Tuesday, May 24, 2011

Siri Expedisi: Bukit Kutu



Masa: 21 Mei 2011
Lokasi: Kuala Kubu Baru, Selangor 

Pengembaraan ke Bukit Kutu adalah rare skali. Selain namanya masih bukit walaupun lagi tinggi dari sebahagian gunung di Malaysia, di sini juga terdapat tapak tinggalan bangunan pada zaman kolonial British, selain fenomena yang tidak dirancang semasa kami mendakinya iaitu hujan yang berterusan. Namun ia tetap berbaloi dapat melawat tapak bersejarah walaupun ianya sekadar satu bangunan cerobong asap dan sebuah perigi lama. Pendakian juga sedikit mencabar dengan treknya yang mudah terkeliru.

Kami mula mendaki pada pukul 10.30 pagi setelah parking kereta sebelom titian gantung pertama. Perjalanan diteruskan melalui titian gantung kedua yang telah roboh dan seterusnya menyeberang sungai dengan air separas lutut. Selepas itu barulah kami melalui trek yang sedikit mengelirukan di kawasan kebun orang asli tersebut. Namun dengan bantuan kawan kami yang pernah datang ke sini, perjalanan kami agak smooth dengan selepas itu menyeberang pula 3 anak sungai sebelom bertemu trek pendakian terus ke atas sehingga ke puncak Bukit Kutu.






Jam 1200, kami sampai di checkpoint Batu Besar yang berada di tengah pendakian. Kelihatan geng lain sedang berehat di sini sebelom sambung pendakian ke puncak. Kami juga singgah sebentar menunggu kawan kami yang lain selain sempat bergambar bersama-sama.1245 barulah kami teruskan perjalanan, hampir sejam jugak rehat tu.








Pukul 1.30 petang kami pon sampai di tapak cerobong asap setelah melalui trek licin dan berselut selain tubuh kami basah terkena tempias hujan sepanjang perjalanan. Suasana di situ yang sedang hujan lebat membataskan pemandangan kami selain kesejukan yang mencengkam badan. Kami juga ke perigi lama yang terdapat di situ untuk mengambil air, antik gitu periginya.








Setelah berehat seketika dan makan bekalan makanan tengahari yang kami bawa, kami pon naik ke puncak iaitu kawasan berbatu di sebelah sahaja tapak bangunan tersebut. Puncaknya adalah merupakan satu batu yang hanya boleh muatkan paling ramai pon 2 orang. Ianya adalah sangat bahaya untuk naik beramai-ramai kerana permukaan batunya yang sempit dengan gaung curam di sekitarnya. Bagi yang gayat adalah satu cabaran yang sukar untuk mendaki puncak berbatu ini.

Kami tidak berada lama di puncak memandangkan hari masih hujan dan kami juga kesejukan. Pukul 2.45 petang kami mula turun. Walaupun trek licin, kami tetap juga turun dengan sedikit laju dan sudah pastinya akan merasai tergelincir di permukaan tanah liat licin tersebut.Namun ia adalah menyeronokkan.

4.15 petang kami sampai di tempat parkir kereta. Kami singgah sebentar di sungai untuk membersihkan badan dan menjamu maggi yang tidak sempat dimasak semasa di puncak. Setelah kira-kira 1 jam di situ, barulah kami mula gerak balik ke Shah Alam semula.






notaki ke lokasi:
Dari pekan Kuala Kubu Baru, hala ke Bukit Fraser. Dalam 10 km perjalanan, ikut signboard masuk simpang kanan ke Kg Pertak selepas sahaja melepasi sebuah jambatan. Masuk melalui kampung tersebut sehingga ke jambatan gantung untuk parkir kereta.

p/s; untuk lalui trek yang betul sepanjang perjalanan di kawasan kebun, sentiasa ambil simpang trek ke kanan kecuali simpang trek selepas lintasan sungai ke-3 iaitu yang tiada kemudahan jambatan. Hanya trek selepas seberang sungai tersebut sahaja yang perlu ke kiri.

6 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

haih..tgok je la blog ni. hidup makin bz woo..jeles ok!

Al said...

owh ye ke
xpela, kje je dlu
nnt akn ade gk mse utk wt xtvt lain

xkn larinya sume bnde ni..

Small Hiker said...

Bukit Kutu mncabar jugak sebab dalam fikiran dah terima hakikat mendaki bukit. Tengok2 ketinggina gunung pulak! Memang seronok bila dah samapi ke puncak. Tak pergi bahagian belakang ke tengok runtuhan sanatorium?

Al said...

owh kira ade surprise jgk la naik tmpt ni ek,menarik jgk tu

sy awl2 da tau lbh krg psl tmpt ni dr mmber yg penah pegi sini

runtuhan sanatorium tu x pegi sbb ms tu thg hujan lbt,smp2 trus naik batu d puncak ngn gmbr sket pstu trus turun, x mmpu k duk lame..sejukk

wa said...

wow...travelholic juga di siniii :) btw dah follow n ltk dlm blog list :)

Al said...

tq sudi berkunjung sini Wa

Related Posts with Thumbnails