Showing posts with label selitan. Show all posts
Showing posts with label selitan. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

Indie Mari



Secara jujurnya kedua-dua buku diatas belum aku khatam lagi walaupun salah satunya sudah hampir sebulan ditinggalkan di ruang bilik rumah sewa tak kala aku keluar bekerja di siang harinya dan terus masuk mati seketika di malam harinya. Maafkan aku wahai buku berdua, korang ternyata bukan pilihan aku tika ini (ya aku suka berterus-terang). Namun hari penghujung minggu ni terdetik untuk aku coret tentang korang berdua di ruangan syok sendiri ini, sekurang-kurangnya ada jugak inisiatif dari aku untuk kalian, ye dak?

Mari mulakan dengan buku bertema kegelapan ini, Kontrol Histeria namanya, terbitan Lejen Press. Terhasil dari berpuluh geng bloggers yang bersatu dalam sebuah blog ini. Merupakan himpunan cerita-cerita fiksyen yang tak perlu aku terang panjang-panjang, cukup korang faham istilah tajuknya itu 'kontrol histeria'. Sekali lagi aku tekankan, "Sila KONTROL HISTERIA anda!".

" Dengan bertemakan pembunuhan dan saikopat, buku ini adalah sebuah buku anti hero, anti kemanusiaan dan secara terus mengangkat kegelapan dalam diri itu sebagai watak utama", bak kata salah seorang penulis di ruangan belakang buku itu.

Namun perlu juga aku ingatkan, sila maximumkan daya imaginasi otak anda jika mahu meresap seluruh kandungannya, jika tidak anda hanya akan mendapati ianya sebuah hasil yang tiada langsung kesan, lantas terus dibuang, mungkin. Jangan kata aku tidak ingatkan.

************


Buku ini pula, IRise: The Chronologies vol 1: IFall menyajikan pembacaan yang lebih releks aku kira. Menyusun kisah kejatuhan seorang bernama insan biasa sehingga mampu berdiri utuh kembali. Ni baru vol. 1, lagi tiga volume untuk di semadikan geng-geng dari Kerat Studio ni. Oh lupa aku mention di sini, ianya bertemakan kisah cintun yang gagal. Mungkin tekanan ke arah isu ini membuatkan para penulis atau lebih tepat kepala geng penulis rasakan ia mampu menarik golongan muda untuk teroka isi kandungannya. Aku sendiri sebagai yang tergolong dari kalangan itu merasakan ianya cukup baik diolah, hatta untuk yang tidak pernah rasai pengalaman serupa. Perlu diingat bahawa, ianya bersandarkan kepada kisah benar atau hampir benar terjadi sebelum dihampar semuanya dalam buku setebal 178 mukasurat ini.

Akhir kata, fall aplenty, rise wholeheartedly!


* trimas sedare bloggers si Sebelah Gelap, Dark Half, Hanif Boey, Dex Morgan etc. untuk sumbangan tak terhingga kalian.

Wednesday, March 14, 2012

Puas di Perlus..Sensasi Seketika



Ok, minggu lepas aku balik kampung. Saje mahu merehatkan minda sejak dapat kerja yang kena kerja 6 hari seminggu ni. Nak dijadikan cerita pada pagi ahad tu, pergilah aku ke pekan untuk beli suratkhabar. Dah menjadi kebiasaan aku kalau duk kampung akan beli suratkhabar untuk dapat berita semasa, internet takde, tv tak best. Entah kenapa hari tu aku terbeli@nak beli@memang beli suratkhabar Harian Minggu. Bila balik rumah dan baca-baca, terjumpalah ini..



antara mereka-mereka itu, ada aku:)

Haa..ok la walau first time masuk kan. Ni pasal cerita yang aku up bulan 10 tahun lepas lagi, yang ni [link]. Btw, terima kasih kepada Faisal Samat untuk artikel ni.

Monday, February 13, 2012

Dunia Baru Aku



Dah dua minggu aku dekat sini jalani kehidupan serba baru. Dah dua minggu jugaklah aku berkira-kira sebagai seorang yang sibuk tahap gaban sampai tak pernah terlintas langsung nak update blog ni. Padahal bukan ada kerja sangat pun, saja wat-wat rajin depan bos, biasalah awal-awal ni kena ambil hati bos kaw-kaw dulu kan..haha.

Tapi aku jugak sedih, gara-gara benda ni aku tak boleh nak beraktiviti sangat dah. Dah hari sabtu pun kena kerja, camana tuh?pasrah je lah. Kalu nak wat aktiviti pun sekadar daypack hari ahad je la nampak gayanya. Tu pun bila entah nak mulanya. Aku rasa dah hampir tiga bulan aku langsung tak ada aktiviti luar yang selalu aku buat saban minggu sebelum ni. Sebab tu jugak  lah blog ni terbiar camni sekali. Aku ingat ni pun satu-satunya update untuk bulan ni :(

Takpelah, ikut saja takdir yang membawa aku. Tengok dulu macamana kerja ni boleh buat aku selesa ke tidak untuk jangka waktu panjang nanti. Apepun perlu selari dengan pelan hidup yang berlambak menunggu dalam masa terdekat ni..hehe.

Harap semunya berjalan dengan sempurna.


.

Saturday, December 17, 2011

Bersama Membantu Mereka



Di sini aku nak war-warkan satu program khidmat masyarakat atau lebih tepat lagi berkenaan program 'Feed The Homeless' untuk warga gelandangan sekitar KL. Buka paksaan pun, cuma kalau anda tergerak hati nak berbakti pada yang memerlukan atau mahu menyelami hidup mereka, bolehlah tanpa segan silu datang ke program ni. Try la datang manalah tau anda akan minat kan, meriah sebenarnya program ni, geng outdoor pun ramai, boleh kenal kawan baru.

Details program;
Tempat: Masjid Jamek, KL
Masa: Khamis dan Jumaat malam setiap minggu

info lanjut: program ni lebih kepada agihan makanan yang disediakan oleh JAWI kepada warga gelandangan. Tapi kalau anda nak bawa barang sendiri untuk diberikan kepada mereka pun boleh juga. Kalau tak, datang saja untuk menolong, itupun lebih dari memadai.

Sunday, November 20, 2011

Mengapa Harus Bertelagah??


Video sempena final bolasepak Sukan Sea 2011 Malaysia vs Indonesia. Sedikit pencerahan realiti yang terjadi pada masa sekarang, harapnya ada kesedaran oleh kita semua untuk mengubah keadaan kepada lebih baik. Buat apa bermusuh jika yang kita peroleh hanya kerugian semata-mata??



Apapun tahniah buat kedua-dua pasukan berjaya mara ke perlawanan akhir. Ayuh selamat berjuang buat timnas garuda junior dan pasukan harimau muda!
Harap persembahan terbaik dari kalian berdua.

*********************

UPDATED!

Dan akhirnya keputusan berpihak kepada juara bertahan Malaysia. Nampaknya Malaysia masih lagi merupakan kuasa utama bola sepak Asia Tenggara dengan menjuarai Sukan Sea 2011 ini. Malaysia menundukkan Indonesia dengan jaringan penalti 4-3 setelah terikat 1-1 sehingga habis masa tambahan. Tahniah Harimau Malaya!

Layankan aja videonya..





.

Thursday, September 8, 2011

Lepas Raya Tapi Masih Beraya..


Sampai sekarang takde mood nak buat ape, gara-gara masih dalam mood raye.. Tapikan, raya kat Malaysia memang sambut selama sebulan pon..kan. Kalo boleh,open huse nak je wat pada 30 Syawal, ntah pape..

Aritu masa datang balik KL, tak semena-mena singgah kat pekan Kuala Lipis, benda yang tak pernah dibuat sebelum ni. Saje nak tengok pekan dia. Hasilnya dapat lunch best kat kedai makan sana, masakan kampung bersama ulamnya..perghhh.

Masjid pon lawa..

Related Posts with Thumbnails