Wednesday, February 2, 2011

Siri Expedisi: Gunung Bintang


Masa: 28 Jan - 2 Feb 2011
Lokasi: Kulim, Kedah


Ni first time aku mendaki gunung di Kedah, rupenya ade lagi gunung selain Gunung Jerai yang popular dalam lirik lagu Cinta Pantai Merdeka nyanyian Jinbara tu. Kali ni aku ke Gunung Bintang yang merupakan salah satu gunung di sepanjang banjaran Bintang yang menghala dari selatan Thailand. Walaupon mengambil masa keseluruhan 6 hari sepanjang ekspedisi ini namun aku puas kerana di Hutan Lipur Sungai Sedim ini bukan hanya melibatkan aktiviti hiking malah aku juga dapat merasai aktiviti white water rafting dan juga canopy walk.

Kumpulan kami yang terdiri dari 28 orang anggota bertolak dari Shah Alam pada jam 9 malam 28 Januari dengan menaiki bas yang disewa khas. Di tengah perjalanan, kami sempat berhenti di R&R Tapah untuk makan dan solat sebelom menyambung perjalanan dan sampai di Kem Sungai Sedim pada pukul 3.30 pagi 29 Januari. Sampai sahaja di kem tersebut kami terus ke campsite untuk tidur sejenak sebelom memulakan pendakian pabila matahari terbit nanti.

   
Selepas bersarapan dan mempersiapkan diri, pada pukul 9 pagi kami diberi taklimat oleh guide yang akan membawa kami nanti. Terdapat 2 orang guide iaitu Hafiz dan Jan yang secara kebetulan kedua-duanya bernama Mohd Hafizan. Selepas itu kami diangkut dengan lori kecil ke starting point yang mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan melalui jalan bersimen dan memerlukan 2 kali trip untuk membawa kami semua.

Pukul 10 pagi kami mulakan pendakian dalam hujan renyai-renyai dan laluan agak basah namun kami bernasib baik kerana laluan tidak begitu licin. Laluan ini tidaklah terlalu mencongak namun ia tetap mencabar kerana kami juga diserang dengan penggemar darah si pacat yang tidak berputus asa merayap ke kaki kami.Selain itu kami juga terpakse melalui becak-becak air selain terpakse tunduk untuk mengelak batang-batang buluh yang banyak menghalang laluan.

Dewan kecil di tempat air terjun
Jam 12.30 tengahari kami sampai di checkpoint 1 iaitu air terjun. Di sini terdapat kemudahan wakaf,dewan kecil dan tandas untuk keperluan pendaki. Ape yang lagi penting disini adalah pemandangan air terjunnya yang setinggi berpuluh meter itu begitu menggamit perhatian. Hujan yang berterusan mencurah pula membuatkan kami kesejukan namun kami tetap juga menjamah bekal makanan tengahari yang dibawa sebelom meneruskan pendakian pada pukul 2 petang.

Perjalanan selepas air terjun adalah lebih mencongak dan mengambil masa yang lame untuk sampai di checkpoint 2 iaitu Kem Bunian yang merupakan tapak bermalam kami pada malam tersebut. Di sepanjang laluan ini ramai peserta yang keletihan dan terpakse berhenti untuk banyak kali terutamanya first timer. Namun bergitu kami masih mampu menarik nafas lega kerana tiada perserta yang tercedera dan pada pukul 5 petang sampailah kami di Kem Bunian.

Kem Bunian

punca air di Kem Bunian
Kem Bunian merupakan tempat bermalam dan punca air terakhir sebelom ke puncak. Untuk ke punca air tersebut perlu menuruni gaung yang mengambil masa  5 minit sahaja namun untuk naik kembali masa 2 kali ganda diperlukan.  Suasana di kem tersebut sangat sejuk dengan tiupan anginnya yang tidak jenuh bertiup deras dari pelbagai arah dan diiringi bunyi yang sedikit menyeramkan. Malam itu kami bertemankan kesejukan melampau mujur kami telah bersedia dengan sweater, sleeping bag dan sleeping mat untuk tidur yang aman.

Tepung cucur ikan bilis sbg sarapan sebelom ke puncak

Taman Bonsai
Bintang Kecil
Rancangan awal kami adalah untuk bergerak ke puncak pada pukul 5 pagi besoknya untuk melihat fenomena matahari terbit di puncak namun ape yang terjadi pada pukul 9 barulah kami bertolak. Ini kerana kesejukan melampau hasil dari angin kencang yang berterusan di kem tersebut menghalang kami dari bersiap seawal sebelom subuh itu. Sebelom sampai di puncak, kami melalui checkpoint Taman Bonsai dan seterunya Bintang Kecil. Di sepanjang laluan pula dipenuhi dengan tapak-tapak kaki gajah liar. Terdapat juga najis haiwan tersebut selain denai yang bercabang-cabang hasil pergerakan si mamalia terbesar di darat itu yang memakan pokok-pokok buluh yang memenuhi laluan ke puncak tersebut. Perjalanan kami juga ditemani dengan kabus yang tebal dan angin kencang yang sesekali bertiup dan menghembuskan embun-embun seakan hujan renyai yang menimpa kami.
Puncak!

tapak perkhemahan di puncak
2 jam perjalanan kami pon sampai di puncak. Aku sangat teruja kerana puncak berketinggian 1862 meter dari aras laut ini adalah puncak gunung tertinggi dan mengambil mase yang paling lame penah aku daki. Terdapat sebuah beirut yang menandakan puncak namun telah tumbang dipercayai dilakukan kawanan si gajah. Suasana di puncak pula sangat sejuk dengan suhu mencecah 15 darjah celcius dan dikelilingi kabus tebal yang mengehadkan pemandangan. Seketika kemudian kami begerak ke tapak perkhemahan di sebelah puncak tersebut untuk memasak air dan merasa sedikit makanan. 


Lebih kurang sejam di puncak kami pon mula turun ke Kem Bunian untuk mengemaskan barang sebelom turun bemalam di Kem air terjun. Perancangan kami berjalan lancar dengan sume peserta sempat sampai di Kem Air Terjun sebelom senja. Masa kami diisi dengan mandi di sungai air terjun tersebut seterusnya menyiapkan makan malam serta solat jamak berjemaah. Malamnya kami memenuhi masa dengan sesi ice breaking antara peserta yang dipenuhi gelak ketawa dan kami tido dengan nyenyaknya diiringi alunan percikan air terjun.

Pagi 31 Januari kami menerukan perjalanan turun dari air terjun dan sampai di starting point pada pukul 12.30 tengahari sambil lori kecil menanti untuk mengangkut kami kembali ke campsite. Di campsite, kami bersiap pula untuk aktiviti seterusnya iaitu canopy walk yang terpanjang di dunia.


bersambung...

6 comments:

Janggel said...

Menarik!!! Sangat best bila tengok gambar2 itu.

Al said...

klo dpt pegi dan rase sendiri lg best
hehe

Sca Ndx said...

waw best nya. memang kaki expidisi ko ea, dulu aku igt blog ni ali XPDC punya. hheeh

Al said...

klo blog ali XPDC kompem penuh ngn lirik lagu la jwbnya..huhu

btw.dia ade blog ke?

Anonymous said...

assalamualaikum bro..ni program nk join mcm mane??cam sdap lak aku tngok..

Al said...

waalaikum salam,
ni mase join dak2 uitm

klo nk join nek gunung try masuk gunungonline
kt sane ade byk xtvt boleh follow

Related Posts with Thumbnails