Friday, February 4, 2011

Siri Rekreasi: Canopy Walk


sambungan dari SINI

Hari ketiga di Hutan Lipur Sungai Sedim adalah menikmati perjalanan di atas canopy walk yang terpanjang di dunia dari kategori buatan besi. Bukan macam yang kat Taman Negara yang pakai kayu dan laluan dari pokok ke pokok tu. Yang ni hanya melibatkan penggunaan besi dan dicantum dengan skru menggunakan hanya tenaga manusia supaya kehidupan flora dan fauna di situ tidak terjejas. Hasil dari buah pikiran Tun Dr Mahathir, projek sepanjang 925 meter ni dimulakan pada 2004 untuk meningkatkan aktiviti pelancongan di Negeri Kedah Darul Aman.


Dinamakan Tree Top Walk, ia menawarkan perjalanan menerusi celah-celah pokok aras kanopi serta melintasi sungai yang juga merupakan sempadan daerah Kulim dan Baling. Dengan bayaran tiket sebanyak RM10, perkara utama yang bermain di pikiran tentulah perasaan gayat terutama bagi yang fobia dengan ketinggian, dan pastinya bukan aku. Berjalan di atas besi yang jarang boleh membuatkan kaki anda berpeluh seperti dialami kawan aku yang sememangnya takut kepada ketinggian.



Di sepanjang perjalanan juga diselitkan dengan pelbagai info tentang flora yang boleh dijadikan maklumat berguna untuk anda.


Ape yang lagi menarik adalah ketika anda berada di atas batang sungai yang merupakan tempat paling tinggi di situ iaitu setinggi 26.05 meter. Pemandangan ke dalam sungai yang dalam itu membuatkan aku terpikir untuk mencuba aktiviti bungee jumping. Mesti best.



Selepas menikmati pemandangan hutan selame sejam itu, kami pon balik ke campsite semula.Sebelom malam menjelma, sempat juga kami mandi di sungai dan menghabiskan masa berborak-borak dan bermain game di campsite. Kami juga bersiap memasak dinner untuk malam terakhir kami di situ.



Setelah sume peserta kekenyangan menikmati dinner yang sedikit  mewah walaopun beralaskan plastik sampah itu, kami terus merehatkan diri dan menanti dengan penuh debaran untuk aktiviti white water rafting yang akan dilakukan pada keesokan harinya.


bersambung...

6 comments:

gadisBunga™ said...

hahaha...makan panjang-panjang macam tu....cool!

Al said...

kewl ke?

hmmmm..

Amirez said...

terpanjang di dunia? wah, hebat. teringin gak nak ke sana satu hari nanti

Al said...

terpanjang di dunia ktegori besi,wlaopun x smp 1km pon. yg kat tmn negara tu ktegori kayu,wlaopun pnjg 4km lebih ,msh bkn yg plg pnjg.

tp rsenya yg kat tmn negara lg best

Al said...

*opps pnjg knopi kayu 4km taman negara tu mgkn fakta yg salah.xpsti skrg brp pnjg dia

Waukegan TV Repairs said...

Thankss for writing

Related Posts with Thumbnails