Monday, May 16, 2011

Siri Expedisi: Gunung Datuk #3



Masa: 8 Mei 2011
Lokasi: Rembau, Negeri Sembilan

Lagi skali aku berkunjung ke gunung pertama yang aku daki ini. Gunung Datuk boleh dikira popular untuk first timer mahupon otai gunung disebabkan oleh pendakiannya yang mencabar dan masa yang singkat untuk menawannya. Di samping itu kewujudan batu-batu besar dan tinggi di puncak dengan pendakian menggunakan tangga besi merupakan satu keunikan yang tidak terdapat di gunung lain.

Kami sampai di kaki Gunung Datuk pada 9 pagi. Kelihatan banyak kereta telah memenuhi parking lot di situ menandakan kami agak terlewat sampai. Setelah mendaftar dan membayar yuran sebanyak rm3 seorang, kami pon terus mulakan pendakian pada pukul 9.30 pagi.







Setelah mengambil kira pendakian santai dari kami dengan beberapa kali berhenti mengambil nafas untuk seketika, dalam masa 1 jam setengah kami pon sampai di puncak. Ya Gunung Datuk mengambil masa yang sangat singkat untuk didaki berbanding gunung2 yang lain. 








Seperti pengalaman yang sudah, pemandangan di puncak sangat menakjubkan. Kami puas dapat memandang ke bawah dari posisi setinggi awan itu. Dengan view seluas 360 darjah, adalah amat berbaloi mendaki ke sini sambil mengeluarkan peluh di hujung minggu.

Setelah berehat seketika, kami pon turun pada 12.30 tengahari. Dalam masa 45 minit, kami sampai di bawah. Sebelum pulang, kami sempat membasah tubuh dengai air sejuk sungai di situ.






notakaki untuk ke lokasi:
Dari PLUS, keluar di tol Simpang Ampat. Di bulatan selepas tol, ambil simpang pukul 3. Kemudian belok kiri di simpang 3 seterusnya menghala ke pekan Rembau. Ikut signboard Gunung Datuk yang perlu memasuki simpang ke kanan sebanyak 2 kali selepas itu.

7 comments:

perjalanan pulang said...

rajin sungguh kamu ............

masMZ KaKiJaLaN said...

bila lar nak ada kesempatan nak pi Gunung Datuk nih???

Al said...

panglima muda,
slagi masih terdaya

masMZ,
pegi la..x letih pon daki sane..hehe

masMZ KaKiJaLaN said...

nak nyampai ke sana tu aaa dah jauh skrg!!

Al said...

oh ye ke
nnt adela mase g sane tu..

kemang~ said...

fuyooo bez nye hiking..btw dah follow blog n ltak blog ni dlm blog list..care to share link blog?
sy pon suke travel, hehe

Al said...

trimas sudi dtg n follow sini

same mnt, mgkn dpt bersua satu hari nnt...

Related Posts with Thumbnails