Wednesday, April 27, 2011

Peristiwa Bukit Kepong



sambungan dari SINI

Aku pasti ramai yang tahu pasal peristiwa Bukit Kepong kan. Atau paling tidak pon penah dengar dolu2 masa sekolah menengah. Tapi jika aku tanya tau tak kat mane Bukit Kepong ni? Kompem ramai yang geleng kepale. Bahkan aku sendiri pon tak sangka Bukit Kepong ni terletak kat Muar. Sehinggalah kami yang join pertandingan orienteering aritu dibawa ke sini untuk program khidmat masyarakat.

Pagi hari terakhir di Pagoh itu, kami menaiki bas untuk program khidmat masyarakat. Ura2 mengatakan kami akan membersih muzium dan kami mula pikir, ade ke muzium kat kawasan ni. Setelah lebih kurang setengah jam perjalanan melalui kawasan felda, kami sampai di sebuah pekan lama yang nampak agak sunyi. Namun di satu tempat, terdapat banyak bas sedang parking di tepi2 jalan yang pastinya bas dari rombongan kami jugak yang membawa seramai 1000 orang lebih itu. Kami dapat lihat mereka sedang berkumpul di satu kawasan dan ade yang sedang mengecat sebuah banggunan lama di situ yang mana di depannya tertulis Pondok Polis Bukit Kepong. What???pondok polis?



Rombongan kami yang baru sampai ini disambut oleh seorang anggota Rela. Beliau pon mula menceritakan sedikit sebanyak berkenaan sejarah tempat berkenaan. Di sini merupakan tempat di mana peristiwa Bukit Kepong berlaku di zaman komunis dahulu sehingga terbitnya buku peristiwa tersebut sebagai bahan subjek Sejarah untuk SPM. Seramai berbelas orang mati di pondok polis ini semasa mempertahannya dari jatuh di tangan komunis. Mereka kebanyakannya adalah anggota polis yang diketuai Sarjan Jamil serta ahli keluarga masing-masing.

Setelah menceritakan sedikit sejarah Bukit Kepong, angota Rela tersebut mengatakan mungkin kami patut ke kubur tempat bersemadi mangsa yang terkorban. Ini kerana di kawasan pondok polis ini sudah terlalu ramai orang yang sedang membantu sehingga dia pon tak tahu lagi ape yang kami patut tolong. Bagus juga kami datang lambat, boleh melawat kawasan je.

Selain melawat kubur mangsa korban yang terletak berdekatan, kami juga ke atas bukit di kubur tersebut untuk melihat kawasan masjid yang hanya tinggal rangka saje. Selepas itu kami ke pondok polis semula dan diberi kebebasan melihat di sekitar kawasan tersebut.

Banggunan pondok polis ni sebenarnya bukanlah banggunan asal sebab yang asal telah musnah masa kejadian tu. Kapal yang terletak di halaman tu pula adalah kapal lain yang same rekaannya dengan yang asal yang jugak musnah bernombor PA06. Banggunan ni jugak terkena tempias banjir besar 2006 dan 2011 setinggi lebih aras kepala akibat limpahan air sungai di belakangnya. 

Untuk lebih menarik, bila masuk dalam banggunan ni anda boleh rasai pengalaman dipenjara dalam lokap. Cool kan..






6 comments:

.: Si BungaKopi : . said...

seronoknye ko slalu leh g jln2..

My Little Diary said...

bestnya si Ali ni, byk masa betul.
saya pun tak pernah sampai sini.. huhu

Al said...

Bungakopi,
slagi ade ksempatan sbaiknya ak gunakan spenuhnya kan..hehe

My Little Diary,
bl dah ade minat,tentunya kita akn trus brusaha mcapainya,bende lain trus tolak tepi

ak skdr mnusia biase yg dberi ruang utk buat ape yg dhajati

ghost said...

orang kata jangan cuba-cuba masuk dalam sel nanti terkena badi...haha

sila jangan percaya untuk keyakinan diri..hehe

Al said...

sel?

owh ok,mknanya ade baiknya ak x phm ape ko cbe smpkan ni bkn..hehe

Ethan R said...

Lovely blog you have herre

Related Posts with Thumbnails