Wednesday, October 27, 2010

Ada Apa Dengan Mualaf



Di sini aku ingin kongsikan kisah berkaitan mualaf yang diceritakan oleh sahabat aku. Kisah ni hanyalah secebis dari ujian2 yg pernah dialami seorang yg bergelar mualaf. Tengoklah betapa susahnya permulaan hidup seorang mualaf di malaysia yang hanya mahu mengamalkan cara hidup mengikut ajaran islam.

Mualaf Life

Pasti sume org tertanya2. kenapa tajuk ni .. Sekadar Berkongsi sebuah Pengalaman

Seorg anak kecil, perempuan, dilahirkan bkn dalam keluarga Islam. tetapi memilih utk menganuti agama Islam pada usia sekolah rendah lagi. anak gadis itu sgt teringin mendalami Islam , tapi di usia hanya dalam 9 tahun ke 12 tahun , siapa mungkin percaya nekadnya untuk mendalami Islam? Sampai satu ketika dihina seorang ustaz kerana ragu2 akan niat murni anak kecil itu. Dihina kerana ingin memeluk Islam? anak kecil itu menangis sendirian. apakah susah untuk menganuti Islam ini? Namun mahu tahu siapa pendorong utama yang menguatkan semangatnya utk terus berada dlm cara hidup Islam? Bapa nya yang bkn beragama Islam. kata bapanya kalau sudah memilih agama tekadkn semangatmu. Jika keluar Islam, bapanya tidak sekali-sekali membenarkannya menganuti mana2 agama lain. Sejak itu, anak kecil itu berkata aku akan kuatkan tekadku demi Islam tercinta. 

Itu kisah tatkala sekolah rendah. dihina. dipandang rendah oleh org Islam sendiri. benar ada mualaf yang membuat onar, tapi semua manusia masih memrlukan bimbingan bukan?

tatkala anak kecil itu berinjak ke usia remaja iaitu 13 tahun, dia harus medaftar di tingkatan satu. pastinya perlu mengambil kelas pendidikan Islam. oleh kerana bapanya bukan beragama islam pakaian rasmi sekolahnye adalh 'pinafore', bkn bj kurung. oleh kerna itu remaja ini di halau oleh seorang ustaz, mgkn agak kasar, diminta utk belajar ditepi kelas seorg diri sehingga kelas selesai. Sedih hati seorang mualaf yg hanya berusia 13 tahun? jika anda berada ditempatnya mampukah anda menghadapi keadaan itu?
dengan penuh kesedihan, usai sahaja kelas pendidikan islam oleh seorang ustaz berasal dari Kedah itu, remaja ini berjumpa dgn ustaz di tepi kelas, utk memberi penjelasan. 
katanya;-

gadis: Ustaz, boleh saya ckp sebentar?
Ustaz:Saya ada hal (tanpa memandang sedikit pun wajah gadis itu)
gadis: Ustaz sy minta maaf, sbb memakai pinafore, sy xtahu 
Ustaz: kalau dah tahu nak belajar pendidkan Islam, kene la pakai baju kurung. bertudung
gadis: sebenarnya baju ni ayah saya belikan, dan dia bkn islam
Ustaz: err jd kamu ini mualaf (dengan muka merah )
gadis: a'ah ustaz. kalau nk beli bj kurung dalam masa terdekat xboleh la ustaz, sy org susah

kesimpulannya. selepas penjelasan oleh gadis itu dengan juraian air mata , ustaz itu meminta maaf, sehingga berjanji untuk membelikn uniform sekolah, yakni baju kurung. gadis itu pula diberi kelonggaran memakai pinafore sehingga tempoh tertentu. dan gadis itu terus utuh utk hidup dlm agama islam sehingga sekarang dan memilih lelaki Islam sebagai pasgn hidupnya. 
dan gadis itu ingin mengucapkan terima kasih kepada Ustaz dari Kedah itu kerana menerimanya, walau dia sempat belajar dengan ustaz itu hanya semgu sebelum ustaz itu berpindah semula ke Semenanjung. dan gadis itu ingin ustaz itu tahu dia tetap dengan Islam sehingga kini.

dan gadis itu merupakan kakak ipar saya.

itu hanya 2 cebis dugaan bagi memilih Islam sbg cara hidup oleh seorg mualaf. kalo kita ditempatnye. berapa kuatkah kita? 13 tahun ?

hanya satu persoalan ? kenapa Mualaf dilayan begini? kalo ada jwpan sila kongsikan dengan saya yang masih mencari jwpn.

5 comments:

9w2ury said...

Bagi saya lah, bukan nya mualaf atau tidak yang menjadi penyebab mereka ni disisih dan dilayan kurang baik. Penyebab utama adalah status, kedudukan dan kewangan yg menjadi ukuran manusia.

Adalah perkara biasa, seorg mualaf berada dlm taraf kewangan yg agak randah, sebb meraka biasanya telah disisih atau dibuang oleh keluaraga mereka.
Bandingkan jika mualaf itu org kaya, berpangkat dan hidup senang... dia akan tetap dipandang tinggi oleh masyarakat.

Mmmm... tu lah dunia hari ini, kebanyakanya pandang kpd harta, kedudukan dan pangkat.

Akma Azlin said...

ishk, xpernah dgr filem nih

Dark Half said...

aku suka semua filem2 arahan allahyarham yasmin ahmad termasuk yg ini walaupun ending dibiarkan tergantung ytk kita pikir sendiri

aku kagum dgn ketabahan kakak ipar kau.aku percaya memang ada mualaf semuda sekolah rendah. syukurlah ayah dia seoarang yang berfikiran luas. itulah sebenarnya kekuatan kakak ipar kau.aku salute bapa dia

moga kita yg muslim ini jugak berfikiran terbuka dan tidak menjadi penyebab kepada kekufuran/murtadnya muslim yg tidak berdaya.

entry yg sungguh touching.two thumbs up!:)

Small Hiker said...

Cerita benar yang boleh dijadikan teladan! Termenung sebentar saya selepas membaca cerita ni.

Al said...

@ 9w2ury

Betul jg, tu mungkin antara faktor utama mualaf disisih. tp knape mreka harus dipandang semacam hina bgitu?pd sy sikap org melayu yg islam azali ptut diubah, jgn hny mlihat mereka sbg org asing

@ Akma Azlin
Tu filem allahyarhamah yasmin ahmad, kluar hujung tahun lps. try la tengok..

@ Dark Half

Ni bukan crita aku, tp kawan aku.
Dia dikira bertuah sbb bapa dia bpikiran terbuka. klo sume org mcm bapa dia kn bgus. Tp org melayu ni ramai yg anggap melayu je islam, trutamanya org2 tua. tu yg ptut diubah sbnarnya..

@ Small hiker
Kalo diikutkan, byk lg kisah ujian yg dialami mualaf, ni hanyalah secebis darinya. moga dpt djadikan iktibar..

Related Posts with Thumbnails