Monday, February 7, 2011

7 Keajaiban Dunia



Tau tak korang yang 7 keajaiban dunia bukanlah berjumlah 7 sumenya? Ya, setiap masa 7 keajaiban ini akan bertambah dan pelbagai kategori dicipta untuk membezakan setiap penemuan tersebut. Jadi sebagai permulaan biarlah kita kenal dulu 7 keajaiban dunia yang mula2 diisytiharkan dan kini dipanggil 7 Keajaiban Dunia Purba.

Piramid Giza


Juga dikenali sebagai Piramid Khufu dan Piramid Cheops, ia merupakan piramid tertua, terbesar dan satu2nya daripada 7 keajaiban dunia yang masih kekal seperti bentuk asal. Terletak di selatan Sungai Nil, Cairo, ia setinggi 450 kaki dan seluas 13 ekar tanah. Dibina pada zama Firaun Khufu sekitar 2560 sebelom Masihi, ia juga unik kerana setiap sisinya mengorientasikan ke arah 4 arah utama iaitu utara, selatan, timur dan barat.
Patung Gergasi Zeus


Patung Zeus dibina sekitar 457 SM di bandar Yunani kuno Olympia, di mana Sukan Olimpik pertama diadakan. Patung ini terletak di sebuah kuil yang dibina untuk menghormati Tuhan Zeus. Struktur melibatkan patung Zeus duduk di atas takhta kerajaan, berpakaikan jubah emas dengan megahnya. Kuil, bersama-sama dengan patung, hancur dalam kebakaran besar pada 462 AD. Ape yang ade hari ini adalah serpihan kuil yang jatuh dan dasar asal strukturnya.

 Taman Tergantung Babylon


Terletak di Babylon di Iraq, Taman Tergantung dibina pada tahun 600 SM oleh raja Nebukadnezar II. Taman ini dibina untuk salah satu isterinya, Amuhia yang mendambakan pohon dan tanaman harum di tanah air Parsi. Tersebar di kawasan seluas 400 meter persegi dan tergantung sekitar 75 meter di atas permukaan tanah, ia hancur setelah abad ke-2 SM, disebabkan beberapa gempa bumi. Memang cantik dan menakjubkan!

Makam di Halicarnassus


Makam Halicarnassus adalah makam Maussollos, seorang raja wilayah Empayar Parsi dan isterinya, Artemisia, yang dibina antara 353 dan 350 SM, di Halicarnassus, bandar Bodrum sekarang di Turki. Struktur setinggi 135 kaki ini direka oleh arkitek Yunani, Pythius dan Satyrus. Monumen menakjubkan ini hancur dalam gempa bumi pada abad 15. Hanya beberapa serpihan dan asas makam ade pada hari ini.

Kuil Artemis



Kuil Artemis, juga disebut Kuil Diana, adalah kuil Yunani yang terletak di bandar Yunani di Efesus, di pantai barat Turki. Dibangun sekitar 550 SM, ia memiliki atap kayu yang tertutup dan tempat perlindungan marmar. Sementara candi asli dibakar di 356 SM, kuil kedua dibina di atas dasar yang sama hancur oleh kebakaran di 262 AD. 

The Colossus of Rhodes 


Pembangunan Colossus mengambil 12 tahun dan telah selesai pada 282 SM. Ianya adalah patung Dewa Matahari (Helios) dibuat dari gangsa dan diperkuatkan dengan besi. Patung besar berketinggian 32M ini berdiri di pelabuhan Mandrakion. Selama bertahun-tahun, patung itu berdiri di pintu masuk pelabuhan, sampailah gempa kuat melanda Rhodes sekitar 226 SM. Bandar ini rosak teruk, dan Colossus rosak pada titik terlemahnya iaitu di lutut.
 
Rumah Api Alexandria

 

Dikenali juga sebagai Pharos Alexandria, ia adalah menara yang dibina di 270 SM di pulau Pharos kuno di pelabuhan Alexandria di Mesir, dengan tujuan membimbing pelaut ke pelabuhan pada waktu malam. Dengan ketinggian sekitar 400 kaki di atas tanah, struktur menara adalah buatan manusia tertinggi di Bumi selama berabad-abad. Ia mempunyai cermin yang boleh memantulkan sinar matahari ke jarak yang sangat panjang. Dibina pada masa pemerintahan Raja Ptolemy II dan direka oleh arkitek Sostratus Greek, rumah api ini hancur secara berperingkat oleh sejumlah gempa bumi pada abad ke 14. Rumah Api Alexandria juga merupakan yang terkini dari semua enam keajaiban dunia yang telah menghilang. 

*******************************

Namun yang lebih menjadi keutamaan aku tentulah 7 Keajaiban Semula Jadi macam kat bawah ni. Ciptaan tuhan la katekan. 

 

Menakjubkan bukan. Selain ni ade lagi kategori yang terus menerus diperkenalkan seperi Keajaiban Moden, Keajaiban Tarikan Pelancongan, Keajaiban Baru, Keajaiban Dalam Air. Macam-macam...

Tahun 2011, senarai 7 keajaiban dunia baru pon dicadangkan dan diundi. Ade yang pertama kali masuk list,ade yang stay dan ade gak yang tersenarai lagi. Nak wat camane, dah setiap tahun asyik bertukar je. Last2 bende yang dipanggil 7 je ni akan jadi beribu-ribu. Apepon sume tempat ni sangat menarik, dan anda patut melawat tapi jangan tanya aku sebab aku takde ongkos untuk pergi ke tempat camni buat masa ni.


sumber;
id.wikipedia.org
qaiyimdotcom.blogspot.com
gpfandhra.blogspot.com
www.icbse.org
www.buzzle.com
radensomad.com

13 comments:

masMZ KaKiJaLaN said...

nak pi victoria fall.. (ermmm)
nak daki everest (fuhhhhh kalau dapat macam mimpi jadi kenyataan! daydream tiga empat bulan!)
nak menyelam kat great barrier (sah gue dalam mimpi!)

± said...

dalam byk2 keajaiban dunia tu, aku teringin nak tengok aurora

Al said...

MasMZ,
haha xpe
sume bende hebat pon bermula ngn angan2 ape

Dark,
bende yg pling mnarik tu
kite mmpu kagum je la,x mampu nk pkir mekanisma asal kjadian tuhan ni

Kech Hidayah said...

cantiknya aurora!

ghost said...

aku sama macam darkhalf..pasti aku kepingin untuk melihat dengan sendiri aurora borealis...sangat menakjubkan..SubahanAllah..

beautiful_rose said...

7 keajaiban dunia ciptaan manusia.macam mana agaknya org zaman dulu boleh bina patung sebesar itu? taman yang tergantung,dengan piramid yang gah macam tu.kagum!

tapi lagi kagum dan unik 7 keajaiabn ciptaan tuhan.nampak something y luar biasa yang manusia tak mampu nak lakukan.

Al said...

Kech hidayah,
mmg cantik
ak pon br tau je psl bnde ni

ghost writer,
nmpknya aurora mnjd keutamaan
normal jika kite nk tgk ssuatu yg mnakjubkan
mnunjukkan btape kerdilnya kite kan

beautiful_rose,
shebat ciptaan mnusia pon dbrikan akal oleh Dia..huhu

ishiko said...

usahkan melawat... dapat tgk gamba pun da puas hati.. masyallah..

HaN WarreN said...

kalo la daku banyak duit konfem semua tempat ni dah g huhuhu..

Al said...

ishiko,
klau ade pluang mst nk gi gk kan kan

HaNTwo,
daku pon same..huhuhu

emy said...

pengen banget datengin satu2 deh,,tapi lebih interest ngeliat aurora

AieSha said...

nice info bro!

Al said...

emy,
owh nampaknya ramai vote untuk aurora
insyaAllah harapan kamu jadi kenyataan nanti

Aie,
sekadar perkongsian bersama..hehe

Related Posts with Thumbnails