Showing posts with label night walk. Show all posts
Showing posts with label night walk. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Kursus Kepimpinan Rekreasi Tahap 1



Ni adalah kursus rekreasi yang mula-mula aku join sejak terlibat dalam aktiviti rekreasi ni. Sebab dah lama sangat, tak tau lagi nak cerita apa pasal kursus kat Air Keroh, Melaka oleh Redtma ni. Hanya gambar mampu ku kongsikan.















*tarikh sebenar kejadian: 14 Sept 2006

Wednesday, October 5, 2011

Introcamp: Gua Batu Maloi


30/9 hingga 2/10 lepas diluangkan untuk menjayakan aktiviti camping bersama budak-budak UiTM ke Kuala Pilah, NS. Program dinamakan Introcamp ini merupakan program setiap semester kelab rekreasi kami dan ini merupakan kali ke 32 sudah. Di sini, aktiviti utama kami ialah menerokai Gua Batu Maloi di Johol.


Hari pertama dan kedua kami di sini dipenuhi dengan aktiviti2 rekreasi serta pelbagai pengajaran asas rekreasi. Antaranya seperti team building, night walk, abseiling, tree climbing, orienteering, asas perkhemahan, asas ikatan, water confident, kayak dan lain-lain aktiviti menarik tapi malas nak cerita panjang.

Hari ketiga barulah kami seramai 101 orang dibawa masuk dalam gua yang penuh mencabar ni.Gua Batu Maloi ni yang keseluruhannya merupakan ruang antara batu-batu besar yang bertindih antara satu sama lain merupakan kawasan yang menarik untuk diteroka kerana ia juga merupakan laluan air bawah tanah, disamping terdapat kawanan kelawar yang menanti pengunjung.

Pada masa kumpulan kami datang, hujan baru saja berhenti dan menyebabkan air dalam gua banyak dan sedikit deras. Namun dengan seliaan dari ahli Kelab Orang Hutan Malaysia, kami dibawa memasuki gua tersebut dengan berhati-hati dalam keadaan yang gelap dan licin itu. Dari mula sampailah tamat, laluan yang kami lalu sentiasa digenangi air cuma kedalaman dan keadaan tempat saje yang berbeza. Di satu tempat, kami perlu berjalan saperti biasa, namun di kawasan lain, kami perlu merangkak, malah meniarap melalui lubang-lubang kecil yang hanya muat seorang ditambah dengan keadaannya yang dipenuhi air itu sangatlah mencabar. Juga terdapat juga tempat kami tersentuh tahi kelawar yang banyak di lantai gua.

Apabila sampai di penghujung, pengalaman lagi menarik menanti kami. Terdapat air terjun yang deras sedia menanti dan kami tanpa segan silu merasai begitu nikmatnya dihujani percikan-percikan air yang deras tersebut. Terdapat beberapa tempat yang menawarkan kawasan air terjun di dalam gua tersebut dan kami sangat berpuas hati dengan pengalaman penerokaan kami. Ya kami sangat beruntung dapat merasa semua itu.




Selesai meneroka gua, program kami pun sampai di penghujungnya. Dan penamatnya ialah sesi merapatkan hubungan bersama peserta yang berakhir dengan keadaan sayu dan pilu. Namun ia kemudiannya bertukar meriah dengan aktiviti mengenakan antara satu sama lain sebelum sesi pembahagian hadiah dan selepas itu, kami pun beredar dari Kem Rekreasi Gua Batu Maloi yang banyak mencipta memori tersendiri kami bersama.




Wednesday, September 14, 2011

Treking Malam ke Gunung Brinchang



Setelah hampir 2 minggu tak buat apa-apa (mood raya), tetiba dapat sms diajak untuk bawa orang ke Irau pada hujung minggu yang lepas. Mula-mula pikir 2,3 kali jugak then decide pergi je la, daripada terperuk je kat rumah.

Kali ni kena bawak student UiTM Pahang, seramai 80 orang..mak aihh masak camni. Dah la kena treking dari pekan Brinchang lagi, aritu nek keta je trus ke Gunung Brinchang. Tapi ok jugak, boleh pecah lemak slow-slow lepas raya sakan aritu.

Dari Jengka, kami gerak pukul 4.00 petang, dan setelah berhenti makan di Kuala Lipis dan semayang di Sungai Koyan, kami sampai Cameron Highlands dalam 10.30 malam. Setelah semua bersiap, pukul 11.30 kami mula treking dari tapak pasar malam Brinchang melalui Jungle Walk no. 1 ke Gunung Brinchang.

Pendakian kami seperti dijangka, slow-slow sebab ramai je student yang first time daki gunung ni. Trek dia plak boleh tahan jugak, lagi dengan berjalan malam, so kena careful sket. Time panjat tebing-tebing tinggi, tangan mesti kena paut betul-betul kat akar kayu, kalo pakai kaki je boleh tergelincir woo..licin tu. Lagi ade yang muntah-muntah, rasa loya...biasa la tu.

Tak nak cite banyak, akhirnya kami sampai jugak di puncak Gunung Brinchang. Perjalanan yang biasanya selama 2 jam kini kami jadikan 4 jam setengah..haha. Pukul 4 pagi sampai, dengan semua sangat letih, kami terus ke starting point ke Gunung Irau, bukan untuk terus mendaki Irau, tapi untuk setup tempat tido sebab sana ada ruang untuk campsite.

Apabila sampai je, semua terus lena tido berselimut berlintangan atas ponco tanpa pasang fly pon. Yang pasti keadaan sangat sejuk. Tapi bagi sesetengah geng lelaki yang sampai awal, dorang terpaksa turun melalui jalan tar pulak untuk ambil barang dari kereta pengiring yang tak lepas naik atas. 6.30 pagi baru dorang sampai balik kat puncak.

Setelah hari semakin cerah, kami terus masak untuk sarapan pagi dan bersiap untuk mendaki Gunung Irau pula...










akan bersambung..

Thursday, August 4, 2011

Separuh Malam Mencari Brinchang



Dah beberapa hari puasa berlalu, harapnya semua dapat beribadah dengan sempurna. Tapi entri ni takde kaitan dengan bulan puasa pun. Ni kisah sehari sebelum puasa, kisah ekspedisi ke Cameron Highlands.

Tujuan utama kami adalah untuk takluki Gunung Irau - gunung yang paling sejuk, paling tinggi dan paling utama paling berlumut di Tanah Tinggi Cameron, sebab tu ia jugak dikenali sebagai mossy mountain. Tapi nak sampai ke Irau, terlebih dahulu kita akan lalui Gunung Brinchang.

Dari Shah Alam, kami sampai di Cameron pukul 2 pagi 31 hb 7. Sempat lagi singgah di kedai mamak di Tanah Rata untuk minum-minum, lepastu barulah kami gerak ke Gunung Brinchang di Brinchang. Sebenarnya ni adalah kali pertama kami ke gunung ni, dan dengan hanya berbekalkan bacaan di blog dan sebuah peta, kami dengan penuh yakin melangkah ke sini. Untuk ke puncak Gunung Brinchang ni ada dua cara, trekking dalam hutan selama dalam sejam atau naik kenderaan sejauh 9 km dari jalan utama di Brinchang. So kami ambik opsyen kedua sebab matlamat kami adalah untuk ke Irau.

Kami tiada masalah mencari simpang untuk ke sini dengan adanya peta di tangan. Tapi bila kami masuk simpang tu, kami terus sahaja melalui jalan tersebut tanpa sedari kami telah tersalah laluan. Dan akhirnya terdamparlah kami di kawasan ladang kobis, sebabnya jalan tersebut tidak lagi boleh dilalui oleh kenderaan kami. Kami tak putus asa, semua bersiap dengan pakaian mendaki, kami akan parkir saja kereta di situ, dan teruskan dengan berjalan kaki. Namun setelah setengah jam berjalan, hanya ladang kobis yang kami temui, dan laluan kami juga berakhir di jalan mati. Tahulah yang kami sudah sesat. Jam menunjukkan pukul 4 pagi.

Maka kami pun patah balik sehinggalah kami jumpa satu simpang yang jalannya lebih besar dan lagi ok dari yang telah kami lalui tadi. Kami pun cuba masuk ke simpang tersebut, dan akhirnya terdapat batu tanda jarak di tepi jalan yang menunjukkan jarak ke Gunung Brichang sejauh 5 km. Kami menarik nafas lega..

Tapi sehingga 2km terakhir, jalan yang sedikit berlubang menyebabkan kereta kami yang sedikit lowered tak lepas. Jadi kami pon teruskan je dengan berjalan kaki. Dan pukul 5 pagi sampailah kami di puncak Gunung Brinchang. Suasana takyah cakap, memang sejuk. Kami terus rebahkan diri di pondok yang terdapat di situ.

Sekitar 6.30 pagi mulalah datang segerombolan orang ke puncak tersebut. Katenya nak melihat matahari terbit di atas menara di situ. Tapi sekeliling dipenuhi kabus, sehigga jam 0730 masih tidak nampak apa-apa.

Kami pulak terpaksa menelefon sorang member untuk tau starting point ke Irau. Dan kami diberitahu supaya berpatah balik kira-kira 1km untuk ke starting point tersebut. Dan tanpa buang masa, kami terus bersiap. Tapi sempat jugak kami mendaki menara di puncak Brinchang tersebut untuk bergambar, walaupun pemandangan memang hampeh, ditambah lagi gambar yang teruk.

Setelah itu di pagi yang sejuk sambil dihujani titisan kabus itu bermulalah kembara kami ke puncak Gunung Irau pula.



akan bersambung..

Laluan untuk ke lokasi: Dari pekan Brinchang, hala ke Butterfly Garden. Masuk simpang kiri selepas sahaja Butterfly Garden tersebut. Selepas kira-kira 4km, perlu masuk simpang ke kiri dan teruskan sehingga sampai di puncak Gunung Brinchang. Tips: pastikan hanya lalu jalan bertar, jika jalan bersimen bermakna anda telahpun sesat.

Monday, January 24, 2011

Program Induksi @ Felda Residence


Masa: 14 - 16 Januari 2011
Lokasi: Sungkai, Perak


Sungguh lewat aku up entri ni. Pada mulanya ingat nak tunggu sume gambar dah ade baru post entri ni, tapi apakan daya gambar yang ditunggu tidak jua muncul. Gambar yang aku maksudkan adalah gambar untuk aktiviti utama program ni iaitu whitewater rafting. Haa...akhirnya setelah bermusim aku tunggu nak wat aktiviti nih, dapat jugak aku rasa.
Related Posts with Thumbnails