Wednesday, April 20, 2011

Siri Expedisi: Bukit Tabur (East Side)



Masa: 30 Mac 2011
Lokasi: Taman Melawati, KL

Ni dia hasil dari keboringan yang melanda, aku ke Bukit Tabur sorang-sorang. Sebenarnya da try ajak member2 tapi sume ade hal, last2 aku proceed je sorang2. Kalo aritu aku gi hiking Bukit Tabur West Side, yang ni plak aku nak try East plak. Orang cakap lagi mencabar. Berbekalkan hasil selongkar blog2 orang yang penah datang sini ngan tanya member, aku beranikan diri datang pada hari biase di suatu petang, tujuannya hanya satu - nak tengok matahari terbenam.

Dari Shah Alam, aku bertolak pada pukul 4.00 petang. Dalam pukul 5.30 petang baru leh mulakan pendakian. Walaupon tak penah datang yang east side ni, aku da siap hafal laluan dia, so masa nak gi starting point tu takde masalah. Dari turun tangga depan Puncak Niaga ke taman rekreasi, lepastu cross sungai hinggalah masuk trek sebelah paip besar tu smooth je.



Tapi bila dekat 15 minit trekking tapi trek makin menurun dan akhirnya sampai di tebing kolam empangan, baru aku sedar ade yang tak kena. Aku pon terus kal member tanya balik direction dia, macam tak ngam je ngan dia cakap. So dia suh patah balik ke paip besar. Haihh tak pasal2 buang masa setengah jam ngan tersesat plak. Terpakselah aku patah balik. Last2 dekat nak sampai ke paip besar balik baru aku prasan ade satu trek mendaki sebelom pagar empangan tu. Rupenya aku da tersalah masuk ikut lubang kat pagar tu.

Lepastu mula la jumpa trek mencongak yang disediakan tali, ni baru betul! Nasib baik bila sampai dekat puncak pertama masih boleh nampak matahari. Sempat la bergambar sekeping dua. Jam baru pukul 6 lebih tapi matahari tak berape clear dek dilitup awan, pemandangan pon tak berape nak cun.

Berbanding sebelah West, pemandangan di sini lebih meluas. Sebelah kiri leh nampak empangan dengan jelas manakala sebelah kanan pula nampak Bandaraya KL yang jauh nun di sane.





Dalam 6.30 petang aku sampai di hujung cerun puncak pertama. Bila tengok depan kene turun gaung dalam pastu naik balik , tetibe aku rase tak patut. Ye la hari da nak gelap kalo aku teruskan gak konfem malam baru sampai puncak terakhir tu. Memula ingat nak turun malam je tapi bile dipikir balik, malas nak tanggung risiko plak nanti.



Lepas da rehat jap, jam 6.45 petang aku mula turun. Sekitar 7.15 sampai balik di depan puncak niaga dan terus chow balik Shah Alam.


Overall, betulla seperti yang orang cakap, trek dia lagi mencabar dari side West. Kat tempat ade tali tu memang kena fully depend pada tali untuk panjat. Kalo bawak ramai orang konfem pergerakan sangat slow. Tapi aku tetap tak puas hati tak dapat conquer sampai habis, so bila2 masa nanti aku akan datang balik sini dan nikmati pendakian ngan pemandangan sepuas-puasnya.

11 comments:

My Little Diary said...

menarik nyaa... nengok matahari terbenam..

Siti Noor Aminah said...

tak takut ka weh? kot kalo ada apa2 jadi, camne? ish.. ish...

Al said...

My Little Diary,
tp gmbr x lawa,pkai hs murah je..huuu

GC,
ish..ish
nk wat cmane,prasaan ingin teroka tu mengatasi ketakutan jd ape2..:)

~* chirpy_chummy *~ said...

mak aih, lg mencabar dr yg ritu ke?


sape yg amik gmb tu?

Al said...

a'ah
bkn ape, yg ni lg ssh nk panjat, klo nk dtg pon rekomen dlm 5 org je,klo rmai2 nnt leceh sket


gmbr tu amik sndiri la, wt self timer..

ZianaRazali said...

waahh..beraninya..kita pergi gunung pun tak penah..hehe

Al said...

haha try la join geng mne2 nek gnung
byk bende blh teroka

± said...

tetiba aku teringat kisah Aaron Ralston yg suka g explore mana2 sesorang. Tapi kira ok la kau dah inform kwn2 dulu

Al said...

haha
ak x sekental dia g memane pndai2 sndiri je
wlau x penah jd bende x diingini lg, tp risau gk ak klo nnt btol2 jd..

ghost said...

aku tak tahu mana gunung mana bukit lagi yang kau tak pernah panjat dan tawan...agaknya kau kena cuba kat luar negara plak..mula dari asean dulu kot...mesti lebih adventure kan..

Al said...

oih..blom mmpu lg yg kat luar tu.
yg kt mesia pon byk lg kot, yg ak da pegi tu hny secebis br

Related Posts with Thumbnails