Monday, December 13, 2010

Kenapa Di Sini?



Ketika ini awan kelabu sedang berarak dengan lajunya. Angin pulak sedang membelai deras pokok-pokok yang sengaja ditanam sebagai hiasan. Dan aku pasti, sekejap lagi air-air beralkali akan turun mencurah bumi yang hangat sejak tengahari tadi. Seperti kebiasaannya.

Sejak 4 atau 5 tahun yang lalu lagi aku berhadapan dengan fenomena yang sama ini di bumi Shah Alam, setiap petangnya akan turun hujan, paling tidak pon dalam seminggu mesti ade skali, dan biasanya lebat tanpa sebarang amaran. Kasihan penunggang motosikal macam aku. Terpakse menerima ketentuan dariNYA seadanya.

Aku dengar kawasan KL pon same kan. Lebih teruk pon ade, sebab seringkali aku dengar perkataan banjir kilat di KL. Tapi tidak di tempat lain. Kenape?

Di kampong aku misalnya, mana pernah banjir kilat. Ntah-ntah orang kampong pon x mengerti apa itu banjir kilat .haha. Yang dorang tau, bah akan melanda bila tiba musimnya. Dan tika itu mereka sudah bersedia. Yang duk tepi pantai tidak akan ke laut, hanya buat keje sampingan di darat. Yang jauh dari pantai juga akn lebih bersedia. Membina tempat jemuran yang terlindung umpamanya. Dan bila bah datang, mereka kan bersukaria, membawa anak-nak bermain air. Ya umpama sebuah pesta. Sementara yang tuanya berehat dengan amannya di rumah, merasai betapa enaknya kedinginan musim tengkujuh.


Lain pula ceritanya di KL, orang ramai akan sibuk mencari tempat berteduh bila hujan lebat datang melanda. Para penunggang motosikal akan sibuk mencari flyover, para penunggang basikal akan sibuk mencari banggunan-banggunan tepi jalan , dan para pejalan kaki pula akan sibuk mencari hentian bas. Sumenya dengan satu misi, untuk berteduh dari kebasahan. Dan mereka semua resah menanti bila hujan akan menghentikan misinya.

Persoalannya kenape berlaku di sini. Adakah ade kaitan dengan bayu laut atau bayu darat? Atau disebabkan kilang yang terdapat di sini yang banyak mengeluarkan asapnya? Aku ingin skali tau puncanya, dan bagaimana fenomena ini terjadi. Sesiapa ade teori yang menarik?

Di kala aku tengah menaip, hujah mencurah seperti dijangkakan. Ya, seperti kebiasaanya.

Aku resah.

16 comments:

Ichigo Miro said...

ayat demo gak mache sasterawan doh weh..kelah demo..hahaha

Al said...

jgn la perli kt ak mcm tu skali weh
haha
tahu la ayat ak pelik2

ak tgh dlm krsis lg ni
xtau nk tlis lagu mana
org br knl blog la katekan..haha

adrinaqamarina said...

hujan ouh hujan~

katak memanggil hujan. erk *tetiba.

haha.

:D

THE LEKAT LEKIT STORY said...

ayat2 tersusun berkias indah.. lambang Melayu takkan hilang di dunia ni

Azuan said...

memang camtu lah selalunya bila hujan...sibuk cari tempat berteduh hohoo..

gadisBunga said...

ayat indah bak tulisan calon spm. hahah

~* chirpy_chummy *~ said...

ok, BM 1A..

Al said...

adehhhh
apesal rmai komen psl bahase lak ni
taula aku main post je

beautiful_rose said...

hujan turun lagi...bila mahu berhenti.

Dark Half said...

aku rasa banjir kilat kat kawasan bandar esp KL tu sebab pojek pembangunan. bila saliran under construction, air x dpt mengalir ke tempat sepatutnya dan terkumpul kt tempat rendah...aku rasa laa

btw, dgn bahasa kau tu, apa kata try apply jd freelance reporter...atau dlm bahasa dorang..stringer??

Al said...

Dark,
psl weakness of the sewage system tu mmg obvious la kan, tu mmg main factor banjir kilat kt kl

yg ak nk tau tu apsal hujannya pada waktu petang,bkn pgi atau malam
well,ade gk masa tu tp xlah skerap petang
sori la,ak bkn dak sains
sje nk tau..hehe

stringer???haha ak x tepikir lak smp nk jd reporter
ayat ak tu main taruk je la..

Dark Half said...

kita tanya bomoh hujan nak?

Irwan said...

Al, jumlah air yang turun, dengan jumlah air yang muat dalam longkang tak balance. Air turun > air keluar, maka air akan bertakung.

Dalam kes kawasan kampung, air tu dah banyak diserap ke dalam tanah. Dalam kes kawasan bandar, air tu kena mengalir lancar...baru takde banjir...

Dan isipadu air yang turun dalam hujam monsun kalini lebih banyak sebab galsier kat kutub nu dah banyak yang cair. Maka, banyaklah kandungan air yang cair dalam atmosfera dan bumi.

Maka hujan kali ni lebih lebat.

Dah explain dalam payabesarpedas dan akuskizo. dalam interview dengan saiko..Lama dah...

Al said...

Dark,
well, last option maybe..
haha

Irwan,
trimas atas jwpn yg penuh logikal itu
nmun msh blom mmuaskn hati ak yg ntah pape ni..hehe

ape yg aku igin tahu disini knape di bandar shah alam dan kl ni kerap hujan khususnya d waktu ptg berbanding di kampong ak.di kg ak mne hjn petang2 hari sepanjang taun mcm kat sini.
ke hjn petg2 kt sini br bermula bl ak start dtg sini?sblm ak dtg,xde pon hjn ptg,gtu ke?

jd persoalan ak bkn mgenai asbab banjir smate-mate sperti yg ko cube terangkn.
sbb tu ak selitkan fenomena bayu laut dan bayu darat mgkn sbg faktor hjn d kwsn pntai barat ini pd wktu ptg.

apepun,ni sume hnyalah curiosity ak smate-mate
xde kena mngena ngn yg idup atau sudah tiada..haha

Dark Half said...

tp bro, Al nak tau kenapa petang? kenapa?kenapa?kenapaaa?

Irwan said...

kenapa tidak?

Related Posts with Thumbnails