Hasil dari keboringan tahap melampau pada hari Divali yang lalu, yang siangnya aku hanya terperap kat lab, lalu malamnya aku dengan selamba bergerak ke Jusco Bukit Raja. Buat ape? Ya, di kalangan budak-budak UiTM Shah Alam, sinilah tempat yang paling dekat dan sudah tentunya paling menjimatkan masa untuk berhibur dengan menonton wayang, selain shopping.
Showing posts with label Kisah Si Penganggur. Show all posts
Showing posts with label Kisah Si Penganggur. Show all posts
Monday, November 8, 2010
Friday, October 29, 2010
Takde Motif
Ape motif aku amik gambar jam kat atas tu ek? Rasanya sebab menarik pada aku kot. Menarik ke? Ape yang menariknya? Unik? atau pelik??
Kat bawah ni gambar dia macam nak sama tapi tak serupa. Lagi
Wednesday, October 13, 2010
Ragam Piala Malaysia: Selangor vs Kelantan
Ya, seperti yang kita semua sedia maklum, bola sepak di Malaysia bukan sekadar bola sepak saje, tetapi termasuk jugak segala macam peel para pemain ke-12 - penyokong.
Aku semalam sempat tengok perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara Selangor dengan Kelantan di Stadium Shah Alam. Dan seperti sebelom-sebelomnya, tak penah rasa aman bila tengok bola, ade saje mercun-mercun, provok-memprovok, baling botol, kerusi dan tidak dilupa gaduh-gaduh.
Sunday, September 5, 2010
Bayangan Maut
Lagi 4 hari untuk hari raya menjelma. Maka mulalah jalan raya dipenuhi kenderaan2 yang berlumba-lumba nak balik kampong memasing. Bermula semalam, aku yang senantiasa berada di dalam kedai bersebelahan jalan utama Kota Bharu-Kuala Krai terperasan satu keadaan yang jarang-jarang berlaku - jam.
Ya, nampaknya orang-orang Kelantan di perantauan sudah mula balik kampong.
Susah sebenarnya mahu melihat jalan depan kedai aku ni jam, tapi semalam ianya betul-betul terjadi. Namun aku sudah boleh merasa lega kerana mereka sudah begitu hampir nak sampai ke rumah masing-masing, sudah berada di daerah Kota Bharu. Macamana sekiranya mereka terkandas di tengah jalan, dekat Gua Musang misalnya. Macamana sekiranya mereka menghadapi kecelakaan? Kerana jalan sekitar Gua Musang memang terkenal sebagai laluan maut.
Aku bukan ingin menakutkan. Cuma di musim perayaan ni, semua sudah sedia maklum apa yang bakal terjadi. Tiap-tiap tahun keluar berita yang mengupas benda sama - kemalangan maut. Walaupun setiap kali menjelmanya raya, Ops Sikap dilancarkan, namun setiap kali itu jugaklah kemalangan maut akan terjadi. Mengapa ianya berterusan berlaku?
Pelbagai sebab yang menyebabkan kemalangan maut sebenarnya telah lama dikenalpasti, dimana setiap orang telahpun hafal semuanya. Mengantuk, pandu terlalu laju, tidak memberi isyarat, bergurau senda semasa memandu..sehingga kepada brek kenderaan tak makan, tayar botak,angin kurang..namakan semuanya, dan mereka hanya angguk kepala, sudah bosan mendengar benda sama. Tapi sehingga hari ini ia masih berlaku, seolah-olah manusia ini dibekalkan dengan otak baru tiap-tiap tahun, input kosong. Atau mungkin perumpamaan masuk telinga kanan keluar telinga kiri adalah satu fakta yang jelas sebenarnya. Atau lebih tepat, manusia sentiasa lagho!
Bagi yang bernasib-baik, mereka hidup, samada cedera ringan ataupun hanya patah-patah tulang, takpun hilang anggota badan. Bagi yang tidak bernasib baik, terus menemui ajal, maut datang menjemput.
Jadi, bak kata slogan kempen keselamatan jalan raya, ingatlah orang tersayang. Opps..bukankah dengan mengingati orang tersayang semasa memandu juga boleh mendorong kepada berlakunya kemalangan? Haha betul kan? Makanya kerajaan patut tukar slogan menjadi 'jangan ingat orang tersayang' lah ye? Tak perlu aku bagitau yang mana betul yang mana salah, kamu yang waras patut boleh memikirkannya sendiri. Itupun jika kamu itu masih waras..
Akhir kata memandulah dengan cermat supaya nyawa selamat. Bagi yang balik dengan menaiki bas, rajin-rajin lah pergi ke sebelah driver dan bisik "pandu baik-baik ye pak cik". Itu je pun, supaya pak cik tu ingat yang dia bawak banyak nyawa. Anda pernah buat begitu? Tidak rasanya..
Selamat pulang beraya ke kampong masing-masing, dengan selamat.
Friday, September 3, 2010
Bayar Walau Takde Saman
Pagi tadi aku rasa semacam je. Pagi yang tidak seperti pagi-pagi yang lain, mendung memanjang. Apahal? Adakah malam tadi adalah malam lailatulqadar? Haha. Kalau betul malam lailatulqadar yang aku penah sebut aritu, memang rugi orang yang terlepas beribadat, huhu.
Tapi hari ni adalah hari yang ke 24 ramadhan, hari genap. Jadi mungkin bukan la kan. Tapi itu semua ketentuan Allah jua, Dia yang berhak menentukan. Harapnya lailatulqadar belom berlalu lagi, kerana diriku masih lagi dalam kerugian. Masih ada 6 hari lagi untuk ditempuh, hanya 6 hari untuk memperbanyakkan ibadat, lepas tu menyesal pun tak guna, tunggu tahun depan la jawabnya, itupun kalau diri masih bernyawa.
Ok, tutup mukadimah. Pergi kepada tajuk utama. Adakah korang sudah bayar? Haha, ini bukan iklan mengundi, "Adakah anda sudah mendaftar sebagai pemilih?". Takde kaitan pun.
Maksud aku bayar zakat. Ke korang tak penah tahu yang kita diwajibkan bayar zakat? Kalau yang bapak korang dah bayar tu ok lah, kira korang tak payah bayar sendiri lagi. Sebab bayar zakat adalah wajib, maka kita kena juga buat. Bayar zakat ni salah satu daripada rukun Islam, sama seperti mengerjakan solat 5 kali sehari semalam.
Bayar zakat bukannya susah pun kan. Pergi kat masjid mesti ada amil yang duk tunggu, takpun kat pasar ramadhan pun ada jugak, tapi bukan kat semua tempat la. Lagipun berapa je pun, purata setiap negeri dalam 7 ringgit, tu pun korang takleh bayar ke setahun sekali?
Kalau aku, sejak aku masuk skolah menengah dulu, bapak aku suh gi bayar sendiri. Bayar plak bukan kat amil a.k.a imam masjid kampong aku. Tapi bayar terus kat sorang fakir kat kampong aku. Sorang nenek yang duk sorang-sorang, sebatang kara, anak cucu semua keluar merantau. Tak kisah lah, asal zakat tertunai.
Kalau korang aku tak tau la boleh tak kalau bayar terus dekat pengemis atau peminta sedekah yang korang jumpa kat pasar. Sebab aku dengar cite, pengemis sekarang ada macam-macam, yang bersindiket pun ada. Jadi nak lagi selamat, bayar je dekat amil si pemungut zakat. Kemana duit zakat dihulurkan, itu dorang punya hal, sebab dorang yang diamanahkan.
So, bayarlah zakat sebelom terlambat. Kita diberi masa sebulan untuk tunaikan, lepas tu da tak boleh dah. Jangan nanti nak harapkan lebih afdhal, tunggu sampai masa antara solat subuh dengan solat sunat hari raya baru nak bayar. Tengok-tengok terlepas, kan naye.
Ok, takat ni je aku membebel. Yang dah tau tu tak pe la, aku hanya cuba ingat-mengingati. Bayar jangan tak bayar, haha.
Chao...
Thursday, August 26, 2010
Ganjaran Pahala
![]() |
Sekarang pukul 3 petang, aku dapat rasakan tengkuk aku dah semakin haus. Entah kenapa, sejak 2, 3 hari ni aku rasakan dunia makin panas, semakin terasa bahang panasnya, terutama pada waktu tengahari.
Kalau aku tengok kat luar, matahari sedang memancarkan haba pada tahap maksimum, tanpa ada sedikit pun awan yang melitupi. Ada orang cakap, inilah kesan rumah hijau, akibat daripada pencemaran alam yang dilakukan manusia. Aku tak nafikan, tapi aku lebih menganggap ia sebagai dugaan di bulan ramadhan. Lebih2 lagi ramadhan semakin ke penghujungnya.
Kalau aku tengok kat luar, matahari sedang memancarkan haba pada tahap maksimum, tanpa ada sedikit pun awan yang melitupi. Ada orang cakap, inilah kesan rumah hijau, akibat daripada pencemaran alam yang dilakukan manusia. Aku tak nafikan, tapi aku lebih menganggap ia sebagai dugaan di bulan ramadhan. Lebih2 lagi ramadhan semakin ke penghujungnya.
Aku masih boleh bersyukur, sebab aku berada dalam banggunan, walaupun takde aircond. Bayangkan mereka yang masih bekerja di luar, ataupun student yang baru nak pergi ke kelas, mesti lagi terasa bahang sang matahari yang sedang memancar terik di kala ini.
Malam semalam aku mendengar tazkirah ringkas, pasal malam lailatulqadar. Dekat 10 malam terakhir ini, tak rugi kiranya aku saling mengingati,sambil berkongsi ilmu.
Malam tersebut sangat beruntung kepada sesiapa yang mengerjakan ibadah. Telah dikatakan dalam al-quran, surah al-Qadr, malam tersebut bersamaan dengan seribu bulan. Bayangkan..setibu bulan itu, kalau dikira, lebih kurang 83 tahun lebih. Skali kita beramal di malam tersebut seperti kita telah beramal untuk 83 tahun, lebih kurang sama dengan purata hidup manusia di bumi ini.
Malam yang dikatakan akan berlaku pada malam ganjil pada 10 malam terakhir ramadhan itu boleh diketahui tanda-tandanya. Antara tanda mudahnya ialah, apabila malam tersebut tidak terlalu sejuk ataupun terlalu panas. Tanda lain ialah, pada pagi besoknya, harinya adalah mendung. Mentari tidak terus memancarkan haba, tidak seperti kebiasaan. Dikatakan malaikat memenuhi langit setelah semalaman mencatat amal manusia di bumi.
Setelah diketahui ganjaran di bulan ramadhan, harapnya tidak akan ada lagi yang malas beribadah. Itu adalah janji tuhan. Tapi sememangnya fikrah manusia, masih ada lagi yang lalai..termasuk diriku...
Sunday, August 22, 2010
Movie Oh Movie
![]() |
Dalam aku duk termenung kat kedai aku yang takde customer nak masuk nih, tetiba aku teringat.... macam banyak je muvie yang aku da terlepas. Tambahan plak sekarang muvie yang baru kluar macam best2 je. Stat ngan Eclipse ari tuh, Soccerrer's Apprentice, Inception, The Expendables, The Last Airbender, dan last skali The Descent Part 2 kot, Hahh, The Descent?? cite ape tuh?
Klo dulu masa kat Shah Alam, klo ade je muvie yang best, tros ajak member. Takpon pegi tengok sorang2 pastu balik umah tros cerita kat member, saje bagi member naik hangin. Tapi tu bukan aku, orang lain.haha
Pendek cite kalo ada cite best conferm tengok lah..
Actually yang Twillight: Eclipse ngan Soccerrer's Apprentice aku da tengok sebenarnya seblom balik ritu. Eclipse tu bagi aku tak best pon, klo pompuan maybe dia cakap best sebab banyak main ngan perasaan, tapi aksinya hampeh, last2 baru ada sket. Soccerrer's Apprentice tu biase je
The Descent tu best ke? teringat aku mase kat matrix Pahang dulu ade tayang cite ni yang part first. Memang best bagi aku, sangat mendebarkan. Stat scene masuk gua and jumpa makhluk2 pelik tu sampaila abih cite, asyik dengar bebudak ni menjerit je, mainly opkos girls la. Macam kena rasuk pun ade. Penuh ngan surprise yang melampau, memang tak sesuai untuk orang yang ade sakit jantung.
Huhh...dah stat menyesal duk kampong. Kalo la aku masih disana..huuuu.Tapi masih mengharap akan ade member2 aku kat sane yang donlod dan simpan dalam hard disc. Nanti boleh aku tengok bila gi sane. Harapan je la.
Movie oh movie. Tak sah klo tak tengok. Nasib baik dalam laptop aku masih ade lagi yang belom tengok, hasil dari kumpul banyak2 mase nak balik ritu. Layan je la yang ade ni..
Saturday, August 21, 2010
Kisah Hari Ini
Hari ini aku percaya sebahagian besar warga Malaysia sedang enak bercuti, melepaskan tension setelah seminggu bekerja ataupun belajar. Tapi aku jugak percaya bahawasanya ada jugak yang dipaksa bekerja pada hari ni - termasuklah aku.
Kalau semalam aku dah seharian cuti (sbb jumaat ari cuti di Klate), jd tak dapatlah aku jenguk blog yang omor baru 3 hari dicipta ni.Tapi sepatutnya boleh je nak bukak sebab aku ade brokband kan? tapi tu lah masalahnya.
Wlaupon orang kata kalau dah ade brokban tu, nko gi mana2 pon boleh online, takde masalah. Tapi brokban aku ni masalahnya tak leh pakai masa kat umah aku sebab coverage 3G dia nyer operator tak sampai kat umah aku. Boleh dikatakan aku tak bernasib baik di situ. So walaupun aku terpaksa bekerja hari ni, tapi aku tetap gumbira sebab dapat gak nak online.
Kepada sape2 yang ingat aku dah dapat kerja tu, terimalah hakikat bahawa jangkaan anda itu salah sebenarnya. Sekarang ni aku hanya dok wat part time je, sementara dapat kerja yang stabil dan juga sementara menunggu hari raya menjelma. Secara mudahnya kerja yang aku sedang buat ni adalah 'menjaga kedai', atau dengan kata lain aku diamanahkan untuk menguruskan kedai. Alah, kedai jual kerepek je pun. Disebabkan tokey kedai yang jugak akak aku berada di Johor dan bermastautin di sana, aku disuruhnya untuk menguruskan kedai ni. Tugas aku adalah dikehendaki menunggu pagi2 buta kat tepi jalan besar untuk ambil bekalan kerepek yang dihantar oleh akak aku tu melalui bas. Lepas tu aku bawak ke kedai dan jual kepada orang ramai. So, ade sape2 yang nak order kerepek!? haha
Dikala aku duk layan blog2 orang semenjak dua ni, aku terpaut dekat satu blog seorang anak muda ni. Aku harap korang tak kisah aku bercerita sket. Blog tu pasal pemikiran dan idea sorang anak muda kat Malaysia ni yang berfahaman sosialis.Disebabkan sosialism dia yang sangat kuat dalam diri, maka dia sangat tidak berpuas hati dengan system kapitalis yang diaplikasi kat Malaysia ni. Maka dia pun keluarkan idea2 dia yang sejajar dengan fahaman dia tu (yang sangat radikal bagi aku) untuk diaplikasi kat Malaysia dengan diambil contoh dari negara2 lain kat dunia. Tapi mungkin dia lupa yang realitinya dia di Malaysia, yang systemnya berbeza dengan negara lain, yang dasarnya awal2 lagi ditentukan oleh pemerintah. Jadi walaupun idea2 dia tu sangat menarik bagi aku tapi tetap menjadi omong2 kosong. Okeh, korang paham tak ape yang aku ceritakan ni??
Berbalik kepada aku yang sedang bekerja ni, sedang aku menulis entry ni ada jugak la customer kadang2 masuk kedai. Jadi nak tak nak terpaksalah aku melayan depa, maka bila aku nak sambung menulis balik, dah bukan dalam mood masa awal2 tadi. Tu yang jadi tunggang langgang sket ayat aku, harap korang tak kisah..
Bila tengok masa, dah dekat 3 jam aku duk wat entry nih, haha nampak sangat aku takde bakat dalam penulisan kan.
Stakat ni je lah dulu aku tulis buat masa ni. Selepas ni banyak lagi yang aku akan kongsikan.
Chao...
Thursday, August 19, 2010
Expedisi bermula...
Salamualaikum..
Salam perkenalan kepada semua warga yang sudi meluangkan masa di blog ini. Tidak dilupa ucapan terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat blog hamba ini.
Jadi, buat permulaan biarlah aku menceritakan serba sedikit tentang diri aku dan juga kenape tetiba menggatalkan tangan nak buat blog ni. Okeh, aku baru je habis pengajian di UiTM Shah Alam. Jadi secara rasminya aku digelar sebagai penganggur...huahuahua, tapi aku kira ok la aku belom dapat kerja lagi sebab konvo aku pun blom lagi. Lagipun kerje yang aku nak tu sikit sangat kekosongan dia skrang ni jadi aku trus je la menunggu dulu.Memilih kerja sangat ke aku ni??haha dulu ade jugak aku bace laporan yang kata graduan melayu ni banyak menganggur sebab pilih kerja sangat. Ya aku akui memang itu satu fakta yang tepat tapi bagi diri aku ni, aku sedang mengusahakan 1 pilihan yang tepat untuk diri aku bukan bermakna aku langsung taknak kerje lain sebab aku ade juga mintak kerje yang bukan dalam bidang aku. jadi ok la kan..
Aku sejak kecik lagi dah terdorong untuk buat kerje yang berkaitan dengan barang. Klo kerje2 bertukang ke, baiki motor ke atau pasang wiring kat umah tu memang no 1 lah aku. Sebab tu aku masuk degree engineering masa kat UiTM. Jadi skrang aku berharap sangat nak kerje kat company yang berkaitan dengan bidang aku dan yang aku minat agar aku takkan menyesal di kemudian hari. Harap2 akan dapatnye kerje tu nanti...
Skrang, apahal aku tetiba menulis blog plak nih? Padahal bukan aku suka pun menulis. Klo membaca aku memang suka tapi tidak menulis, macam ironi plak kan. Ok, sebenarnye takde sebab yang kukuh aku bukak blog ni. Mungkin aku terdorong oleh member2 aku yang hampir semunye ade blog sendiri.Tiap2 hari dorang update blog pasal bende itu la, bende ini la. Aku rasa macam cool plak boleh expresikan diri kat blog ni dengan tanpa dikawal orang lain. Anda bebas untuk menulis ape yang anda fikirkan...
Lagi 1 sebab adalah kerana skrang ni aku ade banyak masa yang dibazirkan. Jadi ape salahnya ak menulis blog kan. Ditambah lagi dengan ade brokban yang orang bagi free ni ade baiknye digunakan sebaik-baiknye walaupun kadang2 line dia teruk nak mampos,haha aku taknak cakap brokban dari operator mobile yang mana. Agak2 sendirilah ye..
Dah banyak kot aku membebel buat permulaan ni. Sebagai penutup karangan aku ni aku listkan bende2 yang berkaitan diri aku buat sape2 untuk mengenali diri yang kerdil ini.
Asal usul aku
aku hanyalah seorang budak kampong di sebuah daerah di Klate yang namanya Ketereh. Atau lebih tepat lagi adalah Kok Lanas.Buat masa ni aku sangat meng'enjoy'kan diri kat kampong aku di bulan yang mulia Ramadhan ni sebab setelah hampir 1 dekad selama ni aku belajar formal dan meninggalkan kelurga, inilah yang julung2 kalinya aku dapat bersahur dan berbuka dengan family aku untuk full 1 bulan.Juga tak lupa dapat bertarawikh bersama.
Cara penulisan aku
aku suka tulis pasal benda2 yang ringan2 dek fikiran je kat blog ni.benda2 yang berat2 tu aku cuba elakkan, mungkin bila aku dah makin matang dalam penulisan blog nanti barulah aku nak stat benda2 macam politik, ekonomi ataupun benda2 yang menjadi percanggahan ramai. aku juga tak suka nak buat lawak2 yang sangat2 bodoh dan merapu entah pasal ape2 pun taktau.
Lagi 1 walaupun aku org Klate aku lebih prefer bahasa Malaysia standard dalam penulisan aku. Bukan ape takut korang tak paham je. Pasal tatabahasa yang tak berape nak betol tu kire hahal lah ye.
Pasal bola
Klo dah lelaki memang tak boleh lari dari topik ni kan, so aku pun same. Jadi, untuk team dalam negara tentulah aku sokong The Red Warrior, team negeri aku. Yang luar plak aku jadi fan Arsenal sebab aku suke corak permainan dia yang dari dulu lagi sangat menghiburkan hati aku. Tak kisah lah ade yang kutuk team ni dah lame takde cup ke, player takde pengalaman ke atau Wenger asyik wat excuse je bila kalah. Yang penting aku terhibur. Tp ak jugak suka team Barca sebab corak main dia jugak. Bagi aku Barca ni macam abang kepada Arsenal la, lebih kurang gitu..
Apa aku nak
Buat masa ni aku nak dapat kerja!
Sekian.
p/s: ade ke nanti org nak komen post first ak nih ek? haha redah je
Subscribe to:
Posts (Atom)






