta sedang turun dengan lajunya

Akibat permukaan batu yang licin, ada juga peserta yang tergelincir..memang sangat perlu berhati-hati

mandur sedang mengawasi anak buah bekerja

Bila semakin siang, kelibat orang ramai yang datang untuk mandi-manda pun mula kelihatan

dan semakin bertambah ramai...

sehinggalah kelihatan seperti tempat perkhelahan yang biasa dilihat

*************** 

Pukul 2 petang checkpoint kami pun ditutup dan kami mula berkemas untuk kembali ke IKBN. Pada 4.14 petang barulah kami mula treking pulang dan sampai kembali di perkampungan orang asli pada 2 jam kemudian. Masa balik laju je..siap lari lagi masa turun bukit walaupun tanah licin sebab hujan. Ramai je yang terjatuh dan tergelincir. Namun alhamdulillah semua selamat sampai dan kemudian kami dibawa kembali ke IKBN dengan van MPKj sebelum ramai-ramai ke Kajang menikmati hidangan sate sampai kenyang. Lepastu barulah kami bertolak pulang ke Shah Alam.


.
Related Posts with Thumbnails