Monday, January 10, 2011

Review Filem: 127 Hours



Aku sedikit teruja sebab ni lah first time aku cuba review filem. Sebab filem ni sangat menarik perhatian aku, so aku rase ape salahnya mencuba buat review.

Aku baru je tonton filem 127 Hours ni semalam. Sejak Dark Half bagitau pasal filem ni beberape minggu yang lepas, dan selepas tengok thriller dia kat you tube, aku memang tak duk diam cari kat mane boleh download cite ni. Akhirnya semalam baru aku jumpa. Dan aku sangat puas hati dapat tonton.

Perkara yang paling aku minat dengan cite ni tentulah sebab persamaan yang aku rase antara diri aku dengan watak dalam cite ni sendiri. Aku teruja sebab ianya berdasarkan kisah benar seorang adventurer yang sukakan outdoor activity seperti memanjat gunung. Cite ni menginspirasikan aku yang addicted dengan kancah outdoor activities ni. Aku boleh lihat diri aku dalam watak Aron Ralston (James Franco). Walaupon aku tak ambil pot sangat sape James Franco ni (dia pernah berlakon sebagai Harry Osborn dalam Spiderman), tapi dalam filem ni aku respect dia sebab telah membawakan watak yang mampu membawa aku untuk tidak puas menonton walau untuk seberape kali pon. Ditambah pula dengan olahan cerita yang menarik dan musik latarnya, ummmph layannnn.

Ok sekarang baru nak masuk jalan cerita filem ni, hehe. Berdasarkan kisah benar Aron Ralston pada 2003, dia telah mengembara seorang diri ke kawasan ngarai (canyon) di Utah, US. Bermula dengan menaiki pacuan 4 roda, kemudiannya dengan menggunakan mountain bike sebelom berjalan kaki, kisah dia bermula dengan riang bila bertemu pula dengan 2 orang gadis pengembara yang sedang sesat. Lepastu dorang membuat aktiviti yang sangat best iaitu terjun bebas dari ketinggian beberape ratus meter di celah-celah dua gunung ke dalam sebuah kolam biru yang cantik di ngarai tersebut. Segalanya sangat mengujakan. Tapi selepas itu mereka pon berpisah membawa haluan masing-masing.

 Bermula dari situ Aron yang kembali mengembara seorang diri telah melalui laluan celah gunung. Semasa cuba berpaut pada satu batu sebesar pemeluk, satu kejadian yang tidak disangka terjadi dimana batu tersebut teralih dan jatuh kebawah dengan membawa dia skali. Dalam masa yang singkat itulah dia mendapati tangan kanannya tersepit di celah batu tersebut dan dia terperangkap di situ, seorang diri...

Dengan hanya tangan kiri yang masih boleh bergerak dan kekurangan peralatan, Aron cuba untuk melepaskan tangannya yang tersepit namun tidak berjaya. Dia juga merakamkan saat-saat cemas itu menggunakan handycam dan turut membuat wasiat di sepanjang masa tersebut.

 Setelah 5 hari terperangkap, tanpa makan dan terpakse minum air kecingnya sendiri, di samping pelbagai halusinasi yang dialaminya, Aron mengambil keputusan untuk memotong tangan kanannya itu agar dia dapat menyelamatkan dirinya. Ketika itu dia hanya ada pisau lipat yang tumpul (dapat percuma dari pembelian lampu picit). Tetapi setelah beberapa kali mencuba, pisau tumpul itu tidak dapat memotong tulang tangannya. Akhirnya Aron mendapat idea, iaitu mematahkan tulang tangannya yang tersepit itu dengan membengkokkannya. Bayangkan betapa sakitnya Aron ketika itu bila tulang tangannya 'krakkk' patah, haha. Selepas itu dia terpakse pula memotong urat tangannya dengan bunyi ngilunya boleh membuatkan kaum pompuan kecut perut. Namun semangat untuk terus hidup telah membuatkan Aron tidak hiraukan kesakitan tersebut. Orang kate berpantang maut sebelom ajal.

Ape yang terjadi selepas itu aku rase lebih baik anda tonton sendiri. Kalau tak silap cite ni akan keluar kat pawagam pada 17 Feb nanti. Sape yang tak sabar tu pandai-pandailah cari ye. Anda boleh juga tonton thriller kat bawah ni dulu. Harapnya ramai yang akan teruja.

Selamat menonton!

21 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

ok, baru donlod.brp jam ni ek? x tau nk tgok mlm ni ke..wiken nnt..haha

Bungakopi said...

nak tgok jugak. tgula.

Al said...

Chummy,

ohh samat mnonton
pstikan tgk btol2 mase part best tu..hehe

Bungakopi,

aik..blogger master dlm bidang donlod sdh dtg
sila2..anda xkan mnyesal

CinderLaLa said...

pssttt.... Erk...donload kat ner??? *teruja nak tengokkkkk*

gadisBunga said...

patut la dia teruja. sama dengan dia rupanya. hu~

Janggel said...

Aduh ngeri la bro baca bab last tu potong2 tangan..adoi.... lemah semangat.

Al said...

CinderLaLa,

cube try kt sini
http://welcometomyhouse87.blogspot.com/2011/01/127-hours-2010-dvdscr-350mb.html

kne ade software utk join file skali


gadisBunga,

yup..sgt mnginspirasikan

Janggel,

xkn bace pon da ngeri bro
try tgk dlu cmane yg real punye..hehe

Awangku Johan said...

filem ini memang best.. adaptasi dari citer sebenar.. huhu

s.c.h.u.l.t said...

er..xsanggup rasanya nak minum urine sendirik. +_+

eh dia tadah camne? HAHA

AieSha said...

aku pun br lepas tgk cite ni.. punya l susah cr nak dpt tgk online.. heh. neway, nice review bro. nntkan review dr aku plak. ;)

Dark Half said...

cam suspens jer memula baca intro ko...kekeke...satu permulaan yg baik. apepun, cter ni tentu byk relate dgn kehidupan kau yg byk berxpdc

aku jugak sangat berpuas hati, lebih dari itu..hehe

CinderLaLa said...

Thanks!!! Errkk...kena guna software apa lak? *_*

Al said...

Awangku Johan,
Aku mmg suke true story yg pnuh adventure cmni

schult,
dlm kes ni dia tpakse
ak pon x sggup..haha

cmane dia tadah tu kne tgk sndiri
x suspen la klo bgtau..

AieSha,
ok ak tggu
ak tau ko pon mnt cite pengembaraan kn

Al said...

Dark,

suspens ke..
apepon layannnnnn

Cinderlala,
da blh kn...
lps da combine file tu ok la

My Little Diary said...

salam,

ye ke best filem ni... nanti nak pegi tgk lah... :D

Ichigo Miro said...

saja komen sbb ikut syarat2 GA...hahaha

jom join GA ni

http://www.izamirridzwan.com/2010/12/izamir-ridzwan-pendrive-giveaway.html

~* chirpy_chummy *~ said...

ok, da tgok... giler laaaa!! time nk potong urat tu x le blah.. sound efek dia..adoiiiyaaiii.. *tutup mata rapat2*

Al said...

sgt best kan..

hahha

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

EEEEMMM ceriter ni mmg best pun.... rasanya macam nak tengok lagi nanti...

Amirez said...

baru download minggu lepas tapi tak tengok lagi. lepas baca review ni betul2 rasa nak tengok malam ni gak :)

Al said...

haha sila2
tgk sorg2 pon ok gk
br dpt hayati btol2

Related Posts with Thumbnails