Showing posts with label Kisah Di U. Show all posts
Showing posts with label Kisah Di U. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Meraikan Sebuah Kebebasan



12hb Jan, 2012 adalah tarikh keramat aku pada tahun ni. Setelah bertungkus lumus mengerah keringat fizikal dan mental dalam masa kurang lebih 365 hari ni, akhirnya sampai jugak di penghujung. Macam tak percaya pun ada, terlalu cepat masa setahun berlalu, padahal dalam masa tu pelbagai tekanan serta ketakwarasan mental melanda, semata-mata nak habiskan sesuatu yang dianggap keberuntungan mendapatkan ilmu dunia. Sehh.. aku bersyukur sekarang semua sudah selesai. Minda yang letih ni perlu di recharge, sebelum dikerah kembali untuk peringkat alam seterusnya yang sedang menunggu...

Hal sebenarnya bukan ada apa pun entri ni, cuma ingin berkongsi detik waktu senja meraikan kebebasan dari menuntut ilmu formal, bertempat di Pantai Jeram, Kuala Selangor. Kami ke sini bersama gerombolan geng dari identiti yang sama, yang setia bersama selama setahun ni.

Tujuan utama ke sini untuk tenangkan minda yang kurang teratur sejak setahun yang lalu dengan suasana matahari terbenam di tepian pantainya beserta menjamu selera dengan makanan lautnya, setelah diajak seorang geng. Tapi nasib kurang baik, hanya mendung yang menemani kami petang tu sampailah maghrib menjemput. Takpe, tujuan kedua harus juga dilaksanakan. Dan seperti diduga, nikmatnya masyuk sekali dapat meratah pelbagai sajian laut yang diadun pelbagai cara dan jenis masakan itu. Berbaloi-baloi..








Terima kasih rerakan seperjuangan untuk kesetiaan, pengorbanan dan penat lelah bersama menghabiskan satu tahun penuh berliku. Namun di akhirnya adalah nikmat tak terkata. Semoga ini bukan pertemuan terakhir kali wahai geng F-Track - Yus, Nidzam, Farid, Pokku, Daus, Arip, Cikun, Sudin, Baim, Zul, Best, Atok, Alau, Faiz serta Atong, Aple, Fana, Dyen, Sop, Aisyah, dan Azwa berkaca mata.

Friday, October 14, 2011

Kursus Kepimpinan Rekreasi Tahap 1



Ni adalah kursus rekreasi yang mula-mula aku join sejak terlibat dalam aktiviti rekreasi ni. Sebab dah lama sangat, tak tau lagi nak cerita apa pasal kursus kat Air Keroh, Melaka oleh Redtma ni. Hanya gambar mampu ku kongsikan.















*tarikh sebenar kejadian: 14 Sept 2006

Friday, July 22, 2011

Memperkenalkan....'Air Traffic Control'


Apekebendenye air traffic control ni hah? Ade sape penah dengar? haha. Rasenya ramai yang blom tau kan, tp mungkin ade jugak yang dah tau, siap nak wat kerjaya lagi. Air traffic control (ATC) atau dalam BMnya kawalan trafik udara adalah suatu perkhidmatan yang diberikan oleh pengawal di darat yang mengarah pesawat di atas tanah dan di udara. Tujuan utama sistem ATC di seluruh dunia untuk memisahkan pesawat untuk mengelakkan perlanggaran, untuk mengatur dan mempercepatkan aliran lalu lintas, dan untuk menyediakan maklumat dan sokongan lain untuk juruterbang apabila mampu. Skema kan..nah itulah dia perihal ATC yang ditranslate terus dari wikipedia.

Anyway, alkisahnya entri ni ditulis sebab nak kongsikan lawatan aku ke tempat aktiviti ni je. Nama tempat tersebut ialah Department of Civil Aviation (DCA) kat KLIA. Ni masa aku sebagai student electrical lagi, bila tu? Lamaaaaa sudah..hehe

Kat sini dia ade 1 menara kawalan setinggi dalam 30 tingkat. Kat atas menara ni lah, iaitu di bilik kawalan di tingkat 29, pengawal lalulintas udara ni wat kerja mereka mengarah kapal terbang yang nak mendarat kat KLIA tu. Walaupun namanya adalah pengawal, namun ni kerjaya profesional tau. Nak kerja ni perlu ada ijazah baru dapat. Dan bukan setakat KLIA, kat LCCT pun diorang jaga. Banyak tu nak handle pesawat.


 

Sekarang jom tengok ape yang ade kat dalam bilik kawalan tu.








So ade sape-sape berminat nak wat sebagai kerjaya masa depan?

Tuesday, June 28, 2011

Menjelajah Tanah Tinggi Cameron


Masa: 23 - 24 Jun 2011
Lokasi: Cameron Highlands, Pahang


Mengunjungi Cameron Highlands adalah aktiviti yang berbaloi dan patut dilakukan oleh penggemar mengembara atau suka bercuti. Ini kerana Cameron Highlands menawarkan suasana alam dan iklim yang cukup berbeza jika dibandingkan dengan kawasan kota di seluruh Malaysia. Jika ada kelapangan dan bajet yang mencukupi, anda patut meluangkan masa di sini tanpa teragak-agak, pastinya berbaloi.

Hari pertama kami di Cameron Highlands ialah melawat ke MARDI. Selepas sahaja check-in di Hotel Cool Point di Tanah Rata, petangnya kami terus ke sini. Di sini selain terdapat pelbagai versi bungaan dan buahan yang sejuk mata memandang, juga terdapat taman mini yang dihias cantik untuk diteroka pengunjung. Selain itu anda juga boleh menikmati produk strawberi seperti aiskrim, jus, dadih dan semestinya buah strawberi segar dengan harga berpatutan.















Sesudah melawat MARDI, kami cuba cari tempat rekreasi di sekitar bandar Tanah Rata sehinggalah kami jumpa signboard ke Air Terjun Robinson. Namun kami yang siap dengan pakaian mandi hampa kerana di sini airnya tercemar dan hanya boleh bergambar berlatarbelakangkan air terjun tersebut. Di sini terdapat jungle walk yang akan membawa ke Gunung Beremban.

Pada malamya tiada aktiviti khusus untuk kami lakukan. Selepas menikmati makan malam secara bufet, kami keluar ke bandar dan singgah di restoran mamak sambil melayan game bola di kaca tv. Selepas itu kami balik semula ke hotel penginapan dan terus lelap dalam kedinginan malam dalam bilik yang tidak dilengkapi aircond mahupun kipas itu.

Pagi keesokan harinya kami melawat pula ke kilang strawberi KHM. Terdapat pelbagai produk strawberi yang dibuat seperti jem, aiskrim, halwa serta gula-gula. Kilang ini juga mempunya ladang strawberinya sendiri dan sebahagian daripada buah tersebut  dipasarkan ke pasaraya. Selain dapat merasa aiskrim strawberi percuma, kami juga membeli buah strawberi segar dari ladang tersebut.






Sebelum balik semula ke hotel, kami ke Kea Farm Walk di Brinchang. Di sini terdapat pelbagai hasil tanaman dari ladang yang dijual secara borong. Walaupon ramai antara kami yang membeli banyak buahan dan sayuran di sini, namun aku hanya merasa madu lebah dan jagung manis sahaja selain melihat pemandangan serta gelagat peniaga di sini.




Di waktu petangnya kami ke tapak semaian tanaman water crest. Dengan bayaran masuk RM1, kami meneroka dan bergambar di sekitar kolam tapak semaian tanaman yang tidak pernah kami kenal ini.





Kunjungan terakhir kami di Cameron Highlands tentulah ke tempat paling tersohor di sini iaitu ladang teh. Kami singgah di Cameron Bharat Plantations di laluan balik ke Shah Alam melalui Simpang Pulai. Di sini tiada yang lebih bermakna untuk dilakukan selain bergambar di ladang teh yang luas mata memandang. Setelah hampir sejam di sini kami pun beransur pulang. Kenangan di sini pastinya amat berharga untuk dilupakan begitu sahaja.






Related Posts with Thumbnails