Wednesday, May 4, 2011

Siri Expedisi: Pulau Perhentian



Masa: 30 April - 2 Mei 2011
Lokasi: Besut, Terengganu

Sempena cuti Hari Buruh yang lalu kami mengambil kesempatan mengembara ke Pulau Perhentian yang dikatakan mempunyai pantai tercantik di Malaysia. Daripada pengalaman kami di sana, jolokan itu adalah tepat sekali diberikan kepada tempat tersebut. Di samping menghayati pemandangan sekitar pulau berkenaan yang sejuk mata memandang dengan air kebiruan dan pantai memutih, kami juga sempat merasai aktiviti2 menarik seperti snorkelling melihat ikan yu serta terumbu karang dan juga bermain dengan penyu di laut.


Kami berempat sampai di jeti Kuala Besut pada pagi 30hb 4, dan sempat membeli sedikit bekalan sebelom menaiki bot untuk ke pulau. Mungkin sebab cuti Hari Buruh, kat jeti tu penuh ngan macam2 ragam manusia terutamanya pelancong asing, sume bersesak-sesak untuk menaiki bot. Manakala kami pula terpakse tunggu hampir 1 jam untuk naik bot sebab bot kami sedang menghantar trip sebelomnya. Setelah bot sampai, bermulalah perjalanan kami ke pulau yang mengambil masa hampir setengah jam dari jeti.







 

Pada hari pertama kami di Perhentian Kecil, tiade aktiviti khusus yang kami lakukan. Setelah makan tengahari, kami hanya berjalan meronda ke kawasan tepi pantai sekitar. Sambil lepak tepi pantai bermain gitar yang dibawa, kami juga sempat merasa mandi air laut bertemankan gamat yang memenuhi dasar pantai tersebut. Sebelom senja kami dibawa ke Long Beach yang merupakan kawasan pantai tersohor terutamanya bagi pelancong asing untuk berjemur. Manakala malamnya diisi dengan aktiviti bbq.

 











Hari kedua kami dipenuhi dengan aktiviti snorkelling. Setelah sarapan, kami mula menaiki bot untuk ke point2 snorkelling sambil membawa peralatan seperti mask, fin dan life jacket. Lokasi pertama kami ialah coral point yng merupakan syurga terumbung karang. Pelbagai bentuk dan warna terumbu karang terdapat di sini. Seterusnya kami ke Shark Point pula untuk melihat kelibat ikan yu. Sempat la jugak kami melihat ikan yu yang galak berenang di dasar laut itu. Setelah itu kami ke tempat air di satu sudut pulau untk membasahkan badan dengan air tawar pula. Sebelom kami balik untuk makan tengahari, kami ke Turtle Point dulu untuk bermain bersame penyu di kawasan berkenaan.







Setelah makan, kami terus sambung snorkelling ke Light House pula. Di sini terdapat banyak ikan yang cantik. Bagi yang berani boleh juga melakukan aktiviti terjun dari rumah api ke dalam laut. Tempat terakhir kami bersnorkelling ialah di kawasan anak ikan yu pula. Di sini yang lebih dikenali sebagai Romantic Beach dapat dilihat anak2 ikan yu selain ikan lain termasuklah ikan pari.

Malamnya selepas makan, kami lepak2 di tepi pantai ditemani unggun api. Suasananya sungguh aman mendengar deruan ombak sambil melihat bintang bertaburan di angkasa. Namun sekitar 12 tengah malam, tetibe bintang hilang diselubungi awan tebal beserta angin kuat melanda pantai menyebabkan kami terpakse pulang ke chalet dan tidur sampai ke paginya.




Aktiviti hari ketiga kami ialah ke trekking ke tempat kincir angin. Selepas bertanyakan tempat tersebut daripada penduduk setempat, kami pon memjelajah berpandukan kabel elektrik dan sampai di kincir angin dalam masa 20 minit. Di situ terdapat 2 kincir angin gergasi bersame panel2 solar yang menyediakan bekalan elektrik ke seluruh pulau. Pemandangannya pula sangatlah superb!





Selain itu kami juga sempat menuruni anak tangga ke jeti yang telah pon roboh. Oleh sebab ingin tahu, kami  pon turun anak tangga tersebut sehingga ke pantai. Setelah dikira, ianya terdapat 570 anak tangga sumenya! mengalahkan Batu Caves tu. Dan untuk naik semula ke atas, amatlah letih rasanya...










Setelah mandi untuk kali terakhirnya di Long Beach, kami pon bergerak pulang sekitar 12 tengahari. Sehingga hari ini, aku masih terbayangkan keindahan dan suasana di Pulau Perhentian serta moment indah di sana. Yang pasti amat sukar mencari seperti ape yang ada di pulau tersebut.

8 comments:

ghost writer said...

kau memang tak pernah kenal erti letih dengan perjalanan kau.aku rasa sesuai sangat kalau dibukukan.

"perjalanan-perjalanan mendampingi alam"

Al said...

hahah
mgkn blh dpertimbangkan

tp sblm tu ak perlu pupuk smgt mnulis dlu
rsenya smngat tu amat jauh tika ni..huhu

Mie said...

Memang seronok kembara org bujang ni...

Beautiful_Rose said...

pulau perhentian...aku berkira2 juga mahu kie sana tahun ini.sebabkan tak pernah ada pengalaman ke sana,maka terpaksa ditangguhkan.ini pulau perhentian besar atau kecil?



boleh nanti ko bagi email ko kat aku?aku nak tanya ko pasal tempat ni.... =)

beautifulrose_azie@yahoo.com

farah farhana said...

besh nye hehe dapat snorkeling lak tu

Al said...

Mie,
sementara msh ade ruang dan waktu kan..

Beautiful Rose,
yg g ni perhentian kecik
ak pon first time g, follow org je pon

nnt ak emelkan

farah,
snorkeling terbaek
blom penah snorkeling sblm ni tetibe dpt buat seharian suntuk, mmg best

AieSha said...

rasa nak pergi lagi la nanti... hurm...

Al said...

br tau ko penah pegi lps bace post lme ko td..hehe

Related Posts with Thumbnails