Sunday, April 24, 2011

Siri Expedisi: Lata Naning dan Air Terjun Chamang



Masa: 16 - 17 April 2011
Lokasi: Bentong, Pahang

Pada mulanya kami ke sini untuk hiking ke Gunung Rajah namun ketentuan Ilahi membataskan hasrat kami. Kami mula trekking dari Air Terjun Chamang pada pukul 4 pagi dalam keadaan hujan sedang mencurah-curah. Berbekalkan cahaya headlamp, kami mulakan trekking melalui trek basah dan lopak-lopak air sepanjang perjalanan. Setelah 3 jam trekking, kami akhirnya sampai di sungai besar yang perlu kami seberang namun apakan daya, arus sungai sangat besar dan deras yang memaksa kami tunggu sehinggalah arus sungai ok semula.

Dari pukul 7 pagi, selame 4 jam kami tunggu air sungai surut bersame geng lain yang senasib dengan kami. Setelah air kembali surut, barulah kami berpeluang menyeberang namun masih perlu berhati-hati.


Sekitar 12.00 tengahari kami sampai di Lata Naning.Tanpa buang masa kami terus memasang fly dan hammock masing2 dan terus lena. Akibatnya trip ke puncak Rajah pon terbatal dek kelesuan akibat terkandas selame 4 jam tadi dan sumenya pon lena sampai ke petang.


Petangnya kami sempat mandi-manda di jeram-jeram kecil di situ. Air sungai yang sejuk dan nyaman menambahkan lagi keseronokan kami hinggalah maghrib datang menjemput. 



Malamnya kami adakan sesi ice breaking yang diselangi gelak ketawa setiap dari kami. Ice breaking kali ni gempak dengan pelbagai idea untuk mengenakan sesame sendiri. Pelbagai isu terbongkar sehinggalah isu peribadi namun kami sepakat bahawa segalanya hanya akan ditinggal di Naning. Setelah itu kami pon tidur dengan nyenyaknya dalam kesejukan bertemankan deruan air terjun sampai ke subuh.

Keesokan harinya sekitar jam 11 pagi kami mulakan perjalanan turun kembali. Semase melalui trek hutan, baru kami perasan ade banyak tanah runtuh di sepanjang laluan kami, begitu juga pokok2 tumbang yang merentangi laluan. Sekitar 1.30 petang kami sampai di checkpoint Batu Besar dan kami teruskan perjalanan melalui jalan balak pula. Kami juga melalui kawasan rumah orang asli dan paip besar sepanjang perjalanan yang mana pada perjalanan malam semasa datang, kami langsung tidak perasan sume ni.








3.00 petang barulah kami sampai semula di kawasan Air terjun Chamang yang merupakan sebuah kawasan rekreasi tersohor. Kelihatan ramai orang sedang mandi di sini walaupon pada aku airnya sangat deras. Namun pemandangan di sini tetap menggamit perasaan dengan keindahan jeramnya itu.



6 comments:

ghost said...

semuanya tempat2 yang sangat indah dan mengasyikkan..dijelajah dengan penuh kepuasan..diteroka dengan hati yang inginkan ketenangan...

Small Hiker said...

Saya akan ke Chamang hujung bulan May! Harap2 cuaca okay dan durian masih banhyak lagi kat area Bentong. HeHeHe!

Al said...

ghost,
haha..ayat2 mu sentiase sje melangkaui pemikiran
sdh smp pringkat langit ke-7 agaknya..hehe

Small Hiker,
owh
tp takkan ke chamang je,tak shoot rajah ke?
ke g picnic family ni..

apepon selamat diucapkan

Unknown said...

seronoknya tengok gambar-gambar pemandangan ni.
rasa macam nak pergi sana jugak.
nak rasa sejuk air,nak rasa sejuk udara..

well,untung kamu ada peluang begitu.

Al said...

well,stiap org ade untungnya sendiri
sy dgn cara bgini, kamu mgkin dgn cara kamu sndiri

apepon bkn slamanya sy akn bgini,mgkn satu hri nnt kamu plk d tmpt sy dan sbaliknya

dill said...

cantiknya air.

Maha Suci Allah.

Miss Dill^^

Related Posts with Thumbnails