Friday, March 18, 2011

Tip: Hindari kahwin wanita yang enam


Jangan engkau kahwini wanita yang enam (6). Jangan yang ANANAH, yang MANANAH, dan yang HANANAH. Jangan engkau kahwini juga wanita yang HADAQAH, yang BARAQAH dan yang SYADAQAH. 

 

Wanita Ananah:- Banyak mengeluh dan mengadu. Tiap saat mengolok-olokkan sakit atau buat-buat sakit.


Wanita Mananah:- Suka membangkit-bangkitkan sesuatu perkara terhadap suami. Wanita jenis ini sering mengatakan, "Aku melakukan itu keranamu".

Wanita Hananah:- Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain. Yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya daripada suami yang lain.

Wanita Hadaqah:- Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap-tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:- Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari megilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan sebahagiannya.

Wanita Syadaqah:- Banyak mengatakan sesuatu yang tidak menentu.


Dicatat oleh Imam Ghazali...

7 comments:

beautiful_rose said...

minta2 dijauhkan dari semua sifat itu.

Siti Noor Aminah said...

bagus entri ni, walopun di copy & paste. good.

± said...

gud info, Al
tak penah tau tentang sifat2 ni

Al said...

beautiful_rose,
amiiiin..

GC,
ak skdr berkongsi..huhu

Dark,
ak pon br je tau
rse cm mnarik so trus copy..hehe

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
nice info..terimakasih sebb kongsi

♥ AyaHikari ♥ said...

suke entry neh..ssangat berguna bg sy .:D

Al said...

syukur dpt mmbantu..hehe

Related Posts with Thumbnails