Thursday, February 24, 2011

Dialah Blogger Mental Itu



Tetibe aku rase nak bercakap pasal mamat ni. Ntah dari mana datang idea masa aku duk tengah pikir nak buat ape hujung minggu ni lepas da terlepas dari formaliti yang menyeksakan jiwa sekejap minggu lepas.Walaupon tak berape nak selari dengan konsep aku yang menulis berkaitan diri aku je, kali ni aku cuba keluar sket dari kepompong tu. Aku nak bercakap pasal dia dari perspektif aku lak. Tapi kenape mamat ni? Sebabnya dia ade suatu sikap enthusiastic dan kegigihan yang tinggi yang telah menarik perhatian aku di kala ini. Yang pasti mamat ni memang gila, walaupon tidak disahkan oleh sebarang surat doktor sakit jiwa.

Awal-awal aku terjah blog dia dulu pon si Dark Half yang suggest. Bila masuk tengok isi blog skizo dia tu, aku pikir pemende yang spesel sangat sampai Dark Half pomot cenggitu skali sampai kat emel aku pon datang terjah. So aku wat derk je la. Lepas dah sekian lama barulah aku mula nampak. Rupenya dulu dia seorang peminat fanzine dan suka menulis. Lepas dah aktiviti indie makin tenggelam, skali material2 zine dia pon terkubur cenggitu je. 

Mungkin sudah suratan, mamat bernama Irwan aka Scuba ni jumpa dunia blogoshere ni. Dan secara refleks semangat dia datang kembali untuk mempromot dan menyiarkan zine dia yang duk terperap tu macam katak yang baru lepas berjaya panggil hujan. Bila dalam bersemangat tu, idea jugak datang melimpah ruah sehinggalah hari ini pon. Jadi aku tak hairan bila dia mampu conduct 6 blog sekaligus dengan update yang kebanyakannya pada frekuensi yang tinggi. Korang mampu?


Pergi kepada satu persatu blog dia. Blog utama tentulah Aku Skizo yang mentransform kembali cebisan2 zine dia dulu. Blog tukang komen plak untuk mengomen setiap entri blogger lain yang dirasakan bagus sehingga membawa kepada ramai haters dan anons, tak kurang juga yang berterima kasih. Payabesarpedas plak bekaitan hal keagamaan, selari dengan pendekatan aliran tabligh dalam dirinya. Sementara My wife and kids plak dah tentu didedicate untuk family dengan pelbagai gambar kegembiraan bersama bini dan 2 orang anak tersayang. Blog ke 5 adalah life is more than just a dot, pelbagai versi berkaitan kehidupan, tapi kini dah jadi gigling the Google lak. Dah kering idea ke ape. Last skali blog budak welding plak yang baru je beroperasi dengan satu siri cerita berangkai 'Aku nak berenti kerja'. 

Gigling the Google baru je aku tau dan tak berape nak paham tapi lepas bace ni baru aku mengerti. Mengambil ungkapan dari blog tu "sometimes, the idea came out like a pouring rush of rapids, engulffing(?) me, taking me into its abyss, so what i do; i categorize each ideas into tabs. thus came out 4 blogs like payabesarpedas, akuskizo, aderberani, and my lovely 'mywife n kids'... to blogwalk each is time consuming and tiring.so i came out with this blog with links to my other blogs only. this way i only have to blogwalk one blog.giggling the google is giving images found via the Google Image Search a new meaning. I am terribly sorry for this thus would like to extend my blanket permission to use your pictures.what a waste letting it floats in the net like that...lets giggle the google and get paid doing it.so yeah", Scuba. Ok sila pahamkan sendiri.

Apa yang orang nampak pada mamat yang dah pon mencecah usia 33 tahun ni, atau dengan kata lain apa yang aku nampak pada pemikiran orang pasal mamat ni, dia adalah seorang yang bajet sangat bagus dan sifat bossinya yang begitu ketara. Mungkin ade kena mengena dengan sifat dari kezodiakannya. Buat permulaan ramai yang tidak suka berbanding sudi berkawan, macam penah terjadi ngan geng yang so called sosialistas dulu. Tapi klo da bossi nk wat camane, takkan berganjak punya. Tapi dia masih optimis, percaya kawan boleh bermula sebagai  musuh. Aku suka itu.

Antara blog dia tu, boleh kata aku sukacita (tak tau perkataan apa yg sesuai) sebab aku nampak blog payabesarpedas paling mendapat penerimaan, dengan berdasarkan kepada bilangan followernya yang hampir mencecah 300 orang. Kiranya boleh dikata hal keagamaan masih menjadi keutamaan bloggers zaman sekarang. Satu realiti yang telah mencantas pemikiran aku terhadap dunia blog.

Dan untuk update terbaru, dia sedang mempromosikan diri untuk join kalangan grup penulis blog macam Terfaktab, Sarkasis dan 100 penulis. Tapi aku sangsi dia boleh masuk tak ngan geng budak2 ni dengan cara dia tu. Paling terbaru, mamat saiko ni sedang addicted dengan dunia twitter. Tetiba dia boleh discover twitter lak, pastu dengan ade henfon line maxis yang free tu, faham2 sendirilah, sepanjang masa update status.  Ok itu dia punya hal.

Ok stakat ni saje, entri ni skadar pencerahan serba kurang dari aku, satu pemerhatian terhadap seorang blogger yang kaya dengan cerita hidup, dari seorang mat indie kepada seorang pengikut tabligh. Yang pasti banyak benda akan keluar dari mamat ni. As for me, boleh layanla...kehkehkeh

14 comments:

gadisBunga™ said...

panjang!

kene amik nafas jap nak membacanya.

Al said...

haha
sori advance sket kot
xpe,hadam pelan2

ghost said...

aku skizo tuh aku selalu berada dalam keskizoan dia..malah dia terus desak aku untuk continue citer 'aku nak berenti kerja' dari kesinambungan 'Eszol'.haha...

dia memang hebat.rawkkk

Al said...

haha
dah mmg dia bgitu
dah thp parah..xleh nk wat ape dah..kahkahkah

~* chirpy_chummy *~ said...

yezzaa...pelik tp benar. chummy pn slalu je promot blogssss dia kt kengkawan. n know wut they said? "berapa byk dia ni pny blog? giler byk idea dia ni!"




ggg

± said...

aku gelakk je baca entry kau ni. jom kita buli scuba nakk? kita lak jadi bos. amacam? adeberani?

Al said...

chummy,
tu dia punya kelebihan kan
cmane la dpt pikir banyak bende skaligus
ade pkai ilmu kot..kahkahak

Dark,
jom kita belasah ramai2..haha
igt dia tua sket blh buli org cmtu je ke
igt org lain suka?..ggg

Marhaenonymous said...

scuba mmg skizo..hehe

Al said...

ok tuan pengetua pon datang sokong
ade can jatuhkan regim skizo nih..hehe

~* chirpy_chummy *~ said...

nmpk gaya tuan empunya diri x menimbulkan diri d cni.. wait n c..

Al said...

tgh addicted ngn dunia twitter lg tu
pyh btol org tua bl da ketagih ni..hahah

~* chirpy_chummy *~ said...

ggg.. adehh.. kalo bley 'like' komen, mau je nk 'like' yg kt atas ni..muahahaa

Irwan said...

ohh..ngutuk aku yer? takper..aku suka kutukan...

kebanyakan yang kau tulis kat sini adalah salah faham, Al...

seperti yang aku katakan masa kau emo nak hentikan blog dulu, kita kena ada plan masa buat blog. Paling basic: ada niche target:

payabesarpedas: orang Islam. Especially Melayu Malaysia, especially tabligh dan tarekat, especially budak2 baru nak kembali

akuskizo: budak2 lepas SPM dan yang ada masalah kendiri

tukangkomen: bloggers

mywifenkids: family bloggers, blogshops, photoblogs, etc

giggling: u got this one right

budak welding : this should attack the welders and contractors in malaysia tapi aku sibuk sikit. Cerita aku nak berenti kerja tu adalah sesuatu yang dah lama aku nak buat. Tunggulah fasa ketiga nantik (sekarang fassa kedua). Blog tu akan jadi blog paling hot nantik. Insya Allah dan semoga kalian beri sokongan...

Aku tak saiko. Aku cuma tak suka biarkan otak aku ni kosong. An idle mind is a devil playground.

Pasal aku nak join terfaktab dan lain-lain tu, tu saja jer tu. Aku tau memang takkan boleh punya. Tapi symbolicly, I am offering friendship to them. See what I got in return? So they can't blame me for being cruel to them, blogsopherily (ada ke perkataaan ni?)

Apa-apa pun, aku suka sikap kau yang wait and see dan amat berhati-hati. You sound like a good leader. I am not a leader. I am a challenger dan aku biasanya duduk di barisan hadapan (ke sensorang?) dalam peperangan...

Like today...

p/s: aku dah komen dulu tapi tak sempat nak publish sebab credit kat cc dah habis...

Al said...

hahah
tuan tanah punya penerangan cukup spesifik
bgus btol ko ade plan detail cmtu skali
ak main harung je blogging ni

psl saiko tu,jgn amik ati sgt..

me sound like a good leader?kahkahkah
jgn mdh wat konklusi, sbb ak mgkn sebaliknya..

Related Posts with Thumbnails