Thursday, August 4, 2011

Separuh Malam Mencari Brinchang



Dah beberapa hari puasa berlalu, harapnya semua dapat beribadah dengan sempurna. Tapi entri ni takde kaitan dengan bulan puasa pun. Ni kisah sehari sebelum puasa, kisah ekspedisi ke Cameron Highlands.

Tujuan utama kami adalah untuk takluki Gunung Irau - gunung yang paling sejuk, paling tinggi dan paling utama paling berlumut di Tanah Tinggi Cameron, sebab tu ia jugak dikenali sebagai mossy mountain. Tapi nak sampai ke Irau, terlebih dahulu kita akan lalui Gunung Brinchang.

Dari Shah Alam, kami sampai di Cameron pukul 2 pagi 31 hb 7. Sempat lagi singgah di kedai mamak di Tanah Rata untuk minum-minum, lepastu barulah kami gerak ke Gunung Brinchang di Brinchang. Sebenarnya ni adalah kali pertama kami ke gunung ni, dan dengan hanya berbekalkan bacaan di blog dan sebuah peta, kami dengan penuh yakin melangkah ke sini. Untuk ke puncak Gunung Brinchang ni ada dua cara, trekking dalam hutan selama dalam sejam atau naik kenderaan sejauh 9 km dari jalan utama di Brinchang. So kami ambik opsyen kedua sebab matlamat kami adalah untuk ke Irau.

Kami tiada masalah mencari simpang untuk ke sini dengan adanya peta di tangan. Tapi bila kami masuk simpang tu, kami terus sahaja melalui jalan tersebut tanpa sedari kami telah tersalah laluan. Dan akhirnya terdamparlah kami di kawasan ladang kobis, sebabnya jalan tersebut tidak lagi boleh dilalui oleh kenderaan kami. Kami tak putus asa, semua bersiap dengan pakaian mendaki, kami akan parkir saja kereta di situ, dan teruskan dengan berjalan kaki. Namun setelah setengah jam berjalan, hanya ladang kobis yang kami temui, dan laluan kami juga berakhir di jalan mati. Tahulah yang kami sudah sesat. Jam menunjukkan pukul 4 pagi.

Maka kami pun patah balik sehinggalah kami jumpa satu simpang yang jalannya lebih besar dan lagi ok dari yang telah kami lalui tadi. Kami pun cuba masuk ke simpang tersebut, dan akhirnya terdapat batu tanda jarak di tepi jalan yang menunjukkan jarak ke Gunung Brichang sejauh 5 km. Kami menarik nafas lega..

Tapi sehingga 2km terakhir, jalan yang sedikit berlubang menyebabkan kereta kami yang sedikit lowered tak lepas. Jadi kami pon teruskan je dengan berjalan kaki. Dan pukul 5 pagi sampailah kami di puncak Gunung Brinchang. Suasana takyah cakap, memang sejuk. Kami terus rebahkan diri di pondok yang terdapat di situ.

Sekitar 6.30 pagi mulalah datang segerombolan orang ke puncak tersebut. Katenya nak melihat matahari terbit di atas menara di situ. Tapi sekeliling dipenuhi kabus, sehigga jam 0730 masih tidak nampak apa-apa.

Kami pulak terpaksa menelefon sorang member untuk tau starting point ke Irau. Dan kami diberitahu supaya berpatah balik kira-kira 1km untuk ke starting point tersebut. Dan tanpa buang masa, kami terus bersiap. Tapi sempat jugak kami mendaki menara di puncak Brinchang tersebut untuk bergambar, walaupun pemandangan memang hampeh, ditambah lagi gambar yang teruk.

Setelah itu di pagi yang sejuk sambil dihujani titisan kabus itu bermulalah kembara kami ke puncak Gunung Irau pula.



akan bersambung..

Laluan untuk ke lokasi: Dari pekan Brinchang, hala ke Butterfly Garden. Masuk simpang kiri selepas sahaja Butterfly Garden tersebut. Selepas kira-kira 4km, perlu masuk simpang ke kiri dan teruskan sehingga sampai di puncak Gunung Brinchang. Tips: pastikan hanya lalu jalan bertar, jika jalan bersimen bermakna anda telahpun sesat.

9 comments:

kemang~ said...

rajin beno pegi hiking yer..

Unknown said...

seronoknya! bro, nak join boley? hahahaha

! N e n a G a b b a n a ! said...

err jealous! mmg suka buat benda2 ni. huhu. btw, blog dah public balik. jemput2. :)

Al said...

kemang,
da mnt nk wt cmane..

Azham,
blh aje,tp bln ni kite rilek2 dlu,lps raye br nk bantai blk

Nena,
dkt staun br nk update blk??haha

MasZuber said...

macam best jea. sambung cepat tau!

gadisBunga™ said...

ala. cepat sambung kasi habis la!!

Al said...

MasZuber,
bnde ni ikut mood jgk nk tlis..hehe
mggu dpn insyaAllah ade smbgn

gB,
pnjg kot nnt nk skali harung..gmbr pn byk nk publish ni..

bidadarihijau said...

waahh best2...sejukkkkk~~ingt kn pegi time bulan pose td..klo tak mmg lembikkk ler..hikhik

Al said...

haha nk plk nek gng bln pose ni..yg ni pon pegi sbb duk pikir nk kna rest sbln bln pose la...

Related Posts with Thumbnails