Monday, April 11, 2011

Siri Expedisi: Gunung Stong #2 (Part V: Peak of Stong)



sambungan dari SINI

Setelah selesai melihat matahari terbit dan menyediakan sarapan pagi, jam 0930 kami mula mendaki ke puncak. Sepanjang perjalanan selame 3 jam setengah itu kami sempat mengisi air di checkpoint Batu Sakumbar yang merupakan punca air terakhir sebelom puncak.

tempat pakai tali pon ade..
indah sungguh..
lipannnnn!
trek berbatu tika hampir ke puncak
Kami sampai di puncak dalam keadaan sinar mentari yang cerah. Guide kami kemudian memanggil penunggu setia di situ iaitu sang tupai. Seekor demi seekor pon mula menampakkan diri dan kami mula memberi mereka makanan yang kami bawa. Sungguh mengasyikkan melihat tupai2 tersebut yang jinak memakan makanan di atas tapak tangan kami. Kami juga dapat melihat puncak Gunung Ayam, Gunung Baha dan Gunung Tera dari atas puncak tersebut.

yeay misi berjaye..
bermanja ngan tupai di puncak
tupai lagi..mcm geli je
berkongsi makanan dengan yang memerlukan..hehe
oreo tuuuu...
Semasa pendakian turun, kami melalui kawasan air terjun sebelom sampai semula di Kem Baha. Eksplorasi air terjun bermula di Last Waterfall yang merupakan tempat pertemuan 2 sungai iaitu sungai dari Gunung Stong dan dari Gunung Ayam. Selepas itu kami melalui Telaga 7 sebelom sampai di Kolam Puteri Mandi yang bersebelahan kawasan perkhemahan kami.

air terjun dari sungai Gunung Ayam
The Last Waterfall
Tak payah pikir lelame dik, masuk je dalam air tu
Di Telaga Tujuh

Di atas Kolam Puteri Mandi, anak panah adalah campsite kami
Di bawah Kolam Puteri Mandi, boleh menggelongsor kat sini
Masa air besar, titis air tu boleh melayang sampai ke campsite kami
Sampai sahaja di campsite, kami terus mandi dan solat  sebelom turun ke resort dan terus ke stesen ketapi untuk makan malam. Setelah itu barulah kami berpecah dan beredar pulang ke tempat masing-masing. Kenangan di Stong adalah sungguh indah dan akan kami ingati selamenya.


Ekpedisi Tammat

6 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

:D

sgt seronok dan meletihkan! :p

Al said...

letih hny sementara
prasaan tu yg akn kekal smp bl2, hrpnya bgitu...:)

Dark Half said...

jinak btol tupai2 kat sana yer?
pemandangan pun sgt priceless. skrg aku rasa aku faham kenapa kau tak pernah 'letih' untuk terus mendaki gunung2 yg lain

Al said...

ak hny mnusia biase maukan ssuatu dlm idup
yg lain plk mgkn ade sbb lain mdaki, sbb yg pelik pon ade smp ak x tfikir dek akal..huhu
msg2 ade matlamat sndiri

masMZ said...

Al, masuk tak dalam 'terowong' air??? masuk lubang lain keluar lubang lain?? hiiiii best!

Al said...

Laa..ade terowong air plak ke..guide xde bgtau plak,ruginya tlps..

klo nk g lg xtau bl la gamaknya..adoyai nyesal xtau awal2..huhu

Related Posts with Thumbnails