Showing posts with label wall climbing. Show all posts
Showing posts with label wall climbing. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Nikmat Berhujung Minggu



Hujung minggu lepas barulah dapat merasa kembali betapa indahnya berhujung minggu di rumah dengan aktiviti-aktiviti rilek dan santai. Nak buat macamana, sejak berbulan-bulan lepas, setiap kali masuk hujung minggu je akan masuk hutan, sampai lupa dah macamana perasaan pagi-pagi layan cerita kartun kat tv, pergi pasar minggu dan pastinya lepak-lepak dengan geng serumah yang semua pun sedang bercuti. Minggu lepas baru dapat rasa kembali nikmatnya..huhh. Selain tu dapat jugak buat aktiviti-aktiviti sampingan, macam memanjat a.k.a climb yang dah lama aku tinggalkan.

Petang sabtu tu pergi teman member pasang route baru untuk wall di Shah Alam Ektreme Park, Seksyen 13. Masa tu jugak sepatutnya ada geng nak wat competition tapi tak jadi sebab hujan. So petang tu aku sekadar teman geng yang nak tukar route ni je lah sambil tolong tengok-tengok.









Ahad pula ingat nak duk rumah je. Tapi bila buka je fb, ada  geng ajak pergi rock climb, apalagi terus on la. Tapi semua pakat lengai nak gerak pagi tu, last-last petang pukul 3 baru gerak. Kami ke Gua Damai je, ok juga untuk beginner macam aku ni, takkan terus nak try Nanyang, Nyamuk, Volleyball, Red Rock, Comic, White Wall, Roadshow semua tu kan..hah. Yang lain tu lain hari la pula.

Sampai je sana ramai sangat dah orang, route pun banyak yang orang dah conquer. So kami pasang je lah route yang ada tu. Dan sempatlah juga merasa main lead satu round, lepas tu terus lenguh-lenguh tangan.





 






Friday, October 14, 2011

Kursus Kepimpinan Rekreasi Tahap 1



Ni adalah kursus rekreasi yang mula-mula aku join sejak terlibat dalam aktiviti rekreasi ni. Sebab dah lama sangat, tak tau lagi nak cerita apa pasal kursus kat Air Keroh, Melaka oleh Redtma ni. Hanya gambar mampu ku kongsikan.















*tarikh sebenar kejadian: 14 Sept 2006

Monday, August 8, 2011

Berbuka Sambil Berekreasi



Nah amik bulan-bulan pose pun nak juga main outdoor. Dah boleh agak dah geng-geng ni, kalau ade perjumpaan je mesti disusuli aktiviti yang berpeluh..haha.

Ni adalah iftar pertama aku dalam bulan Ramadhan ni dengan geng-geng aktiviti. Dorang ajak pulak buat kat Shah Alam Extreme Park kat Seksyen 13, sambil main wall climbing katanya. Ramai yang kata ok je,RSVP kat fesbuk berpuluh-puluh Attending tapi yang datangnya sekerat. Ada hal last-last minit kot (bersangka baik di bulan mulia).

Lepas membeli bekal makanan kat bazar Stadium Shah Alam, kami terus je berkumpul di sini. Masa tu dah pukul 6.30 petang. Semacam rasa masa masih lama untuk berbuka, kami pun apa lagi terus setup tali semua then sorang-sorang panjat. Dapatla sekali sorang rasa sebelum berbuka tu. Yang dah lama tak main atau tak pernah main langsung, sampai terketar-ketar kaki tuu..







Dan bila tiba masanya Maghrib, maka bersantaplah kami dengan bekal yang dibawa. Huihh.. rasa macam dah lama tak makan ramai-ramai atas tanah camni. Terubat hati. Lepastu kami lepak-lepak je kat situ, panjat sana panjat sini sebelum masing-masing beredar bila masuk Isyak, alasan nak terawih. Bagus betul budak-budak ni...







p/s: Cuba jeling-jeling sebelah kanan page ni, ada semacam satu gadget baru install, prasan tak??hehe. Sila-sila join nanti leh dapat update selalu. Alah bukan susah pun, tekan 'like' je..

Thursday, December 23, 2010

Santai



Haihhh..semakin hujung taun semakin banyak lak kejenya. Saje je nak mencabar kesabaran aku. Dah dekat-dekat nak abih ni lah nak suh wat macam-macam. Apelah nasib seorang kuli kan..

Saturday, December 11, 2010

Siri Rekreasi: Kursus Rekreasi Tahap 2



Masa: 15-19 Jan 2007
Lokasi: Ayer Keroh, Melaka

Kursus ini dikelolakan oleh Persatuan Sukan Rekreasi Dan Mendaki Tembok Tiruan Negeri Melaka ( redtma ) yang juga di bawah naungan KBS. Keseluruhan kursus adalah sehingga ke tahap 4 dan pada tahap 2 ini anda
Related Posts with Thumbnails