Monday, July 18, 2011

Mount Berembun Green Challenge 2011


Acara climbathon kat Gunung Berembun ni dianjurkan oleh Persatuan Kembara Negara pada Sabtu, 16 Julai lepas. Kitorang dapat panggilan untuk join acara ni sebagai kru teknikal pun agak lewat iaitu pada Selasa sebelumnya. Nasib baik aku takde apa-apa akrtiviti minggu tu, so terus je angguk kepala, daripada duk terperuk kat rumah baik gi jenjalan kan.

Petang Khamis tu kami dah kena gerak ke dari Shah Alam dengan bas. Dalam pukul 1 pagi barulah sampai di Hutan Lipur Chemerong di Dungun ni.

Malam tu takde ape aktiviti pun untuk dibuat sebab taklimat pasal program pun pada pagi besoknya. Jadi kami terus saje pasang khemah untuk tido. Tapi sebelum tido sempat lagi baham 2 paket maggi, nampak sangat kami kelaparan.

Pagi Jumaatnya kami diberikan taklimat pasal checkpoint (CP) yang perlu kami jaga sepanjang acara besoknya. Oleh sebab ni bukan acara larian merentas desa biase yang setiap checkpointnya boleh diakses dengan naik motor je, kami perlu gerak ke CP yang kami jaga tu pagi tu jugak. Ingat kejap ke nak sampai ke setiap CP tu? paling awal pun 3 jam jugak nak kena daki gunung tu.

Untuk ringkaskan cerita, aku dapat CP Lata Lansir. Orang cakap tempat ni lawa, so ok lah kot. Tapi ramai yang cakap CP ni yang paling susah dan paling lama nak sampai, sebab trek dia biasenya orang lalu masa turun, tapi kami nak daki pakai trek ni. Redah je lah asal berbaloi...

Dalam 12 tengahari kami mula mendaki. Awal-awal lagi trek dia dan mencongak, siap pakai tali.  Belom pon sampai ke CP 1, iaiti Kem Balak, ramai dan mula semput. Akhirnya dekat pukul 3 petang sampai jugak di Kem Balak. Tapi aku kena mendaki lagi untuk sampai di Lata Lansir..huhu. Beruntung sape yang jaga kat sini.



Dekat pukul 4 petang grup yang jaga di CP lain pon mula mendaki semula termasuklah aku. Dalam setengah jam mendaki, kami  sampai di simpang yang mana grup aku akan melalui trek ke Lata Lansir dan terpaksa berpecah dari grup lain yang jaga di CP Kem Y dan CP puncak Gunung Berembun.

Grup aku yang terdiri dari 4 orang pun teruskan perjalanan dengan mendaki Bukit Chemerong. Pendakian kami sedikit perlahan sebab dalam masa yang sama kami perlu buat marking sepanjang trek untuk kemudahan peserta. Setelah bersusah payah mendaki, kami lalui pula trek menurun yang disangkakan panas ke petang dengan sampai di sebuah sungai bernama Sungai Bangang. Tapi selepas itu kami terpaksa mendaki lagi dengan trek yang mencongak ditambah pula hari yang sudah malam, tapi lebih menyeksakan hujan gerimis mula turun membasah bumi.




Setelah sekian lama berjalan dalam kegelapan malam bertemankan cahaya headlamp, kami pun sampai jugak di Lata Lansir pada jam 8.30 malam. Dalam kesejukan, kami terus siapkan tempat untuk tidur dan memasak makan malam ala kadar sebelum masing-masing lena diulit mimpi dalan kesejukan malam. Besok kami perlu bangkit awal pagi untuk siapkan tempat CP dan menunggu pesertayang akan melalui tempat kami.


akan bersambung....

8 comments:

My Little Diary said...

huuuu giler best ni, happening tul..!!

kemang~ said...

teringin nk join next expedisi.,huhu

Al said...

Little Diary,
happening la sgt, blk je terus demam..huhu

kemang,
skrg ni byk je xpdc nek gunung, try g kt gunung online..

blog-tips-kurus said...

rajin mendaki ye? macam tengok katun jepun.. boleh join Pers. Kembara tu ke?

Al said...

ade kaitan ngn katun jepun plk ke?cmane tu..haha

xtaula cmne nk join persatuan tu,yg tau dorg tu sume da master dlm xtvt hiking ni..

ghost said...

membuat trek baru sekalipun untuk memendekkan jarak masih melambatkan pergerakkan.

dalam keadaan letih kadang2 nak makan pun takde selera,biasanya lebih suka makanan ringan selepas mandi sebelum tidur.awal pagi baru makan,sebagai tenaga.

tapi ia memang suatu yang menyeronokkan.

zulkoa said...

mcm menakutkan je pic paling bawah..

Al said...

ghost,
pengalaman sndiri ke ghost? ak hampir lupe yg ko pon slalu msuk utan kn..

ubi,
xde apelah,tu mse wktu maghrib, dgn ujan rintik2 dan kabus d skeliling..menarik sbnarnye ms tu

Related Posts with Thumbnails