Wednesday, May 11, 2011

Siri Expedisi: Jeram Pasu



Masa: 2 Mei 2011
Lokasi: Pasir Puteh, Kelantan

Bagi penduduk sekitar Kelantan khususnya di Pasir Puteh, Jeram Pasu merupakan tempat yang tidak asing lagi sebagai tempat perkelahan keluarga mahupun rekreasi bersama kawan-kawan. Malahan di sekitar Kota Bharu, hanya Jeram Pasu dan Jeram Linang yang paling menjadi tumpuan untuk mereka mandi-manda di hujung minggu.Tarikan utama di Jeram Pasu tentulah gelongsor air buatan yang dibuat khas untuk dewasa serta kanak-kanak. Selain itu terdapat juga sebuah air terjun serta sungai di tingkat atasnya yang pastinya dapat menyegarkan badan dengan air bukit sejuknya.

Kami bertiga ke sini setelah singgah di rumah kawan kami di kawasan ini selepas balik dari Pulau Perhentian. Pada petang hari Isnin itu hanya sedikit pengunjung di tempat tersebut. Seperti kali terakhir aku ke sini pada tahun sebelomnya, tiada ape yang berubah di sini kecuali gerai baru yang sedang dibina.



Sesampai saje di sini, kami terus menukar pakaian mandi dan terus saje terjun di tempat air terjun. Dapat merasai air bukit yang sejuk itu amatlah menyegarkan rasanya. Di sini juga kami dapat bermain dan merasai sendiri titisan air terjun deras jatuh terus atas badan dari ketinggian 5 meter itu.












Kami juga dapat merasa pengalaman menggelongsor yang bagaikan di taman tema itu. Dengan pelbagai gaya yang dibuat, kami begitu teruja dapat mandi manda di sini. Namun begitu arus air yang tidak begitu kuat akibat hujan yang lama tidak turun sedikit sebanyak merencatkan aktiviti gelongsor kami.






Di kolam gelongsor kanak-kanak pula terdapat beberapa orang kanak2 sedang bermain bersama kawan2 mereka. Teringat aku ketika first time datang sini masa kecil dahulu aku juga pernah mandi di sini bersama adik aku.



Walaupon Jeram Pasu dilihat tidak dijaga sepenuhnya dengan kelibat sampah di sana sini, namun ia tetap dikunjungi mereka yang gemarkan aktiviti air di sini. Diharap pihak terbabit lebih peka akan keadaan ini seterusnya dapat memuaskan mereka yang sudi berkunjung. Apabila makin ramai yang datang, yang akan untung tentulah pihak tersebut juga bukan...

6 comments:

Siti Noor Aminah said...

macam best je tempat ni weh..

AieSha said...

seronok mandi manda ye.. takyah dah ke sunway lagoon!

masMZ KaKiJaLaN said...

amboiiiih dah tak macam sungai da nih.... nak serupa swimming pool je... [panas-panas cam ni dapat main air, bestnya!!! ermmmmm mood jeles!]

Al said...

GC,
nk rase dtg la klate..haha

Aie,
ni je la ade kt sini,ok la kn
sunway lagoon jauh plk nk g

masMZ,
haaa..paket 2 dlm 1
sungai ade, pool pon ade

ghost said...

sebesar-besar dan sekecil-kecil tempat kau dah redah.sedekat-dekat tempat juga kau dah terjah...

AL,kali ini cuba yang jauh dari bumi peninsular nih plak..

Al said...

GC,
slamat dtg ke klate

ghost,
sedekat-dekat tempat masih banyak lg yg blom diteroka
xpe,satu hari nnt akn ke tmpt jauh2 plk

Related Posts with Thumbnails