Monday, April 18, 2011

Karnival Belia



Tarikh: 9 - 11 April 2011
Lokasi: Kluang, Johor

Pada hujung 2 minggu yang lepas aku sesaje tawarkan diri sertai karnival himpunan sejuta belia di Kluang ni. Grup kami ade bukak booth kat sane dan oleh sebab aku free mase tu, so join je lah. Tujuan kami kat sane adalah untuk memperkenalkan grup kami serta aktiviti-aktiviti outdoor yang kami handle selain menjual barang2 outdoor. Walaopon kami kat sane slame 2 hari je, tapi macam2 aktiviti kami buat blom lagi termasuk menyaksikan aktiviti2 dari grup lain lagi. Memang best, name pon karnival belia kan.

Aktiviti kami di sane? matcham-matcham.. Kat booth kami jual barang2 accesory outdoor, tengok sendiri lah macam kat bawah ni.





Tapi aku tak berape suke jaga booth, so aku gi setup ngan jaga aktiviti tali tinggi. Kitorang wat flying fox ngan abseiling kat sini. Yang flying fox tu memang mendapat sambutan, terutamanya dari geng2 motor.











Tapi abseiling plak takleh nak pomot kat orang ramai sebab tak jumpe tempat yang sesuai, jadi kitorang main sendiri je la nak lepaskan gian memasing.







Bercakap pasal geng motor, kat sini penuh ngan geng dorang ngan macam2 jenis motor yang ade dari geng EX5 hinggalah yang berkuasa tinggi. Memang syok tengok dorang ngan motor memasing ni. Dari pagi sampai malam dengar bunyik motor dorang je kat situ. Motor yang  design pelik2 pon ade sebab dorang gak masuk bertanding, lagi tanding kereta pon ade gak. Aktiviti sampingan lain kami; tunggang kuda..






Opps hampir terlupe kitorang gak diamanahkan buat gimik perasmian dengan flying fox. Malangnya gimik tu sedikit terjejas bile tetibe geng kitorang yang diamanahkan tu terhantuk bontot kat bumbung khemah. Tapi dia ok je ngan gimik tu pon berjalan seperti sedia kala. Bile teringat balik nak gelak pon ade.huuuu




Tapi aktiviti kami kat Kluang tak abes kat sini je, lepas karnival tu kitorang gi plak teroka air terjun rahsia. Best woo..

nantikan sambungannya..

sumber gambar: Bukh WOA

2 comments:

gadisBunga™ said...

umur 30 tahun belia lagi tak? hu~

Al said...

klo kt mlasia kire smp omor 40 kan
tp x ksh sgt omor bpe,asal bjiwa muda tu ttp dpanggil belia..hehe

Related Posts with Thumbnails