Monday, August 30, 2010

Bee Tee En




Teringat aku masa memula masuk UiTM dulu, masa sem 1 lagi. Masa tu aku belom join mane-mane kelab atau persatuan, so diri ni kadang-kadang tu rasa boring gak la. Nak keluar jenjalan kat luar kampus, tak tau nak gi mane, tak penah kenal lagi Shah Alam masa tu. Lagipun masa sem 1 aku blom bawak lagi moto kesayangan aku, so bila time takde kerja nak dibuat, lepak kat bilik je la jawabnye..

Pada satu hari tu, masa aku kat fak nak pi kelas, mata aku terpandang dekat satu poster yang ditampal kat notice board, header dia "Kursus Asas Fasilitator". Wahh, ok jugak ni. Daripada tak buat pape, baik join bende ni, boleh jugak mengasah bakat aku dalam kepimpinan, huahuahua, perasan sendiri.

Masa tu aku takde member kamcing lagi, member sebilik pun tak berapa kenal lagi, so jenjalan la aku sorang-sorang gi daftar diri nak join bende tu. Rasa teruja jugak, first time dapat keluar kampus yang sempit semacam je, banding ngan U lain. Yang lagi sronok, masa aku nak daftar, aku jumpa senior skolah aku dulu. Ade gak orang yang aku kenal kat cni rupenya.


Pada hari yang dijanjikan, bertolaklah aku ke Maran. Dalan 4 jam atas bas, sampaila aku ke tempat tersebut. Satu benda aku prasan, tempat tu adalah sebuah kem BTN. Apahal? Tak kisah lah, asal leh enjoykan diri.

Depan pintu masuk kem BTN Maran  -google-

First day, wat ldk, ok la dapat kenal kawan2. Second day, start la bende yang aku nak cuba elakkan sejak sampai situ iaitu bila sorang fasi naik pentas, berucap pasal melayu itu....melayu ini...melayu kita....boring. Dah la takde aktiviti outdoor, aku ingat boleh la nak wat flying fox, abseiling, rempuh halangan, atau at least jungle trekking. Tapi hampeh, apapun takde.

Last day, macam biasa dibuat, aktiviti insafkan diri. Bermacam versi dah aku dengar macamana dorang handle aktiviti tu. Yang versi aku ni, dorang suh pejam mata je. Dah sume pejam mata, maka dipasang la alunan muzik yang sloww gitu. Pastu, terdengarla suara latar, sorang fasi cakap kuat-kuat "ingat lah ibumu di rumah, membesarkan dirimu, bersusah payah....ingatlah budi mereka...bla....bla..bla..". Maka terdengarlah sora-sora tangisan dari gadis-gadis, insaf kejap. Aku plak, dalam hati duk gelak je, da banyak kali experience, takde effect dah.

Kat sini bukan aku nak condemn kat aktiviti BTN, setiap orang ade pandangan sendiri. Ade orang suke, dapat kenal kawan baru, dapat tau perlembagan Malaysia, dapat pupuk semangat cinta negara, etc. Tapi ade gak yang tak suke, dorang ade sebab masing-masing. Tapi bagi aku, bukan ni sebabnya aku datang cni, masa kat skolah dulu pun da berapa kali kena.

Last skali aku dapat sijil, tulis 'Kursus Asas Kenegaraan'. Hahhh? Aku tertipooo...

4 comments:

L juz f0r LIYZA said...

hehee..kt uitm dlu p0n wajib p btn,skang dh keja p0n kna p btn..

Al said...

BTN, bende lumrah kat malaysia


awal2 bes gak wat amik pengalaman
tp klo da banyak kali tu boring la jugak, benda same je buat

aNaYaNa said...

al..i bnasib baik xpnah join2 btn spnjang kehidupan..hihih..

Al said...

x join maka x cinta haha

alah, program dia macam kursus motivasi gitu, tp ke arah kemelayuan. try la join klo nak merasa camane.

Related Posts with Thumbnails