Thursday, August 26, 2010

Ganjaran Pahala




Sekarang pukul 3 petang, aku dapat rasakan tengkuk aku dah semakin haus. Entah kenapa, sejak 2, 3 hari ni aku rasakan dunia makin panas, semakin terasa bahang panasnya, terutama pada waktu tengahari.

Kalau aku tengok kat luar, matahari sedang memancarkan haba pada tahap maksimum, tanpa ada sedikit pun awan yang melitupi. Ada orang cakap, inilah kesan rumah hijau, akibat daripada pencemaran alam yang dilakukan manusia. Aku tak nafikan, tapi aku lebih menganggap ia sebagai dugaan di bulan ramadhan. Lebih2 lagi ramadhan semakin ke penghujungnya.

Aku masih boleh bersyukur, sebab aku berada dalam banggunan, walaupun takde aircond. Bayangkan mereka yang masih bekerja di luar, ataupun student yang baru nak pergi ke kelas, mesti lagi terasa bahang sang matahari yang sedang memancar terik di kala ini.

Malam semalam aku mendengar tazkirah ringkas, pasal malam lailatulqadar. Dekat 10 malam terakhir ini, tak rugi kiranya aku saling mengingati,sambil berkongsi ilmu.

Malam tersebut sangat beruntung kepada sesiapa yang mengerjakan ibadah. Telah dikatakan dalam al-quran, surah al-Qadr, malam tersebut bersamaan dengan seribu bulan. Bayangkan..setibu bulan itu, kalau dikira, lebih kurang 83 tahun lebih. Skali kita beramal di malam tersebut seperti kita telah beramal untuk 83 tahun, lebih kurang sama dengan purata hidup manusia di bumi ini.

Malam yang dikatakan akan berlaku pada malam ganjil pada 10 malam terakhir ramadhan itu boleh diketahui tanda-tandanya. Antara tanda mudahnya ialah, apabila malam tersebut tidak terlalu sejuk ataupun terlalu panas. Tanda lain ialah, pada pagi besoknya, harinya adalah mendung. Mentari tidak terus memancarkan haba, tidak seperti kebiasaan. Dikatakan malaikat memenuhi langit setelah semalaman mencatat amal manusia di bumi.

Setelah diketahui ganjaran di bulan ramadhan, harapnya tidak akan ada lagi yang malas beribadah. Itu adalah janji tuhan. Tapi sememangnya fikrah manusia, masih ada lagi yang lalai..termasuk diriku...



3 comments:

Dark Half said...

beruntunglah sesiapa yg bertemu dgn malam Lailatul Qadar

ku_Merpati said...

minumla air byk2...supaya "tengkuk" ker tekak tidak rasa haus...hehehehe..(gurau2 jer..)

Al said...

Dark Half;
hanya segelintir je yg beruntung..huhu

Merpati;
thks for the tip
tekak ek? haha

Related Posts with Thumbnails