Showing posts with label Contests and Gifts. Show all posts
Showing posts with label Contests and Gifts. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

Indie Mari



Secara jujurnya kedua-dua buku diatas belum aku khatam lagi walaupun salah satunya sudah hampir sebulan ditinggalkan di ruang bilik rumah sewa tak kala aku keluar bekerja di siang harinya dan terus masuk mati seketika di malam harinya. Maafkan aku wahai buku berdua, korang ternyata bukan pilihan aku tika ini (ya aku suka berterus-terang). Namun hari penghujung minggu ni terdetik untuk aku coret tentang korang berdua di ruangan syok sendiri ini, sekurang-kurangnya ada jugak inisiatif dari aku untuk kalian, ye dak?

Mari mulakan dengan buku bertema kegelapan ini, Kontrol Histeria namanya, terbitan Lejen Press. Terhasil dari berpuluh geng bloggers yang bersatu dalam sebuah blog ini. Merupakan himpunan cerita-cerita fiksyen yang tak perlu aku terang panjang-panjang, cukup korang faham istilah tajuknya itu 'kontrol histeria'. Sekali lagi aku tekankan, "Sila KONTROL HISTERIA anda!".

" Dengan bertemakan pembunuhan dan saikopat, buku ini adalah sebuah buku anti hero, anti kemanusiaan dan secara terus mengangkat kegelapan dalam diri itu sebagai watak utama", bak kata salah seorang penulis di ruangan belakang buku itu.

Namun perlu juga aku ingatkan, sila maximumkan daya imaginasi otak anda jika mahu meresap seluruh kandungannya, jika tidak anda hanya akan mendapati ianya sebuah hasil yang tiada langsung kesan, lantas terus dibuang, mungkin. Jangan kata aku tidak ingatkan.

************


Buku ini pula, IRise: The Chronologies vol 1: IFall menyajikan pembacaan yang lebih releks aku kira. Menyusun kisah kejatuhan seorang bernama insan biasa sehingga mampu berdiri utuh kembali. Ni baru vol. 1, lagi tiga volume untuk di semadikan geng-geng dari Kerat Studio ni. Oh lupa aku mention di sini, ianya bertemakan kisah cintun yang gagal. Mungkin tekanan ke arah isu ini membuatkan para penulis atau lebih tepat kepala geng penulis rasakan ia mampu menarik golongan muda untuk teroka isi kandungannya. Aku sendiri sebagai yang tergolong dari kalangan itu merasakan ianya cukup baik diolah, hatta untuk yang tidak pernah rasai pengalaman serupa. Perlu diingat bahawa, ianya bersandarkan kepada kisah benar atau hampir benar terjadi sebelum dihampar semuanya dalam buku setebal 178 mukasurat ini.

Akhir kata, fall aplenty, rise wholeheartedly!


* trimas sedare bloggers si Sebelah Gelap, Dark Half, Hanif Boey, Dex Morgan etc. untuk sumbangan tak terhingga kalian.

Tuesday, November 9, 2010

i-city Punya Kontes


Nah, aku join kontes lagi. Tak kisahlah, setakat suka-suka, bukannya salah  pon kan.

Kontes ni dianjur blog Enna Banana. Sebab tamak sangat, aku masuk dua-dua kategori. Yeeeaaaha..


Kategori Individu


Saturday, November 6, 2010

Si Cero Punye Epic!


Semenjak dua menjak ni mood nak update blog tak berape nak ade, so aku lepak kat blog orang je, salah satunya blog Cero. Ni sume si Dark punya pasal la rekomen kat aku haha

Last-last da banyak kali duk belek blog dia, aku masuk kontes yang dia wat. Kontes epic. Walaupun aku tak berape nak jadi kreatif time ni, tapi stil gatal nak masuk. Huhhh

Kepada Cero, sila trima penyertaan aku yang ntah pape ni.
 

Saturday, October 30, 2010

CUTEST BABY CONTEST " bersama Sinar Raudah...


Terasa nak join kontes lagi. Yang ni dari blog Sinar Raudah.
Saje-saje je masuk, kalah menang belakang cerita.

Lagi skali aku pertaruhkan gambar anak buah aku, tapi ni yang lain plak.


Sunday, October 10, 2010

Bw Award!!!



Tak sangka plak takde angin takde ribut tetiba dapat award. Thanks ya Cik Anis tagkan aku. Sungguh terharuu...

Dah lame jugak aku prasan pasal award ni, tapi tak ambil kisah la. Biar la orang lain je dapat. Tup tup aku pun dapat gak. So dah orang bagi, aku trima je lah kan.

Ok, masa ntok jawab soklan plak. Ni yang aku lemah ni, dapat

Friday, October 1, 2010

Cute Little Muslim & Muslimah Contest


Hahahaaha (Awal-awal lagi da gelak, takde adab langsung) Maafkan daku ye, aku masih tak percaya akan join contest baby lagi, haha

Lagi skali anak sdara aku nak masuk contest (atau lebih tepat giveaway) ni...


Nama: Nur Alya Sabrina
Umur: 1 tahun 9 bulan
Tarikh Lahir: 15 Dis 2008
Kategori: 1B
Harapan: Pakcik nak tengok Alya jadi muslimah yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Juga jangan dilupa untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan buat kedua-dua orang tuamu.



Ok, contest yang ni dianjur oleh blog contest4anas dan asha's family.
Segala syarat berkaitan contest dan ape benda nak kena buat ade kat sane.



Harap dapat menang, cute ape kan.hehe

Last skali, aku nak tag blogger  berikut;



Thursday, September 30, 2010

Peraduan Dari OhPemandu.com


Dah kering idea nak update blog, contest je lah aku masuk, senang benda pun free.

Untuk second contest aku ni dari website OhPemandu.com milik brader Zool. Sebenarnya da lama dia start contest ni, dan yang paling menarik, hari ni last. Haha adakah aku peserta last? Harap ada tuah.

Tengok header dia pun da tau camane

Ape yang nak kena buat??

1)Tulis sebab kenapa suka nyibuk kat website OhPemandu.com
2)Buat mak. 3 cadangan tagline untuk website OhPemandu.com

Nampak macam senang tapi kena pikir jugak la sket-sket. Hadiah pun lumayan jugak. 

So alasan aku bagi soklan pertama tu sebabya adalah aku ni memang menjadi tabiat sejak kecik sangat suka tengok bende-bende pelik kat dunia ni. Dan di OhPemandu.com sudah tersedia semua ragam pelik bin ajaib para pemandu, termasuklah ragam kenderaan mereka, macam-macam ada. Yang paling penting, bila masuk je sane, kena pastikan perut aku mampu dikawal sebab  benda yang kat dalam tu mampu buat korang pecah perut, nak nangis pun ade. Tak caye?? try korang pegi sane aku nak tengok..hehe


Untok soklan kedua plak, ni cadangan aku
      
a) Satu-satunya blog pujaan pemandu-pemandu di Malaysia
b) Apabila pemandu mula kreatif, kenderaan menjadi mangsa
c) Pelbagai ragam pemandu yang mampu buat anda tidak kering gusi

Akhir sekali pada sape-sape yang nak join, sile ke http://ohpemandu.com/2010/07/peraduan-mencari-tagline-untuk-ohpemandu/ . Masih sempat lagi ni..


Tuesday, September 28, 2010

Contest Bersama Si Kecil


Buat julung-julung kalinya aku nak merasa join contest.

Tapi contest ni bukan contest yang biasa seorang lelaki macam aku masuk, sebab ni contest baby, haha. Aku sendiri pun nak pening pikir patut tak join, tp last2 join gak..huhu. Okeh, korang tolong jangan gelak plak. Walaupun aku laki, tapi dalam hati ada taman, dalam taman ada dot..dot..dot..hehe.

Ni dia gambar aku pertaruhkan.

Ni anak sedare aku ye.harap maklum.

Lupa plak, contest ni dianjur oleh Cik Gayah ye. Segala butiran contest ade dekat blog beliau. Klo korang berminat gak, pegi je sane terus.

Di sini aku nak tag jejaka-jejaka ensem berikut;

Chaon 
Juedin 

 

Monday, September 6, 2010

New Look


Yeahh! Blog aku berwajah baruuuu. Apa yang barunya? Tuuu, kat atas tu, nampak? Haaa, tau la header je pun, bukan keseluruhan template blog jadi baru, tapi lawa ape, lagipun mana aku reti nak wat blog stailo-stailo nih.

Okeh, pasal header baru tu..

Terima kasih kepada owner blog Sorrow graphic novel yang telah membuat satu header yang cun menarik tertarik untuk blog ni. And guess what, its for free! (Sebenarnya dia buat 3 semuanya, yang lain tu nantilah aku pakai). Apalagi, terjahlah ke blog beliau, sambil baca-baca grafik novel beliau yang ummph, layannnnnn.

Camane aku boleh dapat header ni ada aku cite dalam post sebelom ni, jadi klo korang ade nak suh design header baru untuk blog korang, gi je mintak ngan dia. Dia takde marah punya. Tapi maybe bukan free lagi la kot. But hey, manatau klo korang pandai bodek, dengan diiringi sedikit luck, maybe korang dapat juga free. Selamat mencuba!

Oleh sebab aku suka nature, so aku mintakla dia buat header yang ada gambar nature. Sebab tu ada gambar bendang tuh. Pastu aku bagi jugak gambar aku n mintak jangan bagi clear sangat, malu...awww. Tapi korang tengok lah, terpampang muka aku sebesar-besarnya, aduishh. Tapi takpe lah, dia lupe nak wat kot. Harap takde orang cam aku, haha boleh plak camtu kan.Terima je seadanya..

Jadi sekarang secara officialnya header lama aku terpaksa dilupuskan. Walaupun tak berapa lawa tapi tetap ada nilai sentimental tersendiri kat aku. Wat sendiri tu, walaupun aku tak kreatif dan tak berpengetahuan pasal design mendesign ni.

Anda akan dirindui..hakhak

Saturday, August 28, 2010

First Ever Gift





Untuk pertama kalinya, sejak aku bergelar blogger 9 hari yang lalu, aku dapat hadiah dari kengkawan blogger. Wahh, gembira tak terkata. Yela, baru setahun jagung aku cuba menulis kat dunia blog ni, tetiba dapat hadiah yang tak disangka-sangka. 

Dan hadiahnya adalah---->1 header baru!
    Dapat header baru ni macam satu rahmat buat aku. Sejak pagi tadi aku berhempas pulas nak try wat header untuk blog ni, sebab aku tengok semacam je blog ni takde header sejak dilancarkan aritu. Dan hasilnya, header yang tak berapa nak lawa, yang aku amik dari gambar aku, pakai print sreen, edit kat paint. haha. Bukannya aku sengaja taknak buat awal2, tapi aku takreti..huhu. Aku create blog ni maen redah je, memang tak prepare ape-ape. Tengok orang lain wat, aku pon nak wat jugak. Photoshop pon tak penah pakai.

    Tup-tup ade orang nak bagi header free. Hepi bukan maen aku. Tapi bukan siap terus arini la. Kena amik masa jugak orang tu nak buat kan.

    Dan blogger yang aku maksudkan itu ialah blogger dari Sorrow: Yang Begitu Indah. Nama samaran dia Dark Half.

    Alkisahnya, pada satu hari, dalam aku duk jenjalan kat blog orang, aku terjenguk kat blog dia ni. Header dia memang lawa, kreatif. Dah bace entri sket2, aku gi dekat followers dia, tengok ada 299 followers. Memang baik punya nombor, Aku tros masuk, jadi yang ke 300. Lepas tu aku tinggalkan jejak aku, then blah. 

    Hari ni, tengah aku berusaha nak wat header blog ni, aku gi bace komen orang. Dalam aku duk melawat balik ke blog orang yang da komen kat entri aku, akhirnya sampaila aku kat blog si dark half ni. Dan memang terkejut aku tengok first entri dia pasal blog ni!

    Lepas bace entri dia, aku trus post entri ni. Trimas kepada blogger kreatif, Dark half. Nanti aku emelkan.

    Ok, tak sabar tunggu header baru..
    Related Posts with Thumbnails