Thursday, April 7, 2011

Siri Expedisi: Gunung Stong #2 (Part II: Caving)



sambungan dari SINI

Hari pertama kami di Dabong dimulakan dengan penjelajahan gua di sekitar Taman Negeri Gunung Stong. Di Taman Rekreasi Gua Ikan, kami dibawa melawat 3 buah gua iaitu Gua Gelap, Gua Keris dan Gua Pagar.

Gua pertama yang kami masuki, Gua Gelap menawarkan laluan sempit dan berair. Namun pada satu tempat, kami perlu meniarap melepasi ruang yang hanya muat seorang saje. Di sini kami kebasahan dek terkena air di lantai gua.

Pintu masuk Gua Gelap
Laluan yang sempit dan berair
Suasana dalam Gua Gelap
Tempat yang memerlukan anda basah untuk melaluinya
Setelah itu kami ke Gua Keris pula. Di sini terdapat satu bentuk seakan monumen keris gergasi dimana nama gua ini diambil. Kami juga sempat melihat stalaktit dan stalagmit yang masih aktif dengan air yang masih menitis serta warnanya yang berkilauan. Sayang skali ade juga yang telah mati akibat perbuatan sesetengah pengunjung yag menyentuh sesuka hati.

Keris gergasi
Di bawahnya merupakan bekas tempat pertapaan
Stalagmit yang membentuk kolam
Stalagmit yang masih hidup berkilauan
Stalaktit dan stalagmit yang masih aktif
Stalaktit dan stalagmit yang telah mati
Gua terakhir yang kami terokai adalah Gua Pagar yang terletak di tengah2 antara 2 gua yang lain. Gua ini menawarkan laluan menerusi bukit dan kami keluar di tempat yang mula2 kami masuk.

Di Gua Pagar
Secara keseluruhan, ketiga-tiga gua yang kami jelajah terdapat di bawah sebuah bukit berbatu. Walaupon dari luar, ianya sebuah bukit dipenuhi pokok-pokok menghijau, namun di dalamnya terdapat gua2 yang mencipta lohong-lohong besar di tengah bukit tersebut, betape indah dan uniknya ciptaan yang Maha Agung.

Setelah selesai penjelajahan gua, kami pon dihantar ke kawasan Resort Gunung Stong untuk mulakan pendakian ke Kem Baha pula.


akan bersambung..

8 comments:

gadisBunga said...

arghhh! teruja aku tgk!

Bungakopi said...

cantik stala..(apa?)
huhu.
blog ko yg best sbb kelainan yg ko bwa.. dn minat ko tu yg aku suka. wajar sgt nama xpdc si ali.

Al said...

gadisBunga,
'senyum panjang'..
jom follow..hehe

Bungakopi,
'senyum jugak'..

rmai je yg mnt dan buat lg byk xtvt outdoor ni
cme dorg xde medium blog utk dikongsi
skdr ltk gmbr kt fb je
ak plk msh br tlbt ngn xtvt cmni,tp gtl tgn tlis dlm blog,tlisan pon ntah pape

- GC - said...

bestnya experience hang ni.. aku sgt jeles.. tapi tak berpeluang nk join bnda2 adventure camni.. huhu

AieSha said...

ada jumpa tak stalagtit bentuk kemaluan laki dan pompuan? haha... dulu masa aku pegi, guide ada tunjuk... hehe... ;p

Al said...

GC,
mntk la ngn encik asben tu g cuti memane,msti best smbil bln madu..hehe

Aie,
uish..sde jgk ke?kitorg guide xde bgtau pon
bentuk2 binatang ngn kalimah Allah adela
bentuk org utan pling real..

Bro Fit said...

kengkadang tengok bentuk gua yang sempit serta corak kat dinding gua tu rasa seram ar plak.. erkk...

Al said...

haha
biaser la tu klo blom bise ngn keadaan tu kan..

Related Posts with Thumbnails