Monday, May 9, 2011

Siri Expedisi: Bukit Tabur #3 ( East Side)



Masa: 23 Mac 2011
Lokasi: Taman Melawati, KL

Kali ke 2 aku ke Tabur East, namun kali ni join ngan geng luar. Seperti diramal, walaupon hujung minggu, hanya sedikit yang naik East Side, mereka lebih suka memilih West Side yang mungkin sedikit memudahkan. Tapi bagi aku, kali ke 2 ke sini adalah untuk melunaskan pendakian yang terbantut separuh masa first time aritu, yang aku datang sensorang. Dan kali ni misi berjaya dengan jayanya.

Setelah sume berkumpul depan Klang gate pukul 8 pagi tu, seramai 18 orang sumenya geng kami. Dan tentunya ramai yang aku tak kenal. Takpe, boleh kenal kenalan kemudian. Di awal pendakian, tiade halangan besar kecuali kami tersilap masuk trek mula2 yang dekat paip besar tu. Tapi sampai atas sket, kami masuk balik ke trek yang sepatutnya setelah ikut suara perbualan sayup2 geng lain yang sedang melalui trek betul tersebut.

Setelah melepasi halangan tali yang pergerakannya sedikit slow sebab menunggu sorang demi sorang lepas, kami pon sampai di laluan berbatu tajam di puncak Tabur. Sesekali kami berhenti rehat sambil tunggu geng yang di belakang. Antara puncak 2 dan 3, terdapat batu besar yang di sebelahnya terdapat pula denai untuk turun ke bawah. Kami sepakat untuk turun melalui situ masa balik nanti.





Sampai saje di hujung puncak ke 3 yang merupakan penghujung Tabur East, kami terus saje membuka bekalan makanan yang dibawa untuk dijamu. Masing2 membawa bekalan sendiri dan untuk aku, tentulah sesikat pisang yang sentiase akan ku bawa. Kami juga mendapat produk power bar tanpa disangka yang dibawa oleh salah seorang dari kami. Boleh dikatakan makanan kami adalah sedikit mewah dengan terdapatnya pelbagai jenis makanan seperti roti bakar, nasi lemak, roti canai, aneka biskut selain air tenaga.




Sementara dorang berborak panjang sambil makan, aku ke kawasan hujung Tabur tersebut dan sempat ambik gambar di cerun curam itu. Aku juga baru saje ketahui bahawa bukit curam yang bersebelahan itu dinamakan Tabur Extreme. Aku tak pasti ade orang naik tak yang ni, tapi kalo nak naik pon kena bawak sume alatan climbing la kot. Nak naik camtu je macam tak lepas aku tengok.





Lepas sejam lebih kat atas, kami pon mula turun. Kami gunakan trek yang di tepi batu besar dan terus turun melalui kebun sehingga sampai di taman perumahan yang baru siap. Setelah keluar dari perumahan tersebut, kami lalu pula bersebelahan paip besar sehingga ke sungai yang kami cross masa sebelom naik tadi. 









Akhir sekali sebelom pulang ke tempat masing2, salah seorang mencadangkan kami pekena cendol di Taman Melawati. Dan kami ikut saje tanpa bantahan..

4 comments:

gadisBunga™ said...

tempat cendol tak tunjuk!

Ren said...

Fuh rindu ngan Bukit Tabur...tapi dah serik sebab penat giler hahahaha

ghost said...

meskipun cuma bukit tabur tapi masih menyajikan pemandangan yang bagus dan memberi kepuasan.hidup memang perlu aktif..

Al said...

gB,
xde pon gmbr mkn cendol tu..huhu

Janggel,
1st time biase la
mkin byk naik nnt mkin cinta la tu

ghost,
respect!

Related Posts with Thumbnails