Friday, September 3, 2010

Bayar Walau Takde Saman


 


Pagi tadi aku rasa semacam je. Pagi yang tidak seperti pagi-pagi yang lain, mendung memanjang. Apahal? Adakah malam tadi adalah malam lailatulqadar? Haha. Kalau betul malam lailatulqadar yang aku penah sebut aritu, memang rugi orang yang terlepas beribadat, huhu.

Tapi hari ni adalah hari yang ke 24 ramadhan, hari genap. Jadi mungkin bukan la kan. Tapi itu semua ketentuan Allah jua, Dia yang berhak menentukan. Harapnya lailatulqadar belom berlalu lagi, kerana diriku masih lagi dalam kerugian. Masih ada 6 hari lagi untuk ditempuh, hanya 6 hari untuk memperbanyakkan ibadat, lepas tu menyesal pun tak guna, tunggu tahun depan la jawabnya, itupun kalau diri masih bernyawa.
Ok, tutup mukadimah. Pergi kepada tajuk utama. Adakah korang sudah bayar? Haha, ini bukan iklan mengundi, "Adakah anda sudah mendaftar sebagai pemilih?". Takde kaitan pun.

Maksud aku bayar zakat. Ke korang tak penah tahu yang kita diwajibkan bayar zakat? Kalau yang bapak korang dah bayar tu ok lah, kira korang tak payah bayar sendiri lagi. Sebab bayar zakat adalah wajib, maka kita kena juga buat. Bayar zakat ni salah satu daripada rukun Islam, sama seperti mengerjakan solat 5 kali sehari semalam.




Bayar zakat bukannya susah pun kan. Pergi kat masjid mesti ada amil yang duk tunggu, takpun kat pasar ramadhan pun ada jugak, tapi bukan kat semua tempat la. Lagipun berapa je pun, purata setiap negeri dalam 7 ringgit, tu pun korang takleh bayar ke setahun sekali?

Kalau aku, sejak aku masuk skolah menengah dulu, bapak aku suh gi bayar sendiri. Bayar plak bukan kat amil a.k.a imam masjid kampong aku. Tapi bayar terus kat sorang fakir kat kampong aku. Sorang nenek yang duk sorang-sorang, sebatang kara, anak cucu semua keluar merantau. Tak kisah lah, asal zakat tertunai.

Kalau korang aku tak tau la boleh tak kalau bayar terus dekat pengemis atau peminta sedekah yang korang jumpa kat pasar. Sebab aku dengar cite, pengemis sekarang ada macam-macam, yang bersindiket pun ada. Jadi nak lagi selamat, bayar je dekat amil si pemungut zakat. Kemana duit zakat dihulurkan, itu dorang punya hal, sebab dorang yang diamanahkan.

So, bayarlah zakat sebelom terlambat. Kita diberi masa sebulan untuk tunaikan, lepas tu da tak boleh dah. Jangan nanti nak harapkan lebih afdhal, tunggu sampai masa antara solat subuh dengan solat sunat hari raya baru nak bayar. Tengok-tengok terlepas, kan naye. 

Ok, takat ni je aku membebel. Yang dah tau tu tak pe la, aku hanya cuba ingat-mengingati. Bayar jangan tak bayar, haha.

Chao...

10 comments:

Chaon Cornerz said...

peringatan yang bagus.. Ramai je suka bayar zakat nie lewat2.. Kalau tak sempat padan muke.. Sementara ada masa.. pegi la bayar kan.. jangan lengah2 kan masa.. skrang nie pun waktue berlalu dengan pantas, dlam tak sedar dah nak dekat raya pun..

Al said...

haha, blogger otai chaon dtg mengomen.

kalo nak kira, mmg ramai yng suka bayar lewat2, lps tu terus x igt, terlepas

bak kata ang, padan muke..
haha

Cik Anis said...

bagusla ingatkn,,sy ayah yg bayar..hehe..bayarla zakat kerana dengan zakat,dapat membersihkan harta...

Al said...

Yup, supaya harta kita itu berkat.

laila said...

saya dah!
Ayah sy bayor..hehehehe
slmat berposa n slmata ari rayo!

Al said...

Kalo dah, boleh rilek2 tunggu ari raya je haha

Slmt ari raya laila

/Dayah//Nurul/ said...

ayyok. semlm sy ttinggal nk trawih

Al said...

Hahh?

ttinggal atau terpaksa tinggal?
grau2

aNaYaNa said...

sape yea yang byar zakat kat sy???eerrkk..he3..

Al said...

huhuhuuu;D

Related Posts with Thumbnails