Sunday, June 12, 2011

Piala FA 2011: Kelantan Belum Serik?


Piala FA 2011 dah pun tutup tirainya malam tadi. Pemenangnya pula adalah pasukan bukan pilihan iaitu Terengganu yang tidak disangka-sangka berjaya mengatasi kelantan dengan 2-1 walaupun pada awalnya Kelantan hampir saje menang dengan 1-0. Kenapa jadi begitu? Ramai mengatakan silap Daudsu semata-mata yang sengaja tanduk bola ke gol sendiri pada minit terakhir tu sampai ade yang kata rasuah dah menular ke Kelantan pulak. Tapi betulke macamtu?

Haa..sebenarnya ade perspektif yang lagi besar. Tengok saje berape minit masa tambahan yang dikenakan pada babak kedua tu. Sepatutnya hanya 4 minit saje tapi pengadil berikan keseluruhan sampai 8 minit. Sebabnya masa game tengah berlangsung tu game dah pun diberhentikan selama 4 minit sebab ade penyokong Kelantan baling mercun dalam padang dekat ngan penjaga gol Terengganu, Sharbinee. Mungkin telah ditakdirkan, di masa gantian inilah Terengganu berjaya dapatkan gol penyamaan. Ni la yang dikatakan tak serik-serik.

Di facebook sendiri, bayak fan page diwujudkan yang membela Daudsu. Yela selama ni Daudsu dianggap kereta kebal pertahanan Kelantan. Main ok je, bentesan pun tak segan silu nak buat. Malam tadi pun banyak sumbangan dia di bahagian pertahanan. Bayangkan kalu Daudsu tiada, lagi parah rasenya. Dan yang dipersalahkan mereka tentulah sebahagian penyokong tak bertamadun tu.

Kalau dilihat masa tandukan gol tu pun, itu yang terbaik dapat dibuat oleh Dausdsu. Kalu bola lantunan tu dibiarkan, tentu saje akan dijaringkan oleh pemain Terengganu yang kat belakangnya seramai 2 orang tu ngan mudah jugak. Dengan kata lain Daudsu dah berusaha nak keluarkan bola tu namun mungkin kerana badannya yang sedikit kerdil tak mampu menanduk lebih awal bola tu ke luar gol, apekan daya..

Lagi jika tengok semangat pasukan Terengganu sendiri pun kita akan rasa mereka patut bawak pulang piala. Walaupun masa tambahan tinggal beberapa minit je nak abis, sume masih semangat bermain. Tengak saje Joseph Kalang Tie, berapa kali injured diusung luar padang, tapi pastu masuk balik lari kejar bola macam dapat energy baru. Manaf Mamat pon same walaupun aku hampir tergelak dengar commentator asyik panggil nama ayah dia je. Lagi Irfan Bakti sendiri basah kuyup baju duk arah anak buah. Kira aku rasa mereka lebih berhak berbanding Kelantan yang main biase-biase je sampai akhir, macam dah yakin sangat gol Nurul Azwan Roya dah cukup untuk beri kemenangan, tapi akhirnya..kecewa.

Apepon Kelantan tetap bertuah, tak menang pun boleh dapat cuti gak rakyatnya. Bolehla nak pulang dengan aman. Mereka pun nampak macam boleh terime kekalahan, takde dah amalan bakar membakar. Harapnya pemain dan juga penyokong dapat belajar serba sedikit dari pengalaman ni. Masih ade 2 lagi piala untuk dikejar tahun ni. Piala Liga Super mungkin dapat mereka gondol jika dapat menang baki hanya 2 saje lagi game untuk musim ni. Selamat.

4 comments:

Anonymous said...

peteh ganu peteh...!

Al said...

tahniah ganu!

beautiful_rose said...

tahniah terengganu...memag sengit rasa cuak2 je time masa nak habis tuh...

Al said...

haha
penantian smp akhir game berbaloi

Related Posts with Thumbnails