Monday, June 27, 2011

XPDC Me'recce' Rajah


Masa: 18 - 19 Jun 2011
Lokasi: Bentong, Pahang


XPDC ni dibuat sebab nanti aku nak kena bawak orang datang sini. Namun yang menjadi masalahnya ialah aku sendiri tak pernah naik sampai puncak. Aritu pun datang sampai Lata Naning je [sini], so aku pikir ade baiknya aku datang riki dulu memandangkan laluannya aku dah tau serba sedikit.

Dari Shah Alam, aku gerak di awal pagi lagi, pukul 4.30 pagi. Sampai di Bentong terus singgah masjid,pergi pasar untuk tapau nasi dan lepas tu pukul 7 pagi mula mendaki dari Air Terjun Chamang. Setelah melalui jalan balak, pukul 8 lebih sampai di Pintu Rimba dan teruskan perjalanan melalui cross sungai dan akhirnya sampai Lata Naning pada 9.30 pagi. Kat sini sempat rehat dekat sejam, makan-makan, buang apa yang patut dan main-main air.

Lepas puas main, terus gerak ke Kem Hijau dan sampai pada 11.15 pagi.  Kat sini mula isi bekalan air sebab nanti takkan jumpa air sampai Last Waterpoint dekat puncak. Dari sini, trek clear je tapi pendakian mula menampakkan belangnya sampaikan aku banyak kali berhenti kepenatan.

Hampir sejam berjalan barulah melalui kawasan permatang yang sedikit mendatar dan pada 12.20 sampai di Kem Permatang. Rehat beberapa minit kat sini sambil bergambar. Patutnya boleh lihat puncak Rajah kat sebelahnya tapi tak nampak sebab kabus tebal.



Lepastu teruskan perjalanan dan sampai dekat kawasan berbatu pada 12.50 tengahari. Tetiba dengar bunyi air, apelagi jenguk-jenguk jumpa kat lereng gunung. Airnya sikit je yang mengalir melalui batu kat lereng tapi tempat dia macam bahaya sket. Kalo terlepas tangan pegang kat batu, akan terus jatuh bawah. Aku ingatkan sini Last Waterpoint so terus isi air penuh dalan botol untuk bekalan kat puncak.





Lepastu bila nak naik balik trek batu yang siap pakai tali tu, punyala berat beg aku. Dalam 15 minit termengah-mengah daki, ternampak kat pokok tulis sebagai Last Waterpoint. Masa tu baru sedar sini tempat puncak air terakhir yang sepatutnya. Takpelah nak wat camana, terus naik ke puncak je lah.


Dalam setengah jam mendaki, pukul 2.30 maka sampaila di puncak Gunung Rajah. Yeayhh boleh bergambar tapi tak nampak apa kat sekeliling sebab kabus tebal sangat. Lepastu turun balik kat campsite kat puncak tu dan pasang hammock then terus baring. Petang tu habiskan masa di puncak melihat alam sambil ditemani angin sejuk sepoi-sepoi bahasa. Malam plak kol 8 dah di awangan.





Besoknya pagi-pagi bangun terus ke puncak tengok matahari terbit. View pun clear dapat tengok Genting Kota Keriangan dari kejauhan. Dah bergambar sikit-sikit, lepastu siapkan sarapan ala kadar dan dalam 8.20 mula turun kembali.



  

5 comments:

Janggel said...

Fuh best! Terbaik tempat tu.

My Little Diary said...

lari drpd tajuk..hehe
header gambar2 tu pakai software aper??

Al said...

Janggel,
da penah pegi ke bro?
best mmg best tp pjalanan tu lama sgt nk smp yg buat down sket..hehe

Little Diary,
err..rs mcm da kena tjuk tu..hmmm

header tu pkai picasa,wt sndiri tu yg jd x lawa tu

gadisBunga said...

best betul life ko...!

Al said...

live ur life to da max! hehe

Related Posts with Thumbnails