Showing posts with label abseiling. Show all posts
Showing posts with label abseiling. Show all posts

Monday, December 5, 2011

Hulu Langat Adventure Race 2011 @ Perlus



Secara amnya Hulu Langat Adventure Race (HULAR 2011) ni diadakan sekitar kawasan Hulu Langat, Selangor meliputi jarak sejauh 77km. Ia dianjurkan oleh Persatuan Kembara Negara dengan melibatkan 5 disiplin iaitu berlari, berbasikal, berkayak, rempuh halangan, dan tali tinggi. Tempat permulaan/penamat pula ialah di IKBN Dusun Tua.

Tapi aku jadi kru untuk disiplin tali tinggi, iaitu aktiviti abseiling. Checpointnya ialah di Air Terjun Perlus. Lagi sekali aku ke Perlus lepas pertama kali datang untuk suka-suka sebelum ni. Berbanding kali pertama haritu, kali ni aku lebih bersedia dari serangan pacat dengan berbekalkan semburan bygon dan juga air tembakau. Hasilnya aku tidak lagi dikerumuni berpuluh-puluh pacat seperti sebelum ni, tapi sekor masih mampu melekat sehinggalah aku sedar ketika sampai di destinasi. Masa treking kali ni juga lebih singkat iaitu 2 jam 45 minit mungkin sebab disertai geng yang telah biasa treking, walaupun beban sudah bertambah. Yalah, kena bawa tali dan equipment tu semua, naye la jugak kami.

Bila kunjungan kedua ni baru aku tau di sini pernah dibuat aktiviti abseiling. Tempatnya ialah bersebelahan air terjun dengan ketinggian kira-kira 40m. Dan untuk setup anchoring jugak tidaklah rumit sebab telah tersedia nat yang telah ditanam di batu disambing pokok berdekatan. Sekurang-kurangnya dua route boleh dipasang. Kerja setup anchoring semua ambil masa 2 jam, dari pukul 5 sampai 7 malam.

Pagi 27hb 11, kami pun mula ke tempat pembahagian kerja masing-masing. Ada yang jadi dispatcher kat atas, ada yang jadi stopper dalam air dan yang lain sebagai penyambut peserta.

Penyambut peserta. Tugas: mengisi kehadiran peserta, menyediakan harness dan belay device, dan membahagikan reben.
Salah satu team yang menyertai sedang memakai harness.

Stopper sedang bersedia

Itudia, peserta sedang turun dengan lajunya

Akibat permukaan batu yang licin, ada juga peserta yang tergelincir..memang sangat perlu berhati-hati

mandur sedang mengawasi anak buah bekerja

Bila semakin siang, kelibat orang ramai yang datang untuk mandi-manda pun mula kelihatan

dan semakin bertambah ramai...

sehinggalah kelihatan seperti tempat perkhelahan yang biasa dilihat

*************** 

Pukul 2 petang checkpoint kami pun ditutup dan kami mula berkemas untuk kembali ke IKBN. Pada 4.14 petang barulah kami mula treking pulang dan sampai kembali di perkampungan orang asli pada 2 jam kemudian. Masa balik laju je..siap lari lagi masa turun bukit walaupun tanah licin sebab hujan. Ramai je yang terjatuh dan tergelincir. Namun alhamdulillah semua selamat sampai dan kemudian kami dibawa kembali ke IKBN dengan van MPKj sebelum ramai-ramai ke Kajang menikmati hidangan sate sampai kenyang. Lepastu barulah kami bertolak pulang ke Shah Alam.


.

Friday, October 14, 2011

Kursus Kepimpinan Rekreasi Tahap 1



Ni adalah kursus rekreasi yang mula-mula aku join sejak terlibat dalam aktiviti rekreasi ni. Sebab dah lama sangat, tak tau lagi nak cerita apa pasal kursus kat Air Keroh, Melaka oleh Redtma ni. Hanya gambar mampu ku kongsikan.















*tarikh sebenar kejadian: 14 Sept 2006

Wednesday, October 5, 2011

Introcamp: Gua Batu Maloi


30/9 hingga 2/10 lepas diluangkan untuk menjayakan aktiviti camping bersama budak-budak UiTM ke Kuala Pilah, NS. Program dinamakan Introcamp ini merupakan program setiap semester kelab rekreasi kami dan ini merupakan kali ke 32 sudah. Di sini, aktiviti utama kami ialah menerokai Gua Batu Maloi di Johol.


Hari pertama dan kedua kami di sini dipenuhi dengan aktiviti2 rekreasi serta pelbagai pengajaran asas rekreasi. Antaranya seperti team building, night walk, abseiling, tree climbing, orienteering, asas perkhemahan, asas ikatan, water confident, kayak dan lain-lain aktiviti menarik tapi malas nak cerita panjang.

Hari ketiga barulah kami seramai 101 orang dibawa masuk dalam gua yang penuh mencabar ni.Gua Batu Maloi ni yang keseluruhannya merupakan ruang antara batu-batu besar yang bertindih antara satu sama lain merupakan kawasan yang menarik untuk diteroka kerana ia juga merupakan laluan air bawah tanah, disamping terdapat kawanan kelawar yang menanti pengunjung.

Pada masa kumpulan kami datang, hujan baru saja berhenti dan menyebabkan air dalam gua banyak dan sedikit deras. Namun dengan seliaan dari ahli Kelab Orang Hutan Malaysia, kami dibawa memasuki gua tersebut dengan berhati-hati dalam keadaan yang gelap dan licin itu. Dari mula sampailah tamat, laluan yang kami lalu sentiasa digenangi air cuma kedalaman dan keadaan tempat saje yang berbeza. Di satu tempat, kami perlu berjalan saperti biasa, namun di kawasan lain, kami perlu merangkak, malah meniarap melalui lubang-lubang kecil yang hanya muat seorang ditambah dengan keadaannya yang dipenuhi air itu sangatlah mencabar. Juga terdapat juga tempat kami tersentuh tahi kelawar yang banyak di lantai gua.

Apabila sampai di penghujung, pengalaman lagi menarik menanti kami. Terdapat air terjun yang deras sedia menanti dan kami tanpa segan silu merasai begitu nikmatnya dihujani percikan-percikan air yang deras tersebut. Terdapat beberapa tempat yang menawarkan kawasan air terjun di dalam gua tersebut dan kami sangat berpuas hati dengan pengalaman penerokaan kami. Ya kami sangat beruntung dapat merasa semua itu.




Selesai meneroka gua, program kami pun sampai di penghujungnya. Dan penamatnya ialah sesi merapatkan hubungan bersama peserta yang berakhir dengan keadaan sayu dan pilu. Namun ia kemudiannya bertukar meriah dengan aktiviti mengenakan antara satu sama lain sebelum sesi pembahagian hadiah dan selepas itu, kami pun beredar dari Kem Rekreasi Gua Batu Maloi yang banyak mencipta memori tersendiri kami bersama.




Thursday, June 30, 2011

Siri Rekreasi: Waterfall Abseiling


Masa: 26 Jun 2011
Lokasi: Hutan Lipur Kanching, Rawang


Waterfall abseiling atau umumnya dipanggil canyoning, adalah satu aktiviti rekreasi di kawasan air. Tidak seperti abseiling yang menuruni banggunan, waterfall abseiling pula adalah menuruni air terjun berpijakkan dinding batu yang licin, dengan langkah perlahan sambil menikmati deruan air sungai yang sejuk menghempap diri.

Antara tempat yang sesuai untuk melakukan waterfall abseiling adalah di Sungai Kanching, Rawang. Di sini terdapat 7 tingkat air terjun semuanya namun hanya di air terjun tingkat 6 paling sesuai untuk lakukan aktiviti ini.

Dalam jam 10 pagi Ahad yang lalu, kami ke sini untuk melakukan aktiviti waterfall abseiling tersebut. Pada mulanya air adalah tidak begitu deras dan kami boleh menurun air terjun tersebut dengan lancar. Namun pada tengaharinya, hujan mula turun dengan lebat walaupon sekejap. Apabila kami sambung semula aktiviti kami, air terjunnya lebih deras dan kami banyak kali tergelincir. Namun ia tetap mengujakan dapat merasai air deras tersebut membadai badan. Nikmati aktiviti kami.















Related Posts with Thumbnails