Friday, May 6, 2011

Cerita Hari Jumaat: Misi Ke KLIA



Hari jumaat yang lalu sungguh nyaman, suasana redup dari pagi lagi, hari rahmat katekan. Pada hari tu aku ade misi sebenarnya; ke KLIA mencari sesuatu yang berharga. Ingat nak gerak dalam kol 8 pagi gitu, tapi masa tu tengah ujan. Tunggu punya tunggu, ingat tak jadi nak pegi dah, tapi last2 gerak gak kol 10.30.

Dalam perjalanan tu, aku semacam hanyut dalam kedamaian, Dengan suasana nyaman paginya, ditambah lagi dengan angin yang berterusan menerobos ruang muka aku...fuhhhh..seperti di awangan, padahal tengah bawak motor je pon. Tapi memang betol, masa tu begitu heaven. Dan sebab tu lah aku terpikir untuk buat entri Cerita Hari Jumaat bersiri. Sebab kalo diikutkan, Jumaat adalah hari aku free. Dan masa tu biasenya aku akan menjelajah alam dengan motorku, ke tempat2 yang aku terase ingin pergi, atau tempat baru yang aku ingin teroka. Ini lain dari siri expedisi aku yang ke hutan belantara dan gunung-ganang tu. Yang ni lebih rilek, suatu penjelajahan yang sempoi. Dan paling penting..solo.


Sepanjang laluan sejauh 50 km tu, aku lalui highway Elite ke KLIA. Biasenya pon aku lalui sini untuk ke Negeri Sembilan ataupon Johor, jalan shortcut dan tak banyak kenderaan. Tapi perjalanan ni berbeza dengan yang dulu. Kalo dulu kacang je aku potong lori2 di lane 1, tapi sekarang lori2 tu plak yang potong aku. Nak wat camane, motor aku da tak power. Tak boleh nak laju dah...sedih. Masa lori tu sume potong motor aku, takut pon ade. Yelah, bende besar gedabak macamtu tetibe gerak kat sebelah, ko tak takut? Bahaya betol bawak motor kan, silap haribulan boleh mati tau. Bayangkan kalo tetibe terbabas, dan terperosok bawah lori yang sedang bergerak, dan akhirnya..zassss,tamat.

 *******

Sampai je di KLIA, terus parking kat ruang parking menunggu, depan arrival hall. Macam ok je situ, motor lain ade je tangah parking. Lalu aku masuk dalam, cari tempat yang aku nak pergi tu. Berlegar-legar aku kat arrival hall tingkat 3 tu, tapi bende yang aku cari tak jumpa jugak. Beberape lama aku mencari, then aku tanya orang, memula guard yang macam polis tu, pastu akak kat information centre, dan last skali abang kat kaunter tourism selangor. Tapi sumenya tak membantu, aku tetap tak berjaya cari. Nampaknya misi aku tak berjaya. Aku frust dan pikir baik balik je.



Dan sebab misi tak berjaya jugak aku tak dapat kongsikan ape misi tu. Biarlah dulu, mungkin suatu hari nanti aku akan lunaskan. So tengah frust tu aku tengok jam, dah pukul 12.30 tengahari. Solat jumaat kat sini je lah maknanya. Lalu aku pon keluar mencari masjid.

Dalam beberape minit, aku sampai kat masjid KLIA. Ni kali kedua kiranya aku datang sini. Dlu masa rombongan kelas. KAdang2 aku tengok masjid ni macam masjid Putrajaya pon ade, lawa la jugak. Sempatlah aku amik beberape gambar. Dalam masjid pon ok, walaupon ruang solat tak penuh pon mase solat jumaat tu. Tapi siap ade sarang burung lagi yang tak tahan tu.










Lepas selesai solat jumaat, pulanglah aku semula ke Shah Alam. HAri pon masih lagi redup. Rahmat betol hari jumaat. Kol 3 petang sampaila aku di ShahAlam. Walaupon misi tak berjaya, namun masih terdapat pengisian dalam penerokaan aku. DAn tentunya aku akan teruskan cerita hari jumaat, ya aku sudah tekad. 

6 comments:

Encik Suami said...

Sampai abeh baca entry nie..tak tau jugak apa misinye.
Saya selalu gak solat jumaat kat situ..sbb mmg dok area sini.

Al said...

haha
malu plk nk kongsikan misinya sbb x bjaya
cerita psl perjalanan je la nmpknya

Encik Suami said...

ce cite..ce cite..manalah tau saya tau n boleh jayakan misi anda itu kan?

Al said...

hmm...hmmm....hmmm
xpelah kot


apepon trima kasih ats kprihatinan anda

Anonymous said...

Mcamane nk masuk kawasan masjid tu ye? Hari tu sy cuba cri jln masuk xjumpa2. Nmpak masjid je lebih.Sedih betul.

Unknown said...

Oh sng sje, kena masuk simpang ke LCCT dulu. Then sebelum smp roudabout, ade simpang kiri utk msuk ke masjid tu

Related Posts with Thumbnails