Friday, October 15, 2010

Siri Expedisi: Gunung Nuang


Masa: 19-20 Julai 2008
Lokasi: Hulu Langat, Selangor


Post kali ni adalah log pendakian aku ke puncak tertinggi di Selangor pula.


Pendakian kali ini disertai 4 orang geng UV iaitu Hilmi, Wan, Fizi dan juga aku. Tujuan kami adalah untuk reeky kerana  nanti kami ingin membawa rombongan Skuad Kembara UiTM ke sini.

Kami sampai di kaki gunung pada pukul 4 petang dan terus mulakan pendakian. Rancangan kami adalah untuk bermalam di Kem Lolo dan meneruskan perjalanan pada pagi besoknya.

Kawasan sungai di tengah perjalanan.
Lebih kurang 3 jam perjalanan, kami tiba di Kem Lolo yang juga merupakan tapak perkhemahan yang popular bagi pendaki Gunung Nuang.
Tapak khemah kami
Tanpa membuang masa kami terus mendirikan khemah kerna hari sudah pun beransur gelap.Tanpa khemah, apelah nasib aku nanti nak tido dengan betapa sejuknya malam2 kat hutan ni.

Sedang cuba menghidupkan unggun api di waktu malam
Malamnya kami cuba membuat unggun api namun apakan daya kerna kayu masih basah, usaha kami tidak berjaya.

Seawal 8 pagi besoknya kami mula meneruskan pendakian.


1 setengah jam perjalanan dari Kem Lolo kami sampai pula di Kem Pacat.

Punca air
Di Kem Pacat kami sempat turun ke tempat punca air. Masa turun memang best tapi bila nak naik balik memang stress..haha


Selepas itu kami teruskan lagi pendakian sehinggalah...

yeahhh..berjaya menawan Gunung Nuang.

2 setengah jam kemudian kami sampai di puncak. Antara Kem Pacat dengan puncak sepatutnya ade lagi satu check point iaitu Puncak Pengasih tapi kami tak sempat bergambar di sana.

Lagi di sekitar puncak
Bersantai besama-sama di sekitar puncak
Kami berehat seketika sebelom mula turun kembali sekitar pukul 1.30 petang.

Kira-kira 4 jam perjalanan kami pun sampai di bawah.

p/s: Disebabkan kami datang tanpa berkenderaan sendiri, makanya kami terpaksa pula berjalan kaki sejauh lebih 1 km ke Pangsoon untuk menaiki bas ke pekan Batu 9. Sedikit memenatkan tapi kami tetap puas..

10 comments:

Yaya said...

bestnyeee nek gunung nuangggg...

mencabar dak nek gunung nuang ni??? huhuu, akak rasa nek gunung kinabalu lagi senang dari nuang..nuang byk tol akar2 nye hehhee

Siti Noor Aminah said...

jangan kata panjat gunung, daki bukit pun semput

Al said...

@ Aleeya

stakat yg penah naik, gnung nuang pling mencabar rsnya
pling byk ambik masa

gnung kinabalu lg sng ek
prancangan nk jgk g kinabalu
cuma ongkos x brp nk ckup...

@ GC

xpe, slow2 dlu,pnjt tangga pun ok ape..hehe

ANIS HJ SUKARTI said...

syoknya dapat panjat gunung.. dulu pernah gak join.. tapi... separuh jalan jek.. hahahaha... pastu kena amik bantuan pernafasan.. kui3

Chaon Cornerz said...

oit.. lalu depan umah aku tak singgah pun.. dekat dah tue.. hahahha..

Gauss-Seidal said...

perrgh..
best giler..

Al said...

@ nadzirah

haha
pengalaman kan, macam2

@ Chaon

weh rmh ko kat mne plk
nnt g lg ak kal punya mntk tmpg mkn2
haha

@ sengal ke aku?

well,depend on person gk
bg ak mmg best xtvt camni
ko pun mmnt ek? jom join

Tok Esah said...

best tu...
sy pom ade pengalaman tuh... http://taq6889.blogspot.com/2010/10/pendakian-gunung-nuang.html

~FD CLOVER~ said...

nuang so awesome kn...

Al said...

@ Tok Esah

"take nothing but photograph, leave nothing but footprint.... prinsip hikers!!!!", kred to you

@ farah

yup..kletihan berbaloi..

Related Posts with Thumbnails