Showing posts with label berenang. Show all posts
Showing posts with label berenang. Show all posts
Friday, January 11, 2013
Menjengah Hutan Simpan Ayer Hitam
Ni trip pada sabtu lalu, 5 Jan yang juga trip pembuka tirai 2013 aku. Trip solo je sebab last minit punya plan. Kalau diikutkan dah lama aku nak pergi tempat ni sebab kata orang kat sini ada tempat cun. So banyak kali juga la aku cari kat internet pasal tempat ni. Memang cun, tambah-tambah kolam rahsianya.
Lepas dapat info sikit-sikit, aku masuklah ke hutan simpan kat Puchong ni buat kali pertama sekitar Julai tahun lepas. Nak tau apa jadi? 6 jam aku kat dalam tu, sesat. Tak jumpa langsung benda yang dicari dan dengan penatnya lagi,
memang kecewa masa tu. Padahal orang kawasan tu yang selalu masuk treking pon amik masa 2 jam je untuk keluar balik.
Then terasa nak pergi lagi. Dengan dapat info lebih sikit dan mungkin agak tepat, berpandukan peta sendiri aku pon kesana lagi sekali petang sabtu tu. Pukul 3 start trekking, 3.30 sampai CP, 4.05 sampai simpang air terjun. Lepastu aku start konfius balik dia punya trek. Tambahan dengan kedua-dua kasut yang tercabut tapak, lagi ternampak bekas tapak kaki haiwan liar, dan kedengaran anjing sedang menyalak dari jauh, aku pon berpatah ke trek yang satu lagi.
Dan 15 minit kemudian jumpalah ini.
Sebenarnya bukanlah kolam ni yang dicari. Sepatutnya kolam yang aku cari tu terdapat air terjun skali dan mungkin lagi dalam airnya. Tapi disebabkan matahari semakin tenggelam, aku port sini je. Dapat mandi-mandi sekejap pastu dalam 5.30 petang aku blah.
7.00 petang sampailah kembali kat starting point.
Tapi takpe, masih banyak masa untuk aku datang lagi ke sini. Mana tau percubaan kali ketiga baru membuahkan hasil kan.
Labels:
air terjun,
berenang,
recce,
sungai
Wednesday, March 14, 2012
Puas di Perlus..Sensasi Seketika
Ok, minggu lepas aku balik kampung. Saje mahu merehatkan minda sejak dapat kerja yang kena kerja 6 hari seminggu ni. Nak dijadikan cerita pada pagi ahad tu, pergilah aku ke pekan untuk beli suratkhabar. Dah menjadi kebiasaan aku kalau duk kampung akan beli suratkhabar untuk dapat berita semasa, internet takde, tv tak best. Entah kenapa hari tu aku terbeli@nak beli@memang beli suratkhabar Harian Minggu. Bila balik rumah dan baca-baca, terjumpalah ini..
Haa..ok la walau first time masuk kan. Ni pasal cerita yang aku up bulan 10 tahun lepas lagi, yang ni [link]. Btw, terima kasih kepada Faisal Samat untuk artikel ni.
Labels:
air terjun,
artikel,
berenang,
geng luar,
hiking,
selitan,
sungai,
tentang aku
Monday, December 12, 2011
Terbaik! Trip 4X4 Ke Air Terjun Pelangi
Terletak di Sg. Lembing, Kuantan, Air Terjun Pelangi ialah satu tempat yang patut dikunjungi oleh pencinta alam atau sesiapa sahaja yang ingin membebaskan diri dari masalah di kota. Kejadian pelangi yang terdapat di air terjun setinggi 50 meter ini sangat mengasyikkan dan menunjukkan betapa indahnya ciptaan alam ini. Berbekalkan hanya sinaran mentari, cahaya yang terbias melalui air terjun ini akan menghasilkan pelangi yang pelbagai bentuk dan lapisan berdasarkan kedudukan anda. Namun ianya hanya terbentuk pada sebelah pagi sahaja, sekitar 8 pagi hingga 11 pagi.
[Perjalanan kami]
Kami mula berkumpul di Petronas Gombak pada 12 tengah malam 2hb 12. Setelah semua peserta sampai kami pun bertolak ke Kuantan melalui Lebuhraya KL-Karak dan sampai sekitar 5 pagi hari Sabtu. Sementara menunggu siang, kami berehat di sebuah stesen minyak dan kemudiannya sarapan bersama sebelum bertolak pula ke pekan Sg. Lembing. Di sini kami singgah sebentar membeli barang keperluan dan melepas hajat masing-masing sebelum masuk hutan meneruskan kembara pacuan empat roda kami.
![]() |
| Sekitar pekan Sg Lembing;sebuah pekan yang kecil namun begitu aman |
![]() |
| Satu-satunya jambatan yang perlu dilalui untuk ke Air Terjun Pelangi, kalau hujan lebat, jambatan boleh tenggelam dan tidak akan boleh dilalui |
![]() |
| Melintasi anak sungai |
![]() |
| Melalui kawasan chalet terbiar |
Setelah sampai di Lubuk Beruk, kami terus sediakan makan tengahari untuk semua peserta. Sementara yang lain pula sibuk memasang khemah yang dibawa, dan kemudian ada juga telah terlelap dek letih mengharungi perjalanan tadi.
![]() |
| Baru sampai; ushar-ushar kawasan sekitar campsite dulu |
![]() |
| Terdapat rangka tempat berteduh yang ditinggalkan |
![]() |
| Masak nasi pakai unggun api, lagi sedap |
![]() |
| Para yang kami bina untuk tempat memasak |
![]() |
| Ada yang pasang khemah, ada juga pasang hammock |
![]() |
| Berlenang-lenang di tepi sungai..relaxx.. |
![]() |
| Ada juga yang terus merasai air sungai bersebelahan |
![]() |
| Kawasan campsite kami |
![]() |
| Sesi membuang pacat yang melekat dalam perjalanan ke Gua Cermin |
![]() |
| Aktiviti memancing sepanjang sungai |
![]() |
| Lubuk Gua Cermin, banyak terdapat ikan di sini |
![]() |
| Air yang deras dan dalam depan gua |
![]() |
| Terdapat pusaran air di sini, sangat bahaya bagi yang tidak mahir berenang |
Petangnya barulah kami bertolak pulang kembali. Namun dalam perjalanan sebuah kereta telah mengalami kerosakan dan aktiviti pembaikian pun dilakukan dan berjaya..buat sementara. Bila masuk lebuhraya, tanda kerosakan kembali dikesan dan kami terpaksa berhenti di R&R Gambang, kali ni kami tidak berjaya membaikinya disebabkan ketiadaan alat ganti. Kederaan penunda pun dihubungi dan pukul 3 pagi barulah kami dapat pulang kembali ke Kuala Lumpur. Huhh..hujung minggu yang begitu padat tapi menyeronokkan.
Labels:
4X4 Adventure,
air terjun,
berenang,
geng luar,
kru teknikal,
sungai,
sunrise watching
Monday, October 24, 2011
Perlus Yang Hardcore
Dari namanya yang bermaksud 'ke dalam' memang tepat sekali menggambarkan lokasi Air Terjun Perlus di Kg Gabai, Hulu Langat yang aku pergi Sabtu lepas ini. Apa lagi boleh dikata, dari starting point, masa trekking selama 3 jam diperlukan untuk sampai ke sini, membuatkan ia sebagai air terjun yang paling jauh treknya aku pernah pergi. Mujurlah trekking hanya naik dan turun bukit saja, bukannya seperti mendaki gunung yang pacak, tapi keletihan tetap dirasa.
Tambah menyeksakan bila dikerumi si pacat yang tak lekang di tanah dari mula sampailah akhir. Spesis pacat sangat banyak, aku sendiri berpuluh-puluh ekor melekat kat kaki, nak wat camana pakai sandal je sebab ingat trekking kejap, so terpaksalah jadi perderma yang baik hati haritu.
![]() |
| berkumpul di Masjid Batu 18 Hulu Langat..berkenalan dengan peserta lain |
![]() |
| Sampai di starting point surau kg orang asli. Parking kereta kat sini dengan bayaran RM10 untuk bermalam dan RM5 untuk sehari |
![]() |
| Permulaan trekking melalui kg orang asli |
3 jam trekking boleh dibahagikan kepada 3 bahagian, sejam pertama melalui kebun orang asli, sejam berikutnya melalui pula kawasan pokok-pokok buluh dan sedikit mencabar di sejam terakhir yang mana akan melalui kawasan berbukit tinggi serta trek yang banyak diliputi semak mungkin sebab sudah lama tidak dikunjungi orang. Namun di sini boleh melihat panorama di empangan Hulu Langat yang sejuk mata memandang.
Sampai saja di air terjun, kami terus setup camping site sebelum menuju ke kolam utama untuk melepaskan gian mandi air terjun yang sejuk itu. Tidak dilupa aktiviti tiruk-meniruk dan urutan air terjun turut dijalankan. treking 3 jam sambil membuang pacat di kaki berbaloi-baloi bila dapat rasai air terjun dari ketinggian lebih kurang 40m ni.
Selepas semua selamat sampai di parking kereta, kami pun mula bergerak untuk ke Air Terjun Gabai pula yang terletak di kawasan berhampiran.
akan bersambung..
Subscribe to:
Posts (Atom)

























































