Lokasi: Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Kali ni aku ke Gunung Angsi atas dasar sukarela sertai sebagai guide untuk program pendakian amal oleh bekas fakulti aku dulu bersama Timbalan Naib Canselor HEPA. Nak lagi menarik, kami juga secara kebetulan disertai pelatih2 bekas persatuan aku iaitu Kembara yang membawa pelatih seramai 50 orang lebih. Namun skuad Kembara ke sana untuk perkhemahan mereka di Hutan Rekreasi Ulu Bendul tersebut sedangkan kami dari FKE hanya untuk pendakian hari sahaja.
Checkpoint 1 |
Pendakian bermula pada pukul 10 pagi. Setelah melalui sepanjang sungai bertemankan paip besar, kami sampai di Checkpoint 1 sejam kemudian. Peserta FKE yang kebanyakannya first timer masih ok sepanjang penjalanan dan setengah jam kemudian kami sampai di checkpoint Jeram Kak Lang aka Kem Tangga Batu dan kami berhenti rehat untuk seketika.
Setelah itu kami teruskan perjalanan melalui lintasan sungai berdekatan Jeram Kak Lang. Lebih kurang setengah jam kemudian kami pon menyeberangi sungai terakhir sebelom mendaki sehingga ke puncak. Pendakian yang mencongak 50 darjah dan boleh dilihat laluan panjangnya itu dari bawah sedikit sebanyak menguji jiwa peserta untuk terus mendaki. Mujurlah terdapat juga team lain yang sedang berehat di pertengahan pendakian dan bersama mereka kami teruskan perjalanan secara slow dan stedi.
Setelah berkenalan secara kasar, tahulah kami team yang mendaki bersama kami itu adalah dari kolej UTC dari Melaka yang juga sebuah kolej bersekutu UiTM. Nampaknya hari tersebut adalah hari peserta dari UiTM menawan Angsi. Jika dibilang keseluruhan peserta boleh mencecah 100 orang pada pendakian tersebut.
Bukit Botak |
Hampir setengah jam selepas Bukit Botak, dimana peserta sudah mengeluh panjang dan tidak bermaya, sampailah kami di puncak Gunung Angsi pada pukul 2 petang. Untuk membawa peserta yang ramai pada kali ini, adalah normal kami mengambil masa 4 jam untuk sampai di puncak.
Di puncak yang panas yang jelas itu, kebanyakan peserta tanpa membuang masa berehat melepaskan lelah serta ade yang terus menjamu selera dengan bekalan yang dibawa. Selama sejam kami di puncak juga dipenuhi dengan aktiviti yang tidak asing lagi iaitu bergambar bersame-same.
Pukul 3 petang kumpulan 100 orang kami turun serentak dari puncak. Atas dasar nama kembara amal, kami diberi beg sampah untuk diisi dengan sampah yang akan kami jumpai sepanjang perjalanan turun itu. Seperti dijangka bilangan kami yang ramai menyebabkan berlaku kesesakan yang teruk di Bukit Botak.
Di pertengahan perjalanan turun juga tedapat 2 orang peserta tercedera kaki, seorang dari UTC dan seorang lagi merupakan pelatih Kembara. Peserta dari UTC langsung tidak dapat berjalan menyebabkan kami terpaksa dukung secara bergilir-gilir termasuklah aku. Wah, baru aku tau betapa seksanya apabila terpakse mendukung orang yang besar panjang ni, jauh bezanya dengan situasi aku dukung anak buah suatu tika dulu..haha. Nasib baik bukan masa mendaki. Manakala pelatih Kembara pula masih boleh berjalan perlahan-lahan sambil dibantu rakan-rakan.
Suatu pengalaman baru bagi aku membawa peserta yang tercedera dan sampai semula di bawah dalam keadaan hari yang sudah gelap. Apepon pendakian kami berbaloi kerana kami sempat berbakti kepada bumi dengan secara sukarela mengutip sampah2 yang ditinggalkan pendaki lain semasa perjalanan turun.
11 comments:
bestnya xpdc hiking....jeles nk join gak..lama dh sy tak hiking...
teringinnya nak join..
best aktiviti lasak2 camni.
dlu penang naek gunung bongsu je kat lumut
ishhh.. sonok plak aku tengok.. kalo lah aku masih remaja.. haha..
waahh..xpenah pegi ni!
mmg mencabar gilerrrr..kn dukung org tua.walla! pastu sure nek ketul2 kt lengan.huhu
ok gak kan? tu sbg latihan nk angkat bini nnt..kakakaka
tempat saya nieyh..tpi xpenah pnjat smpai atas lgi..hik2..
pergh. panjang. lengkap. mmg blog xpdc terbaiklah!
tak pernah panjat memanjat ni... hehe
CikMakhlukBumi,
mmg best dpt hayati keindahan bumi kn
kdg2 mampu bwk ksn bsr thdp seseorg
ika~~,
akn ade mse nnt dpt join blk xtvt cmni
aslkn ade kmahuan d situ ade jln..hehe
GC,
omor ko brp skrg?da tua nyanyuk ke?
mcm la tkongkong sgt smp x leh nk berxtvt..huhu
Chummy,
uish komen dia..
xpelah tlg gelak gk...kakakaka
mrs.cokelat,
owh ye ke
ni msti slalu g mndi kt tmn hutan liput tu kn
best la duk dkt ngn kwsn cmtu
gadisBunga,
ok la
slain utk rjukn sndiri d mse dpn
blh gk jd rjukan utk org lain kan
My Little Diary,
try la wat hiking ni
mne tau lps ni jd mnt plk..hehe
oh, memang blog ni untuk xtvt rekreasi je ke? interesting! suka tgk anda berxpdc.lama tak hiking.nk ikot pliss!
xde lah
xtvt tu sume sbg selingan je
klo btol2 nk ikut,blh saje..hehe
Post a Comment