Friday, December 10, 2010

Hari Yang Suram



Semalam hari yang sket down bagi aku. Buat seketika aku bermuram durja.

Sume gara-gara satu panggilan telefon. Aaaahhhh suatu kabar yang tak menyenangkan tiba waktu tu. Suatu yang aku harapkan hanya tinggal harapan. Luluh berderai. Aku hampa. Bila tambah ngan sedih, aku jadi marah. Ya, amarah datang menguasai aku.

Akibatnya petang semalam aku xtau nak wat ape. Sume jadi bosan. Keje x sentuh langsung. Internet pon da xde makna. Seluruh persekitaran aku jadi macam....kosong.

Dalam 4.30 petang, aku shutdown pc, ambik beg, then blah. Member kat lab macam pelik tengok aku. Selame ni aku x penah blah awal dari dorang. Ahh lantaklah.

Masa on the way nak gi punch out, kat dalam lif, emosi still membuak-buak. Aku tumbuk dinding lif. Seb bek dinding tu x kental macam tiang elektrik, tangan aku still ok. Tapi aku masih x puah ati. Aaarrarrrghh..aku jerit sekuat hati. Duk dalam lif sangat bermakna buat aku masa tu.

Lepas punch kad, aku gi kat parking. Start motor aku then bawak macam rempit, tarik minyak kuat-kuat, tak hirau kiri kanan. Fikiran aku kat tempat lain. Dalam bawak laju-laju tu, muka aku dibelai angin, release sket rase. Kebiasaannya pon camtu la, bila mood aku x ok, aku bawak motor gi ronda-ronda, bila dapat rasa angin kat muka, suatu keadaan yang menyamankan. Suatu kaedah yang berkesan untuk aku.

Tapi tensi aku datang balik masa kat traffic light, dua-dua traffic light yang aku lalu jadi merah. Merah plak masa aku da nak sampai baru nak bertukar. Memang saje nak uji aku. Tapi aku still control, kat situ x bleh nak wat bende bodoh. Kang saje je melayang nyawa, xpun nanti keta yang ade lampu lip lap datang kejar. Aku penah kena dulu, so aku x berani amik risiko. Steady je tunggu jadi hijau walaupun dalam ati aku rasa macam da stengah jam aku tunggu.

Sampai kat umah, aku ingat nak baring trus. Nak lupekan sume yang berlaku haritu. Tapi aku masih ingat asar, so gi amik wudhuk, then semayang. Aku ok sket.

Lepas semayang aku terus cari katil, baring, Ya, baring lepas asar. Walaupun susah mulanya nak lelap mata, asyik pikir bende tu je, tapi last-last aku tewas, sampai ke malam.Sume emosi tenggelam dalam kenyenyakan tido.

p/s; ohh ini bukan entri emo, cume megisahkan saat-saat ke-emo-an melanda. sori kepada sesiapa yang terbaca dan rasa diperbodohkan oleh entri ni. Arini aku da ok.peace

9 comments:

Ichigo Miro said...

demo bad mood pasal gapo plok ni boh...

Al said...

derah demo komen teh

xdok eh, tu semo cito marin la
demo pon tau doh
xdok gapo pon

Dark Half said...

Al kena PMS...lulz..lolz...bzztt

Al said...

abehhhhh
menyesal plk ak tlis
kang blh ttibe n3 ni ilang jp lg

cait!

Onelove...Jambu merah warna said...

hahaha... PMS eh.... kekeke

Al said...

ohh tu Dark mention kat diri sendiri

x caye?
g bace kt blog dia dkt tag 25 things about myself
haha

Onelove...Jambu merah warna said...

ha, nk g baca ni..hahaha
PMS kn normal, xpe =P

Irwan said...

tido lepas asar menggalakkan kegilaan..

bila bad mood, cuba bawak motor tu gi jenjalan. Bila bertembung dengan orang, senyum dan bagi salam...

bila dah boring, berenti, minum sensorang. Lagi panas air tu, lagi bagus..

bila air dah habis, balik umah.

kalau bad mood lagi, buat action beam..


kalau bad mood lagi, meh sinii..

Kameee--hameeee---Haaaa!!!


Amacam? Dah ok?

Jangan padam entry ni...bagus...lagi emo lagi!

Suhami Ahmad said...

kadang2 kito perlukan sikit ruang untuk diri sendiri

Related Posts with Thumbnails