Wednesday, April 6, 2011

Siri Expedisi: Gunung Stong #2 (Part I: In The Train)



Masa: 2-3 April 2011
Lokasi: Dabong, Kuala Krai, Kelantan

Walaupon ekspedisi ini hanya selame 2 hari, namun banyak yang kami terokai dan atas sebab itu aku bahagikan ekspedisi Gunung Stong kali ini kepada 5 bahagian. Setiap satunya menceritakan pengalaman berlainan sepanjang kami dalam ekspedisi ini.

Berbanding ekspedisi sebelom ni yang menggunakan bas dan sedikit melecehkan (terpakse berjalan kaki dan naik ketapi lagi untuk ke Dabong), kali ini kami hanya menggunakan perkhidmatan ketapi terus dari KL Sentral ke Dabong. Satu pengalaman yang sangat berlainan terutamanya kepada ahli ekspedisi yang tidak pernah rasai perjalanan jauh menaiki ketapi.

Pukul 8.30 malam 1/4/2011 kami bertolak dari KL Sentral. Suasana malam yang gelap gelita di luarnya membataskan pemandangan sekaligus aktiviti kami. Mujur aku bawak sedikit bahan bacaan bagi hilangkan rasa bosan diri tika itu. Kami juga sepakat untuk berjalan-jalan dalam ketapi selepas itu, mungkin boleh ke kantin. Namun apa yang terjadi adalah sumenya lena sampai ke pagi, mungkin terlalu enak tidur di atas katil empuk dengan suasana sejuk air-cond nya.



Sekitar 6.30 pagi kami bangun serta tunaikan solat subuh. Setelah itu kelihatan cahaya mentari mula muncul di luar tingkap. Mengikut perangkaan, kami akan sampai di Dabong pada 6.56 pagi namun sekitar jam 7 pagi itu kami baru je sampai di Gua Musang, nampaknya program kami pon akan turut terjejas dek kelewatan ketapi. Selepas itu ketapi terpakse pula berhenti di Stesen Kemubu untuk mengisi air. Kesempatan itu aku gunakan untuk menangkap beberape keping gambar menarik di situ.

 

Kami yang kebosanan menunggu juga telah ke kawasan kantin ketapi, bukan untuk menjamu selera tapi sekadar jenjalan. Ternyata suasana di kantin lebih meriah dengan kelibat ramai orang sedang menjamu selera sambil menikmati pemandangan luar yang dipenuhi ragam penduduk kampong di stesen tersebut.


Setelah kira-kira 20 minit ketapi berhenti, kami pon mula teruskan perjalanan ke Dabong. Lebih kurang 8.30 pagi barulah kami sampai dan terus ke kedai makan bersebelahan stesen untuk bersarapan. Di situ kami bertemu guide kami, Luk dan tidak lama kemudian  kami pon berangkat menaiki van untuk aktiviti pertama kami iaitu penerokaan gua.

akan bersambung.. 

11 comments:

Janggel said...

Best la baca citer ni. Belom pernah lagi naik train yg boleh tido2 ni..nanti nak cuba gak la.

gadisBunga said...

best la jadi korang!!! tak sabar nak gi jenjalan naik ketapi july ni!

- GC - said...

aku penah naik ketapi tapi tak penah merasa yg ada tmpt tido tu.. macam best je..

beautiful_rose said...

wahh...pengembaraan yang menyeronokkan.teringinlah nak buat aktiviti mcm tu.selama bertahun2 hidup tak pernah lagi naik keretapi.
LRT pernah la....

~* chirpy_chummy *~ said...

cpt laa share gmb dlm fb.. x sabar nk tgok..

Al said...

Janggel,
selesa woo tdo ats katil,bl da bkk slimut trus mlayang smp pg

gadisBunga,
nk g mne?nnt citelah cmane ek

GC,
apesal korg x penah nek ketapi tmpt tdo ni
lawakla plak..huhu

beautifu_rose,
try la jelajah dr selatan ke utara ke
msti best dpt tgk tmpt br

chummy,
sbrla sket..br je blk dr kg ni
x lrinya gmbr2 tu..huhu

zazaw said...

eiii besttt nyaaaaaaaa .....
nak sangat terai tau

ghost writer said...

syok betul dengan perjalanan macam nih,dapat melalui tempat2 yang tidak pernah kita sampai..menikmati suasana yang berbeza mengikut tempat yg berbeza..perasaan yang sangat teruja...

Al said...

zazaw,
haha
byk mase lg bl2 pon blh try
x larinya dikejar ketapi tu

ghost,
100 percen sokong!

Azmir said...

Salam bro, thankz for the great info..

Nak tanya la.. ada x no kontek sape2 kat sana utk deal kat dabong and gunung stong.. TQ bro..

Al said...

Wassalam

ni no guide yg bawa kami masa tu
013-6614702 - Luk

gud luck

Related Posts with Thumbnails