Wednesday, December 1, 2010

Rogol Kau!



"Macammana ni?" tetiba Judin mulakan bicara.
Serentak dengan itu Maan terus menjawab,
Maan: Rogol je la.
"Ntah..main je la macamana pon", Ije pula mencelah.
Naim: Kalo xnak susah-susah main rogol je. Asalkan aku enjoy...
Aku: Apa-apa je lah..

Itu antara berbualan kami semasa di court bola tampar sekolah menengah dulu. Ya kami sedang berdiskusi tentang bagaimana mahu bermain bola tampar, tidak lebih dari itu.

Dalam permainan bola tampar yang menjadi sukan kegemaran semasa itu, ada 2 teknik yang kami namakan. Satu adalah teknik rogol dan satu adalah teknik passing passing seperti para profesional bermain semasa bertanding. Namun siapalah kami yang masih budak-budak dan hanya bermain untuk suka-suka ini mengikut cara profesional bertanding.

Jadi untuk memudahkan permainan, kami gunakan istilah rogol. Apabila bola pihak lawan sampai, terus ditampar ke pihak lawan tanpa ada passing kepada kawan atau diangkat untuk rakan smash. Semuanya hanyalah suatu istilah.

Tapi realitinya perkataan rogol sangat besar makna serta kesannya terutama terhadap kaum hawa.

Apabila kita mendengar perkataan rogol di saluran berita atau membaca di dada akhbar, pasti terbit perasaan kesian, kejam, bodoh, marah , pilu dan sebagainya. Kalau kita amati, hari ini sangat banyak berlaku kes sebegini. Sungguh sadis rasanya.

Pada aku, ia suatu jenayah yang sangat terlampau. Sering kali aku membayangkan, apakah nasib si mangsa selepas itu. Macam mana dorang akan teruskan kehidupan? Mungkin ramai yang boleh teruskan tapi mungkin ada juga yang tidak boleh, lalu memgambil jalan singkat dengan bunuh diri.

Yang lebih teruk apa pula tanggapan si suami. Masih mahukah si suami kepada seorang mangsa rogol. Bagaimana malam pertama mereka nanti? Itulah betapa besar kesannya apabila seorang pompuan sudah hilang kesucian.

Dan tahukah anda betapa ramainya gadis yang hilang dara zaman sekarang? Akibat dirogol sahaja pun sudah banyak kes berlaku. Itu belum dikira lagi yang sudi menghadiahkan dara secara sukarela kepada teman sosial, yang akhirnya ada yang sampai keluar janin pastu dibuang pulak merata-rata.


 Jadi dalam kes ni siapa yang harus dipersalahkan? Orang pompuan tentunya salahkan si perogol yang terang-terang memusnahkan hidup mereka. Laki pula mungkin salahkan pompuan yang terlampau seksi tanpa mempedulikan aurat serta bercampur gaul dengan laki yang ntah ape-ape.

Namun tentu skali sebab utama adalah si perogol. Sebab nafsu serakah yang gagal dikawal, semua pompuan menjadi tempat pemuas nafsu. Sehinggakan anak serta saudara sendiri pun jadi mangsa. Ada yang mencadangkan lebih baik layan GRO, daripada musnahkan idup orang yang tak berdosa. Tapi itupun tetap satu kesalahan.

Kes terbaru, seorang ibu sanggup menjadi habuan perogol yang datang merompak rumahnya sebab nak selamatkan anak pompuan dia. Sungguh mulia hati seorang ibu kan..

Akhirnya pada aku kita patut sama-sama banteras gejala ni. Para lelaki khususnya banyak-banyaklah dekatkan diri dengan Allah. Kalo da rasa sampai masanya terus kawen je lah.

Pompuan plak selain sentiasa tutup aurat perlu jugak hindarkan bergaul tanpa batasan. Nak pergi mane-mane tu perlu ade teman. Dalam dunia skarang, anda tidak akan tahu bila anda akan menjadi mangsa. Menggerunkan bukan?

Ingatlah bila skali anda terkena seumur hidup anda akan menyesal. Walau menangis darah sekalipun tiada lagi jalan untuk undur balik masa yang telah berlalu.
Kucing pon tau sedih kalo dirogol tau

18 comments:

Gayahspears said...

MARBORO
manusia akan ramai bila orang rogol orang...huhu

nazirulhazwan~ said...

tula, suh buat undang2 islam xmau.
didik rakyat dgn islam byk alasan

fakta:malaysia negara islam plg tinggi kadr jenayah rogol.

FeeZ~Hafizah~cucuatokaji said...

aduyy menggigil jap bace entry ni..sebab penah handle kes kene rogol..pas kene rogol dia naik syok lak, then terus nak lagi dan nak lagii..nauzubillah....

mintak dijauhkan dri kaum hawa semua...huhu

NOOR FATIN said...

mtk2 dijauhkan dr keturunan kita.. amin..

Atika Aula said...

2 la kesannya bila hukum dan undang2 Allah x nk d laksanakan. Manusia angkuh, bongkak dan beranggapan mereka lagi hebat. Bukan susah p0n, laksanakan hukum hudud yang telah jelas dalam Al-Quran. Demi kemaslahatan semua..sekadar perkongsian.
Wallahua'lam..:)

aNaYaNa said...

Entahla Malaysia..no komen..mintak dijauhkan semua perkara buruk ni pada kewarga kita semua..

seram baca yang FeeZ~Hafizah~cucuatokaji beritaw..
ada gak eyh macatu..huuuu..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

dunia sekarang.. bertudung litup bagai pun tak mampu mengelak dari di pandang ghairah oleh Jantan2 yang bernafsu tak terkawal apatah lagi berseksi bagai.. kdg2 pelik bila sesorang itu lebih bernafsu pd wanita yang bertudung litup & berpakaian tanpa menampakkan sebarang bentuk tubuh. dorang cakap seksi juga sebab penuh teka teki apa yg ada didalamnya dr yg mendedahkan sebab dah nampak size semua. So, kita sentiasa dlm tak selamat..

Tok Esah said...

huh, 6 orang satu hari?? ya allah.. selamatkan lah kami... kembali lah undang2 islam, penjenayah tak takut dgn azab dan undang2 skrg..

YOUsoF said...

Syaitan makin menguasai akal fikiran manusia~

beautiful_rose said...

dunia zaman sekarang sangat menakutkan.sana sini dah macam tak selamat.sebab banyak sangat ancaman.nak percayakan orang pun tak boleh dah.

gadisBunga said...

manusia byk bagi alasan dari mencari jalan.

sebab tu situasi tak berubah.

Al said...

@ Gayahspears
adoi..blh lak ko wat lawak
ape-ape lah
haha

@ Nazirulhazwan
mgkn jgk

@ Feez Hafizah
ade jgk yg jd camtu kan
ksian smp ke dia pon berjangkit

@ Noor Fatin
minta sgt2 dijauhkan..

Al said...

@ Atika Aula
bila pemikiran da x same
mmg susah nak buat sesuatu yg mmerlukan psetujuan ramai

@ Yana
yup minta dijauhkan semua tu
kes mcmtu pon da byk rsanya

@ Lekat Lekit Story
Bila ade jantan yg terang2 mcmtu
pompuan lah yg mst tau jaga diri kan
sentiasa berwaspada tu sgt penting

@ Tok Esah
Yup, penjenayah mkn btambah
hkuman mcm xde pape bg mreka dah

Al said...

@ Yousof
tanda2 akhir zaman

@ Beatiful Rose
langkah terakhir adalah kita sendiri yg hrus tahu menjaga diri

@ Gadis Bunga
salah satu sbb ssuatu benda x kemana

Qamarul said...

nak hempuk gak kenkadg budak2 yg ckp besar bile die rogol2 pompuan nie.. kalau kene kat keluarga baru tau..

Chaon Cornerz said...

bahaya bro layan GRO.. silap2 boleh dapat HIV.. kita orang islam.. buat apa dengan maksiat2 segala tue..

Dark Half said...

pengajaran terbaik buat perogol bila ahli keluarga dia sendiri kena rogol,takpun dijangkiti HIV.camtu gak bg yg suka melanggan pelacur,bila barang kau dah reput sbb penyakit kelamin,masa tu kalau kau hidup pun, dah tak guna..haha

Amirez said...

aku guna istilah rogol masa main takraw :)

Related Posts with Thumbnails