Sunday, October 24, 2010

Piala Malaysia 2010: Kelantan Ke Final




Akhirnya sampailah sudah Piala Malaysia 2010 ke peringkat akhir. Kedua-dua pasukan yang bakal bertembung pun sudah diketahui. Dan ianya kelihatan seperti ulangan Piala Malaysia 2009 yang lalu.

Malam tadi, Negeri Sembilan mara selepas membenam Johor Fc dengan agregat 2-1, manakala Kelantan pula tewaskan Kedah dengan agregat 1-0.

Setelah gempar sementara ketika suku akhir pertama akibat kekecohan penyokong di Stadium Shah Alam, nampaknya penyokong sudah mula sedar akan kepentingan semangat kesukanan. Fanatik biar bertempat, bukan fanatik membabi buta. Jangan mudah saja bertindak balas, tanpa mempedulikan keselamatan orang sekeliling.

Akibat sikap segelintir penyokong jugak lah yang membawa kepada kerosakan stadium dan tidak dilupa kematian dan juga koma kepada orang lain. Dan kesannya Kelantan FA dan Selangor FA masing-masing didenda rm57,500 dan rm67,500. Namun masih ade yang tidak puas hati dengan denda tersebut, katanya masih berat sebelah.

Ramai yang menuding jari kepada pihak Kelantan. Sebabnya adalah Kelantan sudah ade sejarah kekecohan penyokong.


Namun begitu di peringkat separuh akhir, tiada pula berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Kenapa di Alor Setar, penyokong Kelantan  sangat berkhemah pula, hanya bersorak kepada pasukan sepanjang perlawanan. Tapi di Shah Alam bukan begitu, jadi kita dapat lihat ada faktor lain yang membawa kepada sikap penonton di stadium.

Untuk lebih mendalam, penyokong Kedah pula yang ditahan di Stadium Darul Aman, atas kesalahan membawa mercun, senjata besi dan juga air ketum. Jadi sekarang pun masih salahkan pihak Kelantan?

Perlawanan separuh akhir kedua malam tadi juga berlangsung dengan aman.Kedua2 belah penyokong pulang dengan tenang, tiada protes walaupun bagi pihak yang kalah. Mereka menerima dengan hati yang terbuka.

Jadi, kita tunggu di perlawanan akhir nanti. Adakah sejarah bakal berulang? Adakah demdam Kelantan bisa terbalas, atau Negeri Sembilan masih unggul sebagai juara. Kita tengok saja sabtu nanti di Bukit Jalil.

 
sumber gambar: kelate.net

5 comments:

ZianaRazali said...

gomo KELATE gomo!!
hehehe...

Al said...

Semangat benar dih

lagu ni hok kito nok
haha

Doppelganger said...

aku sukew entry nie sgt3...
credit for X.P.D.C Si Ali

Al said...

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

haha
thanks azie

My Little Diary said...

salam ziarah,

jom singgah
entry terbaru "ada aku kesah"

Related Posts with Thumbnails