Saturday, February 19, 2011

Review Filem: Sanctum


Yeahhh..ekspedisi gua plak. Aku baru je tengok citer ni smalam, 3D plak tuh, bapak mahal, tapi berbaloi. Aku prasan citer ni pon lepas tengok iklan dia banyak kuar kat tv, lepastu bile try cari nak donlod, sume link kena block dah. Last optian, tengok je la kat wayang. Citer ni best sebab memaparkan keadaan terdesak yang real sehingga terpaksa membunuh kawan sendiri untuk terus hidup.

Kisah dia pasal sekumpulan pengembara gua yang cuba meneroka sistem sebuah gua yang belom pernah diteroka manusia, Esa-ala di Papua New Guinea (walaupon pengembaraan sebenar di Gold Coast, Australia). Cerita bermula dengan ketua kumpulan iaitu Carl bersama Victoria dan Josh mahu masuk ke gua tersebut untuk join dengan team dorang yang lain termasuklah ayah Josh, Frank, seorang penyelam berpengalaman. Permulaan yang menarik bila aksi mereka memasuki gua tersebut yang menggunakan teknik rappelling dan untuk lebih cool, Carl hanya terjun menggunakan payung terjun. 


Lepas tu nak dijadikan cerita, bila sume mereka dah masuk gua tu, sistem komunikasi dengan team kat luar plak terputus dimana masa tu ribut taufan sedang melanda. Akibat ribut tersebut, air hujan mencurah ke dalam gua dan menyebabkan gua semakin ditenggelami air. Dalam 4 orang yang memula keluar, hanya 2 yang terus keluar manakala Josh dan seorang orang asli, Loku berpatah balik untuk selamatkan team dorang yang lain.

Semase mereka sedang berusaha untuk keluar inilah seorang demi seorang mati bermula dengan Loku yang cedera parah ditamatkan riwayatnya oleh Frank. Sebelom tu Frank juga telah membunuh Judes dalam satu insiden yang memaksa mereka memilih samada seorang atau kedua-duanya mati. Saat mereka terus mencari jalan keluar, George yang juga cedera telah membunuh diri untuk tidak membebankan team dorang.

Ketika penerokaan 4 orang terakhir itu berterusan yang dilihat ada harapan untuk berjaya keluar, Victoria plak buat hal bila tersangkut rambutnya kat peralatan dorang hingga terkoyak kulit kepala akibat menanggung beban badannya. Memang ngeri jugak macam dalam 127 Hours ketika scene potong tangan tu. Victoria yang panik menggunakan pisau untuk potong rambutnya tapi tali yang dia bergantung juga turut terpotong menyebabkan dia jatuh dalam pusaran air yang ganas dan terus mati disitu.


Pengembaraan seterusnya penuh dengan adegan. Dalam keadaan terdesak itu, Carl mula pentingkan diri telah mengambil satu-satunya hos pernafasan yang tinggal dan meninggalkan Frank dan Josh berdua. Namun mereka bertemu kembali dengan Carl dan berlaku aksi pergaduhan sehingga menyebabkan dua daripada mereka terbunuh. Jadi di pengakhiran cerita hanya seorang je yang survive tapi persoalannya siapakah orang tersebut? Nak tau anda tengoklah sendiri.
satu-satunya yang selamat
Walaopun cerita ni dikatakan based on true story, tapi aku tak yakin sume adegan tu berlaku. Secara personal aku sokong cara Frank buat keputusan sebab dalam keadaan terdesak macamtu, hanya yang terus waras dan tenang je yang boleh buat keputusan yang betol. Even kalo aku sendiri pon tak yakin untuk terus berkeadaan tenang.

Yang pasti cerita ni telah menguatkan azam aku untuk menerokai gua, kalo boleh wat tubing pon dah ok. 



"no matter what happens, you never ever give up"

14 comments:

masMZ KaKiJaLaN said...

wowweeeee..... teruja lakss nak nengok citer nih....

± said...

satu lg film bertemakan xpdc. review menarik. masuk dlm list wajib tonton aku

gadisBunga™ said...

mcm biasa, kalau sempat tgk, akan kutonton. tapi review ni mmg bagus!

Al said...

masMZ,
sile2
x rugi g tgk

Dark,
mgkn ade hikmahnya ak xleh donlod
sbb org kate yg donlod x lawa..haha

tp xpdc gua ak blom wat lg stakat ni

gadisBunga,
review skdr ikut pmikiran ak yg terhad ni je pon

ghost said...

sangat hebat cerita nih..pasti tentang perjuangan hidup lagi kan..i so like it.apa lagi ia dibintangi oleh pelakon-pelakon yang tak kurang hebatnya..arahan james cameron tidalk pernah mengecewakan...

DONT GIVE UP!

Sca Ndx said...

waw macam best baca review ko ni.
tapi tunggu keluar link balik lah dload.

nak ke wayang takde duit. huhu

Al said...

ghost writer,
ak x knl pelakon2 dia..haha
tp sentuhan james cameron mmg hebat
gna teknik animasi 3D mcm avatar gk

Sca Ndx,
pkai cra tmampu..huhu
cme kne tuggu jp kot

beautiful_rose said...

wah mcm best jerk citer nieh.nak try tgk lah nanti.

Marhaenonymous said...

dah lama aku tak jejak kaki kat panggung wayang..cerita ni mesti best kan??

Al said...

beautiful_rose,
ok sila try tgk..hehe

Pena Marhaen,
sgt best bg ak
bg ko hny ko blh bgtau..

Kancilbiru said...

ramai dah cakap cerita ni best...kena tgk nih..

Al said...

a'ah cite mmg best
mgkn dia nyer 3D grafik je kot yg kureng sket

AieSha said...

nice review bro.. nnt nak pi tgk jugak!

Al said...

sila2
tp harga tket tu blh thn jgk lah..haha

Related Posts with Thumbnails