Saya asal dari kampung. Kampung saya aman damai. Pada cuti sekolah yang lalu, saya pulang ke kampung saya. Di kampung saya ada satu bukit. Sudah lama saya mahu daki bukit tersebut. Lalu pada jumaat 2 minggu yang lepas, saya pun mulakan niat saya. Dan saya namakannya Penerokaan Bukit Pancur.
**************************
Ok cerita dewasa bermula. Ni ekspedisi saje-saje mendaki bukit kat kampung aku. Tujuannya untuk ape? Ramai yang akan kata aku bodoh mungkin, atau wat keje sia-sia. Apela ade kat atas bukit kan..wat letih badan je. Tak pasal-pasal jumpa binatang buas ke nanti..hehe
So sape leh jawab? Tentula aku sendiri kan. Bagi aku, dapat teroka tempat baru adalah berbaloi sebenarnya. Bila duk dalam hutan, semacam berada di kehidupan yang lain. lain dari bandar tempat tinggal kita. Kat hutan dengan suasana nyaman, hijau, sejuknya tu aku rasa bertuah dapat rasa sume tu. Mungkin jugak sebab minat mendalam, aku tak kisah akan risikonya. Alahh letih je pun yang dapat mase daki tu, tapi bukan ke tu wat badan sihat???
Berbekalkan sebilah parang, aku pecut motor ke bukit tersebut. Sebenarnya kat kaki bukit tu ade kebun getah ayah aku. So aku dah biasa ngan jalan kat hutan tu. Lepas parking motor kat kebun, aku pun apelagi terus jalan kaki ke arah bukit tu.
Nasib aku baik, di kaki bukit tu ade kertas putih kecil-kecil atas tanah yang ditinggalkan orang yang penah naik bukit tu. Mungkin pemburu babi hutan. Jadi aku tak perlu bimbang akan sesat lagi, cume ikut je tanda tu. Dengan tanda kertas tu jugaklah aku sampai ke puncak, smooth je. Masa pulak nak tau berapa lama? 1 jam..dari 9.30 pg hingga 10.30 pg.
Sampai je kat atas tu, ade sesuatu yang menarik perhatian aku. Terdapat satu bendera malaysia yang besar dan satu tiang bendera yang telah patah dan tumbang atas tanah. Wauu..kat atas ni penah ade bendera. Cayalah ingatkan takde apa atas ni.
Lepastu ak
u terperasan satu pokok besar kat situ. Apelagi aku pon panjatlah, dapat tengok sekeliling bukit tu best gak kan. Dan hasilnya adalah macam kat bawah ni. Puas hati la jugak datang sini.
Dari atas pokok tu beberape perkara aku discover;
1) Sekeliling kampung aku makin banyak pembangunan. Perumahan dinaikkan, kolej matrikulasi juga dibina dan laluan jalan raya dibuka hingga ade bukit yang telah rebah sepenuhnya.
2) Dari atas bukit, terdengar bunyi motor dan kereta. Rupenya kawasan yang aku sangka jauh selama ni adalah dekat je, sebelah menyebelah bukit ni je.
3)Terdapat 5 kampung berlainan di sekeliling bukit ni, kiranya tempat ni sebagai sempadan la. Selama ni aku ingatkan ia betul-betul di kawasan kampung aku.