Showing posts with label Movie Review. Show all posts
Showing posts with label Movie Review. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

The Way Back [2010]



Satu cerita pengembaraan yang paling extreme penah aku tengok, dari sebuah buku bertajuk The Long Walk yang bersandarkan kisah benar. Menakjubkan cerita yang mengisahkan perjalanan banduan yang mahu melarikan diri dari tawanan pihak komunis Rusia di Kem Gulag, Siberia. Perjalanan sejauh 4000 batu yang memakan masa berbulan-bulan merentasi Rusia, Mongolia hingga ke Tibet kemudiannya sampai di India, pelbagai rintangan mereka hadapi. Bermula dengan 7 orang dan berakhir hanya 3 yang betul-betul sampai di India.

Ujian yang dihadapi pula bermacam-macam, dari kesejukan melampau bersalji, keperitan pergunungan Himalaya hinggalah melalui padang pasir yang kering kontang semua mereka tempuhi. Dari muka kemerahan menahan panahan mentari padang pasir, bibir merekah kerana kekurangan air hingga kaki melecet dan cedera kerana jauh berjalan, semuanya sangat memeritkan. Yang paling menarik minat aku adalah cara mereka survive selama berbulan-bulan itu. Macamana mereka hidup dengan makan ular berbisa, menggunakan simpanan air yang terhad, mengetahui arah berpandukan kedudukan matahari dan berlindung dari ribut salji serta ribut padang pasir.


Watak utama dan bertindak sebagai ketua pelarian adalah seorang askar Poland yang telah dikhianati isterinya sendiri. Sepanjang perjalanan mereka juga menghadapi persoalan setiakawan dan kemanusiaan dalam keadaan terdesak. Walau terselit kisah sedih dengan 3 orang berakhir dengan kematian, namun semangat mereka masih utuh untuk pastikan perjalanan mereka berjaya sampai ke destinasi yang selamat, dan mereka berjaya. Di pengakhiran cerita, watak utama kembali ke rumah setelah hampir setengah abad untuk berjumpa isterinya, dan dia memaafkannya atas apa yang telah dilakukannya dulu.

Sebuah pengisisan hujung minggu yang berbaloi bagi aku di sebalik kesibukan hari-hari kebiasaan!

Thursday, December 8, 2011

Review Filem: The Wildest Dream



The Wildest Dream, kena dengan tajuknya adalah sebenarnya sebuah filem dokumentari daripada National Geographic mengenai puncak teragung dunia, Everest. Namun ia lebih fokus kepada jasad yang dianggap manusia pertama menawan Everest iaitu George Mallory, yang kemudiannya ditemui terdampar di lereng gunung tersebut 75 tahun kemudiannya.

Atas dasar puncak tertinggi di dunia pada ketinggian 29000 kaki, ianya lebih 2 kali ganda Gunung Kinabalu atau juga 4 kali ganda ketinggian Gunung Tahan.Pada altitud tersebut, adalah mustahil bagi manusia untuk membuat penempatan.

Kembali kepada kisah Mallory, walaupun tiada bukti yang tepat menunjukkan dia telah sampai di puncak, namun ia disokong oleh dua sebab yang boleh diterima. Pertama ialah tempat mayatnya dijumpai iaitu lebih ke bawah lereng berbanding tempat terakhir dia dilihat iaitu hampir di puncak, menunjukkan dia mungkin dalam perjalanan turun semasa tragedi meragut nyawanya berlaku. Keduanya pula ialah kerana kehilangan foto isteri bersama jasadnya. Foto tersebut berkemungkinan telah ditinggalkan di puncak Everest kerana dia telah berjanji untuk mengabadikan foto tersebut di puncak, sebagai tanda cinta abadi terhadap isterinya, Ruth.

Dihantui tragedi tersebut, dan juga untuk mendapatkan jawapan samada Mallory betul-betul sampai di puncak ataupun tidak, Pada 1999 seorang pendaki, Conrad Anker telah cuba melakon kembali saat Mallory mendaki pada zamannya. Dengan menggunakan pakaian yang sama, kasut mendaki yang sama dan semua pelengkapan lain yang sama, juga pada musim yang sama iaitu di awal monsun, dia mengikut trek yang dibuat Mallory bermula dari Base Camp yang jauhnya 12 batu dari puncak, sehinggalah dia sampai di tempat yang paling mencabar iaitu Second Step, yang hanya beberapa ratus kaki dari puncak. Walaupun kini telah terdapat tangga besi yang disediakan oleh pendaki China, namun Conrad bersama seorang temannya, Leo hanya mendaki tebing curam berbatu tersebut menggunakan kudrat badan semata-mata sama seperti yang dilalui Mallory. 

Mampukah dia mendaki sampai ke puncak dan membuktikan yang Mallory sebagai manusia pertama menakluk Everest, ataupun juga menerima nasib yang sama seperti dialami Mallory? jawapannya dapat diketahui pada penghujung filem tersebut.


Monday, October 3, 2011

The Art of Travel



Bila sebut pasal travel, ade banyak sebab untuk seseorang tu travel. Jenis travel jugak macam-macam, ada yang ambik pakej, ade yang pergi sendiri lepas dah plan betul2, dan yang jenis hardcore pulak tak plan langsung, terus keluar mengembara pergi kemana saje mengikut naluri, inilah yang ditonjolkan dalam movie 'The Art of Travel', sebuah kisah pengembaraan yang unik. 

Ianya mengisahkan Conner, yang mula keluar mengembara seorang diri setelah meninggalkan majlis kahwinnya sendiri disebabkan bakal isterinya yang curang. Tanpa sebarang plan, Conner membawa diri ke Nicaragua. Dia yang masih naif dalam dunia pengembaraan mengalami pelbagai pengalaman buruk seperti ditipu dan dirompak. Setelah beberapa minggu di tempat asing, dia akhirnya dapat menyesuaikan diri dan setelah itu, dia bertemu pasangan Christopher dan Darlene, yang mengajaknya mengembara melalui Darien Gap, kawasan hutan tebal antara Panama di Amerika Tengah dengan Colombia di Amerika Selatan. Mereka merancang untuk menyeberangi kawasan tersebut dalam masa yang singkat seterusnya mencipta rekod dunia.

Sepajang ekspedisi inilah yang banyak ditonjolkan dalam filem ni, dengan pelbagai pengalaman dengan anggota ekspedisi yang lain. Antaranya adalah kemalangan yang membabitkan pacuan 4 roda mereka, kisah bertembung dengan pemberontak dan jugak bibit percintaan Conner dengan Anna. Setelah hampir setahun mengembara di dalam hutan tebal, akhirnya misi mereka berjaya dan sampai di Columbia.

Kembara Conner tidak tamat di situ saja, dia kemudiannya mengembara dengan Anna ke Peru dengan mengunjungi Machu Picchu. Anna kemudiannya terpaksa pulang ke Prague kerana bapanya tidak sihat dan berpisahlah mereka walaupun pada mulanya Conner mahu mengikut Anna. Ini kerana dia tidak mahu dirinya menyesal kerana tidak melakukan aktiviti pengembaraan yang disukainya. Filem ini berakhir dengan Conner berjaya melihat pancutan air panas ulty geyser di Bolovia yang kononya berlaku sekali dalam masa 60 tahun sebelum menyedari bahawa dia telah dikenakan oleh pasangan Christopher dan Darlene. 

Keseluruhanya aku boleh layan cerita ni walaupon part mengembara dalam hutan itu mungkin tidak akan aku buat. Lagipon aku tidak terlalu obses dengan traveling, atau boleh dikata mungkin belum bersedia lagi, walaupun minat tu ada. Namun aku sangat setuju dengan kata2 'the art of travel is to deviate from one's plan' yang ditulis Conner. Sangat bersetuju!


Saturday, February 19, 2011

Review Filem: Sanctum


Yeahhh..ekspedisi gua plak. Aku baru je tengok citer ni smalam, 3D plak tuh, bapak mahal, tapi berbaloi. Aku prasan citer ni pon lepas tengok iklan dia banyak kuar kat tv, lepastu bile try cari nak donlod, sume link kena block dah. Last optian, tengok je la kat wayang. Citer ni best sebab memaparkan keadaan terdesak yang real sehingga terpaksa membunuh kawan sendiri untuk terus hidup.

Sunday, January 16, 2011

Review Filem: Into The Wild



Mungkin aku agak terlambat untuk kembali bercerita tentang filem yang telah pon keluar pada 2007 lagi ni namun disebabkan filem ni adalah antara filem yang dekat dengan hati aku so aku buat juga reviewnya. Selain 127 Hours yang penah aku review sebelom ni, citer Into The Wild juga adalah kisah benar sebuah pengembaraan yang membuatkan aku

Thursday, January 13, 2011

Heeeeeeehehee.....



Sape-sape yang selalu ke Pantai Timur sila ambik perhatian.


Warning!!! Pastikan anda tidak berseorangan ketika ini.

Monday, January 10, 2011

Review Filem: 127 Hours



Aku sedikit teruja sebab ni lah first time aku cuba review filem. Sebab filem ni sangat menarik perhatian aku, so aku rase ape salahnya mencuba buat review.

Aku baru je tonton filem 127 Hours ni semalam. Sejak Dark Half bagitau pasal filem ni beberape minggu yang lepas, dan selepas tengok thriller dia kat you tube, aku memang tak duk diam cari kat mane boleh download cite ni. Akhirnya semalam baru aku jumpa. Dan aku sangat puas hati
Related Posts with Thumbnails