Tuesday, March 1, 2011

Siri Expedisi: Bukit Tabur


Masa: 27 Februari 2011
Lokasi: Taman Melawati, Kuala Lumpur

Ini baru btol2 panjat bukit. Bukan setakat hiking je, nak daki Bukit Tabur ni jugak perlu pakai tangan untuk panjat batuan kapur yang kebiasaanya berada pada kedudukan 90 darjah. Sangat sesuai untuk penggemar rock climbing. Bagi aku yang pertama kali ke sini, satu pengalaman baru dapat panjat batu-batu tersebut yang kadangkala disediakan dengan tali untuk kemudahan pendaki. Ditambah dengan suasana hening waktu matahari terbit, tempat ini sangat tepat untuk menikmati keindahan syurga dunia walaupon dikelilingi pembangunan material dengan hutan-hutan batu di sekelilingnya.

Kumpulan kami mendaki Bukit Tabur melalui laluan selatan yang menawarkan pendakian yang lebih mudah berbanding laluan sebelah timur. Dari Shah Alam, kami bertolak pada jam 0420 dan sampai di kaki bukit pada 0510. Selepas melakukan sedikit regangan, pada 0530 kami mulakan pendakian dalam malam gelap berpandukan cahaya lampu suluh. Semasa pendakian terdengar sayup-sayup suara mengaji dari masjid berhampiran. Semasa melalu sebelah cerun bukit, dapat kami lihat lanskap Taman Melawati yang sedang dihiasi neon bergemerlapan.

>

Setelah melalui pendakian yang boleh dikata mudah, kami pon sampai di sebuah puncak yang menawarkan pemandangan penuh matahari terbit pada jam 0630. Sementara menunggu sang matahari muncul, kami sembahyang subuh di situ serta berehat seketika bertemankan angin yang mendayu-dayu menampar muka.



 

Kira-kira selepas pukul 7 pagi, matahari mula menampakkkan sinarnya sedikit demi sedikit. Sinar matahari yang semakin kuat memancar terus menggamit perhatian dan kami tanpa segan silu bergambar bersama sebagai menghargai moment indah itu.










Jam 0800 kami mula bergerak ke puncak seterusnya. Pendakian mula menampakkan belangnya dengan halangan batuan yang curam dan menegak itu. Laluan Bukit Tabur menawarkan pendakian naik dan turun beberapa puncak bukit dan tidak diketahui yang mana puncak sebenarnya.






Seperti yang anda lihat, laluannya cukup mencabar. Bagi yang baru ingin mencuba menawan Bukit Tabur,  diharap dapat bersedia mental dan fizikal sebelom ke sini. Pernah terjadi jugak kes yang tidak diingini seperti terjatuh gaung serta sesat di kawasan ini.

Di sepanjang laluan juga dapat dilihat dengan jelas menara Kuala Lumpur dan menara berkembar Petronas. Di sebelah bertentangan pula kelihatan kampus UIA yang dikenali dengan warna serba birunya. Dikatakan di puncak ke sepuluh dapat dilihat juga kawasan Batu Caves.

Setelah melalui beberapa puncak yang tidak diketahui untuk yang ke berapa, di satu point terdapat laluan untuk turun semula ke bawah. Ya, pendakian di sini tidak memerlukan laluan yang sama untuk turun. Pendakian kami berakhir melalui kawasan dusun pula di lereng bukit tersebut dan kami sampai di parkir semula pada jam 10.00 pagi.


Yang pasti Bukit Tabur menawarkan pengalaman indah tersendiri. Bagi anda yang tinggal di kawasan KL, inilah tempat yang sesuai untuk pendakian anda kerana menawarkan sumenya dari laluan yang mencabar hinggalah keindahan pemandangannya. Satu pengalaman yang tidak akan dilupakan dan pastinya akan berkunjung lagi ke sini.

22 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

best best best! nx tym pegi lagi!!

yg x tahan tu, xtau mn satu peak sebenar. dok naik turun, naik turun..haha

Dark Half said...

memang superb lah pemandangan waktu matahari naik. ada berapa puncak semuanya bukit tabur ni?

kekeke..sempat lagi membaham pisang

Al said...

chummy,
gtulah hrpnya dpt gi lg lenkali

Dark,
org ckp ade 10 puncak sume
tp yg kitorg nek tu da brape puncak pon xtau..

pisang tu mmg khas ntok xpdc ni kot..haha

Bungakopi said...

indahnya...
knp aku cr pic ko xjumpa plak.

gadisBunga said...

teringin nak pegi. tapi kalau naik helikopter pon boleh kot kan?

ngeeeee~

Al said...

Bungakopi,
ade la,yg pkai cap tu..

gadisBunga,
hahah..sori la heli pad xde kat sne
klo nk trun dr heli pkai tali ok je..ngeee

Irwan said...

cayalah Al! kau kena organize lagi banyak2 untuk blogger.

Balik-balik gathering kat shopping complex. Balik2 resort. Nak gak tengok lipan dan ulat gonggok...

Sambil makan pisang melihat mentari..Aksi hamekamehaaa tu bagus! Banyakkan lagi gambar camtu. Barulah fun!

Kau organize trip gi umah cik Una Beri plak nak?

Janggel said...

Best best..Pertama kali aku panjat Bukit Tabur terus insaf dah hahah penat giler!!! Tapi pemandangan memang superb la! Nice.

aziz said...

mantaf nih... mirip nglanggeran

HaNTwO said...

bukit tabur memang best part panjat batu2 tu :)

Al said...

Scuba,
ade ke blogger nk masuk utan?haha
dorg lbh selesa duk bandar je la

serius ke nk g rmh cik Una..hmmm

Janggel,
naik ms da siang ke? klo da tghri mmg akn penat la gk rs, matahari duk ats kepala je ms bejalan naik turun bkit tu..

aziz,
makasih

tp nglanggeran tu ape?haha

HaNTwO,
yup,part panjat tu ak mmg suka
lg tinggi lg nk pnjt

BonekadalamChermin said...

eip!


hai al

sy dh sampai broga
tapi dgr2 trek broga senang

bukit tabur lagi complicated


bleyla organize di suatu hari
kita panjat ramai ramai

oh ya
pisang mmg slalu beri sumber tenaga
runner slalu makan before event

hihi


.

ghost writer said...

ini lar aktiviti aku suatu masa dulu.setiap tempat pasti ada keindahannya yang tersendiri bukan...

momen2 yang sukar untuk dilupakan...

Al said...

BonekadalamChermin,
eip jgk cik azreen
member yg g broga pon ckp yg ni lg ssh
tp itula,igt nk g jgk tgk broga cmane..huhu

trip reramai ek..jom2

ghost,
yup,stiap tmpt ade moment tersendiri yg skr dilupakan

da blk dr bertapa ke? hehe

masMZ said...

Tak pernah sempat lagi nak naik waktu gelap.... biasa memang dah terang.... huuuuu

masMZ said...

Tak pernah sempat lagi nak naik waktu gelap.... biasa memang dah terang.... huuuuu

Al said...

try la
sgt best tau tgk sunrise

AieSha said...

aku pernah naik waktu malam, sambut new year kat sana.. huhu...

Al said...

wahhh..mesti dpt tgk bunga api dr mnara kl kan
sgt mnarik ni,mcm nk jgk rase..hehe

Ika Suhaimi said...

baru je pergi ahad aritu..mmg best..

Al said...

Owh..ok, da up entri lom, nk tau gk cmane..hehe
msti crite lg best dr ni kan...

Janggel said...

hehe actually naik dlm pukul 8 mcm tu, tapi biasa le,nak memanjat2 tu yg penat sebb sterching pon ala kadar haha. lagi mencabar masa turun..sakit lutut.

Related Posts with Thumbnails