Wednesday, October 5, 2011

Introcamp: Gua Batu Maloi


30/9 hingga 2/10 lepas diluangkan untuk menjayakan aktiviti camping bersama budak-budak UiTM ke Kuala Pilah, NS. Program dinamakan Introcamp ini merupakan program setiap semester kelab rekreasi kami dan ini merupakan kali ke 32 sudah. Di sini, aktiviti utama kami ialah menerokai Gua Batu Maloi di Johol.


Hari pertama dan kedua kami di sini dipenuhi dengan aktiviti2 rekreasi serta pelbagai pengajaran asas rekreasi. Antaranya seperti team building, night walk, abseiling, tree climbing, orienteering, asas perkhemahan, asas ikatan, water confident, kayak dan lain-lain aktiviti menarik tapi malas nak cerita panjang.

Hari ketiga barulah kami seramai 101 orang dibawa masuk dalam gua yang penuh mencabar ni.Gua Batu Maloi ni yang keseluruhannya merupakan ruang antara batu-batu besar yang bertindih antara satu sama lain merupakan kawasan yang menarik untuk diteroka kerana ia juga merupakan laluan air bawah tanah, disamping terdapat kawanan kelawar yang menanti pengunjung.

Pada masa kumpulan kami datang, hujan baru saja berhenti dan menyebabkan air dalam gua banyak dan sedikit deras. Namun dengan seliaan dari ahli Kelab Orang Hutan Malaysia, kami dibawa memasuki gua tersebut dengan berhati-hati dalam keadaan yang gelap dan licin itu. Dari mula sampailah tamat, laluan yang kami lalu sentiasa digenangi air cuma kedalaman dan keadaan tempat saje yang berbeza. Di satu tempat, kami perlu berjalan saperti biasa, namun di kawasan lain, kami perlu merangkak, malah meniarap melalui lubang-lubang kecil yang hanya muat seorang ditambah dengan keadaannya yang dipenuhi air itu sangatlah mencabar. Juga terdapat juga tempat kami tersentuh tahi kelawar yang banyak di lantai gua.

Apabila sampai di penghujung, pengalaman lagi menarik menanti kami. Terdapat air terjun yang deras sedia menanti dan kami tanpa segan silu merasai begitu nikmatnya dihujani percikan-percikan air yang deras tersebut. Terdapat beberapa tempat yang menawarkan kawasan air terjun di dalam gua tersebut dan kami sangat berpuas hati dengan pengalaman penerokaan kami. Ya kami sangat beruntung dapat merasa semua itu.




Selesai meneroka gua, program kami pun sampai di penghujungnya. Dan penamatnya ialah sesi merapatkan hubungan bersama peserta yang berakhir dengan keadaan sayu dan pilu. Namun ia kemudiannya bertukar meriah dengan aktiviti mengenakan antara satu sama lain sebelum sesi pembahagian hadiah dan selepas itu, kami pun beredar dari Kem Rekreasi Gua Batu Maloi yang banyak mencipta memori tersendiri kami bersama.




6 comments:

din said...

Gambar aku ada jgk skeping...hahaha

Al said...

haah..gmbr ak plk lgsg xde..

ms. jana said...

wahh best gile..:)

ms. jana said...

http://nuurjana.blogspot.com/2011/10/fakta-menarik-tentang-laut.html

Al said...

hehe:)

garfu said...

tahniah & terima kasihatas kerjasama yg diberikan disepanjang aktiviti penerokaangua batu maloi ^^
->> guide

Related Posts with Thumbnails