Thursday, June 30, 2011

Siri Rekreasi: Waterfall Abseiling


Masa: 26 Jun 2011
Lokasi: Hutan Lipur Kanching, Rawang


Waterfall abseiling atau umumnya dipanggil canyoning, adalah satu aktiviti rekreasi di kawasan air. Tidak seperti abseiling yang menuruni banggunan, waterfall abseiling pula adalah menuruni air terjun berpijakkan dinding batu yang licin, dengan langkah perlahan sambil menikmati deruan air sungai yang sejuk menghempap diri.

Antara tempat yang sesuai untuk melakukan waterfall abseiling adalah di Sungai Kanching, Rawang. Di sini terdapat 7 tingkat air terjun semuanya namun hanya di air terjun tingkat 6 paling sesuai untuk lakukan aktiviti ini.

Dalam jam 10 pagi Ahad yang lalu, kami ke sini untuk melakukan aktiviti waterfall abseiling tersebut. Pada mulanya air adalah tidak begitu deras dan kami boleh menurun air terjun tersebut dengan lancar. Namun pada tengaharinya, hujan mula turun dengan lebat walaupon sekejap. Apabila kami sambung semula aktiviti kami, air terjunnya lebih deras dan kami banyak kali tergelincir. Namun ia tetap mengujakan dapat merasai air deras tersebut membadai badan. Nikmati aktiviti kami.















19 comments:

Anonymous said...

bahaya tak?

Al said...

klo main redah je buat bnde ni risiko mgkn tggi,tp kitorang da wt ikut prosedur kselamatan yg spatutnya..dsmping pkai jurulatih yg terlatih..so risiko injured tu sgt minimum..dan blh enjoy spuasnya

Anonymous said...

TQ. memang nampak enjoy. di mana untuk belajar bersama jurulatih?

Al said...

blh pegi kt link ni http://kresaselangor.blogspot.com/

contact je dorg klo nk join

gadisBunga said...

ok pass.

setakat pegi celup2 kaki tu aku ok la. huhu~

kemang~ said...

mcm best jeee.. x penah try lg,,wondering bila..Bab2 benda ni gayat sikit hihi

wa said...

x bahaya ke?

Small Hiker said...

Nampak best sangat! Nak pergi jugaklah!

Al said...

gB,
haha
blom try mne tau..

kemang,
tryla..manatau blh atasi gayat tuh

wa,
erk..bl procedur kselamatan kita ikut, so risiko sgt minimum, dgn kata lain x bahaya dh

small hiker,
mmg best sesangat xtvt ni!

MasZuber said...

wow..this is interesting!

macammana mau join?

Al said...

klo duk area shah alam, blh try contact ngn kresa,

http://kresaselangor.blogspot.com

Suhami Ahmad said...

aiyoyoooo...nampak macam sonot!

Irwan said...

Waaahhhh..still having fun, nampakkk?

Al said...

Suhami,
memangggggg sonot!

Scuba,
yeap, me always do..hehe

Anonymous said...

mengapa tidak:)

iz_itachi.. said...

beraapa meter yaa tinggi dia ' mana tinggi antara cni ngan sungai pisang gombak

iz_itachi.. said...

beraapa meter yaa tinggi dia ' mana tinggi antara cni ngan sungai pisang gombak

Al said...

sg gombak aku xpenah g plak tp cni tinggi dlm 8m camtu, air pon deras best gk la

Anonymous said...

Aslmkm ! boley x klau nk bayar guide n sewa klengkapan untuk waterall abseiling ?? brape cost per person.

Related Posts with Thumbnails